Thursday, March 3, 2011

GENETIK

1982

Satu budak lelaki bergulung-gulung menyorok belakang langsir sambil menangis pada suatu pagi akibat taknak pegi sekolah. Dia dihantar ke Tadika Fatima di Jalan Ampang dua tahun lebih awal dari budak-budak lain. Tadika ni pun dah jadi restoran Arab dan kedai kereta dah pun sekarang (sebelah Petronas & Shell Jalan Ampang).

Alasan klasik mak bapak beliau: Suka menyakat adik kat rumah. Oleh sebab itu, hantar dia masuk sekolah cepat sikit. Padahal cepat banyak.

Di hari-hari yang lain namun bukan setiap hari, selain menyorok secara bergulung di dalam langsir, beliau juga gemar menyorok di bawah meja makan dengan sebab yang sama: Taknak pegi sekolah.


2011

Satu budak lelaki dalam perjalanan ke Ana Montessori di Bangi dari Bandar Seri Putra. Dalam kereta sepanjang perjalanan dia memang steady. Sampai je depan pagar nursery, turun kereta, dengar bye-bye je dari mak bapak dia, terus rebeh menangis. Taknak pegi sekolah punya hal jugaklah ni.

Alasan klasik mak bapak beliau dan mak bapak yang kedua-duanya berkerja masa kini: Terpaksalah hantar anak ke nursery, kalau tidak siapa nak jaga?

Di hari-hari yang lain namun bukan setiap hari, beliau kadangkala gembira pula apabila ke nursery pada waktu pagi.

***

Soalan saya berbunyi: Adakah fiil tak mau ke sekolah boleh diwarisi melalui genetik?


Nota: Watak dalam entri tidak ada kena-mengena dengan penulis (uhuk!)

3 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

mengikut kajian fotosintesis daun ubi gajah, mungkin ini disebabkan oleh kromozom yang diwarisi melalui ibu bapanya ...


bergantung pada dominan kromozom antara ibu atau bapa....

Najwa Aiman said...

Nursery tu mewarisi resam tadika...

pye:rudz said...

gafaro: yang itu saya pun tau cikgu...

najwa aiman: bilmakna, nursery juga boleh inherit genetik tadika? gitu? kehkehkeh...