Wednesday, June 15, 2011

KUASA

Kita mungkin masih ada kuasa membeli (purchasing power). Tapi apa pula value yang ada pada kuasa membeli itu?


Ini adalah air teh botol kegemaran saya. Tidak, saya tidak sikit pun terpengaruh dengan iklan mamat Wolverine tu berjoget sambil minum teh ni. Tapi sebab saya simply suka rasanya. Memang thirst quencher terbaek bagi saya.

Sebab saya ini seorang yang observant, maka saya dengan mudah mengecam perubahan botol yang digunakan. Belah kiri adalah botol lama, kanan pula yang baru. Bila pegang memang rasa kecik sikit yang baru tu. Design botol yang lebih compact? Sila lihat gambar di bawah.


Bukan setakat design botol baru saja yang lebih compact malah isipadunya juga turut di compress! Dan harganya tetap sama seperti dulu. Cheers bebeh!


Tetra Pak. Satu jenama yang berasal dari Sweden yang dikenali dunia. Banyak lagi carton minuman yang menggunakan design Tetra Pak selain daripada contoh di atas. Inovatif mereka ini. Saya minat.


Tapi yang dua ini adalah minuman rasmi anak dan isteri saya. Ya, saiz kotaknya memang sama. Memang standard. Memang piawai Tetra Pak.


Yang tak standardnya ialah isipadu kandungan minuman tersebut. Ya, ini bukan kerja Tetra Pak tetapi kerja manufacturer minuman ini. Bak kata Shidah: Biasa kalau goncang kotak dulu padu je... yang sekarang ni macam ada ruang kosong pulak. Bila cekidaut contentnya... patutlah. Dan sekali lagi, harganya tetap sama seperti dulu.

Jadi, apakah nilai kuasa membeli yang ada pada anda? Renung-renungkan dan selamat berfikir! Heheheh...

4 comments:

Muhaimin said...

Memang pandai nak kelirukan customer. Kita yang kena bijak dalam memilih.

cryclown said...

hehehe..ilusi optik..

Najwa Aiman said...

Macam pakat-pakat je kompeni dalam industri pemakanan ek? Dalam industri lain camni gak ke? Kena CSI nih...

pye:rudz said...

muhaimin: :)

cryclown: ini bukan cobaan... ini betul-betul kejadian.

najwa aiman: hmmm... yang itu memang memerlukan sedikit kajian dan siasatan.