Petang itu seperti selalu-selalu, gua akan menyiram pokok-pokok di luar sambil bercakap dengan mereka. Orang kata kalau nak tanaman kita menjadi elok, kena rajin bercakap dengan mereka.
Gua pun tanpa segan-silu mencuba je lah petua yang entah betul entah tidak tu. I've got nothing to lose pun, kan? Oh tidak, gua cakap pakai telepathy je lah... kang si Padil dengar/nampak gua bersembang dengan pokok kang lain macam pulak dia pandang gua nanti.
Selepas selesai, gua pun masuk rumah. Biasanya dah nak dekat azan lah. Ataupun, dah abis azan. Dan hari itu, anak gua bersuara.
Mikael: Bapak, nak pegi zoo!
Aku: Haa? Nak pegi zoo nak tengok apa?
Mikael: Camel.
Aku: Camel? Unta?
Mikael: Ha.
Aku: Ok, nanti kita pegi zoo eh?
Mikael: Ha.
Rupanya kat Astro Oasis itu jam ada gambar unta. Mak dialah yang suruh dia cakap kat gua bila gua masuk rumah nanti. Dan itulah yang dilakukannya. Maka dengan itu, gua berazam akan cuba mencuri masa untuk membawa anak gua ke Zoo Negara. Kalau sempat, weekend ni kot? Insyaallah. Dia pun dah reti tengok binatang.
Nota: Nasib baik keluar gambar unta kat tv itu ari dan unta pun ada kat zoo. Kalau keluar beruang kutub macam mana? Masak gua!
Tuesday, April 5, 2011
REQUEST
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
kehkeh... elok tu... elok.. pastikan botol air mikael penuh... skarang panas!
Takde kene mengena kan bercakap dengan pokok dengan Mikael ajak pergi zoo?
Seronok layan spirit ingin tahu budak2 ni. .
Gua paham perasaan lu. .
fa-t: baik tuan!
muhaimin: itu namanya intro tidak berkait...
ez: dengan harapan otak mereka bertambah cerdas!
Beruang Kutub? Pergi Maju Junction je la... Lembu pun banyak...
najwa aiman: maju junction ada lembu? biar betul lu ni bro...
suruh dia simpan duit tuk wat korban unta nant..kenyang banyak..heheh
cryclown: korban unta eh? nanti gua renung-renungkan.
aik apasal komen gua ilang?
gafaro: ini gua memang tak boleh nak jawab bro. mungkin en. blogger punya hal la nih.
unta tu am bank sponsor kan? hippon yang tv3 sponsor, ada lagi?
Post a Comment