Friday, April 15, 2011

TIDAK FAHAM

Berkaitan solat Jumaat. Ada beberapa perkara yang berlaku depan mata saya yang saya tidak faham.

1. Lazim masjid/surau di Malaysia menggunakan karpet belang sebagai panduan saf. Ada sesetengahnya tidak duduk dalam saf dengan betul sebelum waktu solat atau khutbah Jumaat yakni belah belakang badan melebihi saf diduduki lantas mengganggu ruang solat saf belakang. Nampak? Bukankah sikap ini menyukarkan makmum lain yang datang kemudian untuk bersolat sunat? Tak faham.

2. Saya pernah came across satu surau yang mempunyai tukang kutip sumbangan (untuk tabung surau saya percaya) semasa khutbah Jumaat berlangsung. Petugas ini akan meronda saf by saf sambil memegang gajet berupa kantung yang rupanya macam tangguk bertangkai panjang (supaya tidak perlu terlalu membongkok) untuk menjalankan tugas mereka. Wajar atau tidak petugas ini menjalankan tugas sedemikian semasa khutbah Jumaat berlangsung? Tak faham.

3. Vandalisme di surau atau masjid adalah satu hakikat fiil manusia yang tidak dapat saya terima sejak dari dulu, kini dan selamanya. Tak faham.

4. Sama juga dengan kes mencuri selipar atau kasut semasa pergi atau balik dari beribadah. Tak faham.

Anda faham ke entri saya ni?

5 comments:

Fa-T said...

1. tak bercampur orang tu jadi macam tu...

2. yang ni gua syak masjid / surau ni di kawasan kaki rompak tabung masjid... tolak... tolak.. terus bawak lari kehkehkehkeh...

3. yang ni gua pun tak paham...

4. kehkehkeh... lu punya capal kene rembat ka?

Najwa Aiman said...

1. Singkat fikiran.

2. Asalkan dia tak bercakap.

3. Depa tak berani buat kat kuil dan tokong.

4. Dan masih ada orang kata mencuri ialah kesalahan yang terlalu ringan untuk dipotong tangannya.

pye:rudz said...

fa-t: memang pernah kena rembat pun... tapi takdelah pulak gua pegi rembat selipar orang lain (masuk bakul punya hal la nih).

najwa aiman: rujuk no.2 - gua tetap rasa tak wajar pihak masjid/surau menyuruh mereka ini menjalankan tugas sedemikian. pakai tabung je kan boleh?

kookabooras said...

faham, selipar anda telah di rembat.

aku dah kene kat masjod sunway 3 minggu lepas. selipar jenama Fipper berharga RM11.90 baru aku beli di rembat oleh mamat celaka mana ntah. bayangkan berjalana kaki ayam sejauh 300meter ke kereta atas tarmac yang panas.

ado said...

1. mungkin kekangan dari kanan dan kiri menyebabkan mereka mengundur diri bagi melapangkan kawan di kanan dan kiri.

2. mereka perlukan dedahan betapa pentingnya khutbah untuk didengari, dihayati, difahami dan diamali -untuk pembangunan modal insan dan generasi- , lebih dari pentingnya masjid/surau untuk mengumpulkan dana.

3. mereka perlukan board2 percuma untuk hasil nukilan seni mereka atau mereka perlukan cara terbaik bagaimana untuk meluahkan perasaan sendiri.

4.mereka kekurangan wang untuk membeli, kekurangan masa untuk memikirkan nasib mangsa dan kekurangan akal untuk menilai baik/buruk.
kasihani dan doakan mereka.