Ada yang berdegar-degar kata kalau peluang datang depan mata, nescaya dia akan ikut peluang itu tanpa banyak bicara. Tapi bila peluang tu betul-betul dah depan mata, tak pulak disebatnya.
Biarlah, itu pilihan dia.
Ada yang menghambakan diri kepada kerjaya demi meningkatkan ekonomi sehingga tak sedar ahli keluarga merindui kehadiran mereka walaupun setiap hari nampak depan mata. So near, yet so far.
Biarlah, itu pilihan dia.
Ada yang dulunya bersemangat menjunjung kerjaya dan professionalism tapi bersikap sebaliknya setelah bosan dengan ketiadaan perubahan selepas sekian lama.
Biarlah, itu pilihan dia.
Ada yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya tidak matang dalam selok-belok kepimpinan mahu dari segi falsafah ataupun tauladan namun masih lagi berkokok angkuh.
Biarlah, itu pilihan dia.
Ada yang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Liverpool telah membelasah MU 3-1 tempoh hari (kehkehkeh).
Biarlah, itu pilihan dia.
Sila pilih dengan bijak.
Tuesday, March 8, 2011
CHOICES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ehehe...
rangkap 5 tu sungguh seronok... pilih lah dengan bijak
selagi pilihan tu tak menyusahkan orang "saya mesti pilih" (sambil menunjukkan ibu jari dengan senyuman sampai ke telinga)
Ada yang pilih MU dan bukan Liverpool.
Biarlah... (kehkehkeh)
Yang hairannya season dah nak habis tapi baru 3 kali kalah. Eheheheeheheheheehe ;p.
fa-t: kehkehkeh...
gafaro: saya setuju!
najwa aiman: itu lumrah menyokong. kat opis ni ada 2 orang malaon yang eksyen+taksub betul dengan MU nih, itu yang gua panas tu.
muhaimin: lari! lari! dia sudah hangin! kehkehkeh...
Post a Comment