Tuesday, May 10, 2011

TAK SELERA

Semalam gua kerja kuat sampai tak selera nak makan malam. Dia punya tak selera boleh diibaratkan seperti sampai orang letak Prosperity Burger McD depan mata pun gua tak selera. Pergh.

Makanya gua mengambil keputusan untuk makan roti dengan telur mata je malam tadi. Namun setelah dicongak, ada kemungkinan "homemade benjo" tu tak akan bertahan lama dalam perut bersix-pack kental gua ni. Gua lantas mengambil keputusan menambahkan sosej kepada menu makan malam gua. Boleh jugak makan gulung dengan roti.

Malam semalam memang gua tak selera nak makan.
Gua cuma makan satu set homemade benjo berserta dengan 6 ketul sosej daging.
Sahaja.

5 comments:

Muhaimin said...

Itu kalau tak selera, kalau berselera tak dapat nak ku gambarkanlah..

Fa-T said...

6 ketul AJE..AJE tau

pye:rudz said...

muhaimin: kalau berselera anak gajah panggang pun boleh habis barangkali huahaha

fa-t: nasib baik bini gua makan 2 ketul. kalau tak, 8 ketul beb!

Najwa Aiman said...

Sungguh kurus menumu itu...

pye:rudz said...

najwa aiman: inilah rahsia kekurusan saya ;P