Friday, June 10, 2011

GO EAST

Last week gua cuti ari Jumaat dan Isnin. Pegi Pasir Puteh, Kelantan. Sepupu Shidah kawin. Sepupu dia lelaki. Pada majlis belah lelaki nanti gua kemungkinan besarnya (cenderung kepada confirm) akan absent kerana tuntutan kerja. Makanya, kenalah gua cover line pegi majlis belah pompuan. Kelantan pun Kelantan lah. Jauh seh.

Perjalanan secara memandu ke Kelantan seingat gua takde yang tak penat. Memang bohong kalau kata tak penat. Rehat kalau tak cukup juga cenderung menjadikan emosi marah mudah menguasai diri sebab dek sengal memandu dalam tempoh yang lama.

Bermalam di homestay di Pasir Puteh adalah satu pengalaman yang biasa-biasa saje. Rumah arwah nenek gua kat Segambut pun pakai air perigi yang dipam. Lambakan nyamuk terutama pada waktu malam juga adalah lazim life di kampung. Gua sikit pun tak rasa canggung.

Yang menarik pada gua ialah pengendalian majlis kenduri kawin itu sendiri. Memang sempoi. Pihak perempuan menyediakan dua canopy (20'x10') dengan satu buffet line di setiap canopy. Lelaki dan wanita ambik makanan dan makan di canopy berasingan. Meja makan? Takde. Kerusi saja. Yang penting sekali, makanan dia memang champion! Authentic Kelantan. Gua suka.

Kitorang tak berapa puas berjalan di Kota Bharu sebab baru 15 minit sampai Pasar Siti Khadijah, Mikael sudah berak. Cemas jugak nak carik bilik air. Cheh. Lagi satu yang terbaek pada gua ialah kedai Nasi Kerabu Golok yang letaknya kat tengah pekan Kota Bharu. Kalau korang adalah peminat nasi kerabu macam gua, this one is a must try. Pergh, orang beratur macam nak beli tiket bas balik raya gua cakap lu.

PCB juga masih tak berubah. Orang ramai. Jalan dok besar tu jugak. Ada satu lopak besar bertakung air telah berjaya melemaskan lagi keadaan yang sedia sesak tersebut. Duduk 15-20 minit pertama layan angin laut syoklah. Masuk minit ke-23, memang kusut beb. MPKB gua kira kena improve area ni.

Rombongan Cik Kiah seterusnya bersambung ke Kemaman. Makan 5-6 jam jugak kitorang nak sampai Kemaman dari Pasir Puteh. Jambatan kat Kuala Terengganu pulak boleh jam. Pergh! Bandaraya... memanglah lah jam, kata seorang kenalan yang berasal dari Terengganu, En. Fauzi Abd Rahman. Gampang, kata gua dalam hati.

Homestay di Kemaman juga sebenarnya taklah berapa nak homestay. Ia adalah rumah banglo dua tingkat tepi jalan. Siap ada aircond lagi. Tapi lambakan nyamuk untuk rumah kali ini memang Luar Biasa - bak kata Shahir. Tension jugak gua dibuatnya. Namun, rasa tension itu hilang apabila gua berjaya tido tidak sedarkan diri tanpa usaha yang gigih.



Perkara terbaek di Kemaman pada gua ialah Satar. Otak-otak Kempas atau Gelang Patah boleh bungkus beb, kehkehkeh. Gua rasa kalau ada orang bagi gua 40 bungkus pun gua boleh kasi settle. Lazat benar. Tiada penipuan.

Perjalanan balik ke Kolumpo memang telah mengakibatkan betis gua berbuah, begitu kata mak mertua gua. Gua dan Ado (adik ipar) gerak balik sekali. Yang dua lagi geng konvoi sibuk nak makan satar dulu kat Kemaman. Last round sebelum balik katanya. Biarkanlah. Gua ngan Ado masuk LPT melalui Gebeng.

Melalui Gebeng kami kena menempuh 3 kali tol. Yang last ialah tol Gombak. Setiap tol dia punya jam macam cilake. SmarTag pun tiada gunanya. Boleh pecut sikit je lepas tol. Lepas tu next tol, jam balik. Serius penat. Jumlah masa perjalanan dari Kemaman-Keramat ialah sekitar 7 jam. 1230pm gerak, 730pm sampai. Best kan?

Nasihat saya, kalau rasa nak berjalan makan angin secara lalalala di pantai timur, lakukannya pada waktu bukan cuti sekolah, cuti umum ataupun cuti weekend yang bersambung.


Nota: Memandu di sepanjang coastline di Kemaman memang cantik beb. Serius.

5 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

lain ok bang gua baca...tang sata tu memang gua terlior,kemestian kena beli tapi gua suka kat area kijal...

***apasal lu tak cuba kopok leko mentah kat area club med? sedap woo makan mentah mentah..

Fa-T said...

dulu gua+member koboi2 turun pantai timur naik kereta kancil.tido kat parking, makan sampai kembung!

Najwa Aiman said...

Sabtu hari tu member ofis punya adik balik le KL dari Aloq Staq. Pun 7 jam gak. Bukan sebab berhenti. Tapi sebab jem. Macam lahanat kan? Apalah nasib cuti seklah Malaysia dan Singapore kali ni serentak... Lahanat betul...

(Gwe pulak sibuk mencarut sedangkan yang kena jem orang lain... ekekekeke...)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

1st taim gua drive g kota baru 9 jam...tobat!!!!! tobat!!!!!

pye:rudz said...

gafaro: memang power beb satar tu. terbaek! gua takleh pegi la kopok lekor mentah... nak termunt...

fa-t: adventure abis!

najwa aiman: tidak mengapa melampiaskan emosi sekali-sekala... bagus untuk jiwa kehkehkeh

toi: sama! aku masa 2002 dulu. naik kancil dengan si raddy. berapa kali berenti pun aku tak ingat. kancil lowered katanya... lenguh pungkok.