1 Oktober 2010 (Jumaat)
SMS1 kepada Ado: Kau ada nak beli kek ke untuk Shidah Ahad ni?
Excerpt: Percubaan melontarkan idea komplot.
SMS2 dari Ado: Tak kot. Bazilah nak buat apa ntah. Aku beli aiskrim je kot.
Excerpt: Penerimaan idea komplot masih samar.
SMS3 kepada Ado: Kalau kau tolong belikan kek boleh? Saja nak surprise. Kalau nyusah, abaikan.
Excerpt: Percubaan mengajak berkomplot.
SMS4 dari Ado: Ok, insyaallah.
Excerpt: Idea komplot diterima. Yeah!
***
3 Oktober 2010 (Ahad) - Beberapa jam sebelum eksesais komplot
SMS1 dari Ado: Salam, makan tengah hari jangan dilupa blablabla...
Excerpt: Peringatan jemputan open house dari adik ipar aku.
SMS2 dari Ado: Salam. Nak tulis apa atas kek?
Excerpt: Pertanyaan tentang komplot kami nak surprise Shidah.
Kedua-dua sms telah dibacakan oleh Shidah semasa aku sedang memandu. Cheh! Komplot lah sangat. Foul.
***
Tulisan di atas kek yang sedap itu:
Kantoi! Happy Birthday Kak Shidah
Nanti tahun depan gua cuba komplot dengan pendekatan yang lain pulak.
Nota1: Ayat-ayat dalam sms telah dibuat beberapa pindaan untuk melindungi fakta-fakta tertentu namun konteks masih kekal.
Nota2: Jangan tanya gua kenapa adik ipar gua dipanggil Ado walaupun nama beliau Khairul Anwar.
Monday, October 4, 2010
KANTOI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
lebih elok kalo bercakap dari sms... ahaha...
Nak komplot tapi guna SMS tanpa secret code lak tu... Kompem fail ujian CIA... eheks...
fa-t: itu yang paling afdal.
najwa aiman: hahaha sekurangnya anda maklum bahawa saya seorang pemandu yang berhemah yakni tidak membelek henfon semasa memandu :P
!gedegang! ;p.
Post a Comment