Wednesday, February 23, 2011

IN BETWEEN

Tidak ada apa yang perlu dikesalkan melainkan percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang baik atau buruk adalah tafsiran kita. Yang terbaik untuk kita adalah tafsiran tuhan. Sila digest.

Aku sudah memulakan kerja mengedit dan mengemaskini gambar-gambar Mikael dari hari pertama kelahiran sehingga yang terkini untuk dicetak dan dimuatkan dalam sticky album. Banyak gilos! Deadline untuk disiapkan: Bila ia siap, ia siap.

Mulai berkerja semula selepas lemak bercuti adalah satu perasaan yang kurang menyeronokkan. Malas yang sebenarnya sebab dah tau banyak kerja menanti atas meja.

Menghadiri majlis cukur jambul anak Mon (sepupu Shidah) dan juga menjadi hos majlis cukur jambul anak Angah (adik aku) menjuruskan aku kepada satu teori yang relatifnya benar walaupun berbaur sedikit angkuh. Tapi ia benar. Aku tak boleh tahan dengan cuaca Malaysia beb, panas! Kehkehkeh... gampang benar bunyinya.



Gambar betis Azizulhasni Awang tertusuk sepihan kayu trek lumba basikal tempoh hari adalah sangat mengerikan. Tak dapat aku bayangkan kesakitannya, pergh! Apapun, gua salut lu bro!

Korang perasan tak harga barang di Watson's lebih murah berbanding di Guardian? (apple to apple comparison).

Aku percaya dewasa kini ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti akan pendedahan identiti "Lelaki Y".

Baking is science and cooking is art. Guess what? I love cooking.

Sekian, terima kasih.

5 comments:

Fa-T said...

y kita kena tunggu jejaka y?

raddy said...

kekadang farmasi Caring lagi murah dari watson & guardian.. worth a look..

pye:rudz said...

fa-t: untuk lihat siapa yang kena!

raddy: nanti gua cekidaut. tapi celah mana pulak farmasi Caring nih?

Najwa Aiman said...

Gambar Azizulhasni tu tak sengeri gambar peragut yang dirempuh kereta mangsa beb! Aiyaaarrrkkk...!

p/s: Lu pun dah minat memasak? Ekekekekek... BTW, lu bercuti kat negara mana ni?

pye:rudz said...

najwa aiman: bercuti? mana ada... dok rumah je. ari sabtu pun kene keje. gampang.