Friday, March 25, 2011

PLAN

UPDATE: Acara makan-makan kensel. Makanya aku ada masa terluang untuk kasi settle plan aku yang lain. Oh ya, Mikael ada sikit demam pulak. Blame it on the weather.


1. Weekend ni balik Keramat macam selalu-selalu, tapi tak overninght.

2. Balik Keramat pun untuk celebrate birthday ibu mertua (dan mungkin juga bapa mertua sekali) dalam sesi makan malam. Kemungkinan besarnya jadilah kot?

3. Balik Keramat pun untuk beli barang keperluan di Giant Setiawangsa. Malas nak shopping kat Carrefour Alamanda hari Ahad ni sebab confirm orang ramai macam setan. Gaji dah masuk katanya.



4. Ahad ni jiran selorong rumah ada buat tournament bowling kat Alamanda. Dua tournament diorang sebelum ni aku tak join. Kalau aku tak join lagi kali ni nanti kata aku monyet sumbang pulak, kan? Diorang tak tau ke aku dah lama benar tak bowling? Semenjak lutut ada masalah teknikal, memang bertahun lama jugak aku berenti bersukan. Dulu every week mesti main bola, futsal dan bowling masa ofis kat Shamelin dulu. Itu dulu lah... sekarang gua berkebun kat laman rumah je.

5. Rumput di laman nampaknya dah menuntut untuk ditebas. Malas benar rasanya nak keluarkan mesin rumput, nak menyapu rumput yang dah dipotong, nak masuk rumput yang dah dipotong dalam plastik, nak bersihkan mesin rumput... fih.

6. Laman belakang rumah pun dah menuntut untuk dikemaskini. Makin galak rumpai-rumpai ni naik nampaknya.

7. Weekend ni jugak nak kena carik time nak potong rambut Mikael. Dah panjang benar nampaknya. Nak potong rambut budak ni pun satu hal jugak stressnya. Nak hantar kedai, tak berkenan. Takut pun iye jugak sebab anak aku bukan jenis reti duduk diam.

Sekian saja plan saya untuk hujung minggu ini. Hah, siapa bilang hujung minggu boleh rehat-rehat?

5 comments:

Fa-T said...

sememangnya hujung minggu bukan waktu berehat panjang..

Najwa Aiman said...

Kerja rumah lebih baik daripada kerja pejabat dan syarikat orang lain...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

ok la tu ente semua dok kat rumah...

ana awal pagi kena pergi traning itu dan ini hari minggu...

Muhaimin said...

Dakwaan ko tentang Alamanda memang ternyata tak meleset, semalam kitorang pi sana, parking penuh, kereta berpusu-pusu macam ikan sardin!

pye:rudz said...

fa-t: ya, benar tu memanda menteri.

najwa aiman: ini saya sangat setuju!

gafaro: ana weekend ni kena kerja sabtu dan ahad, pagi sampai petang. bukankah gampang namanya itu?

muhaimin: sebenarnya aku ada bola kristal kat rumah.