Friday, August 26, 2011

ADJUST

Orang kata bulan Ramadhan nih bagus untuk perbetulkan diri. Iyelah, syaiton kena ikat, senang sikit kita nak buat alignment kot?

Antara perkara lazim yang saya tau ialah cubaan nak berenti merokok, nak mendekatkan diri dengan tuhan, nak mendekatkan diri dengan Al-Quran, nak kuruskan badan dan macam-macam lagilah dengan harapan cubaan mereka itu akan menjadi cara hidup walaupun di luar bulan Ramadhan kelak.

Namun, ada juga perkara yang saya kira lebih sukar untuk diubah. Mentaliti. Paradigma. Pemikiran. Dan lain-lain yang seumpamanya lah. Ini antara contoh-contoh situasi yang menunjukkan pemikiran kita masih lagi tersangkut.

1. Tak pernah nampak kawan bertarawikh di surau/masjid.
Adakah itu bermakna kawan kita itu TIDAK bertarawikh langsung? Ada tak kemungkinan dia berjemaah dengan anak-isteri beliau atau dia tak larat nak ke surau?

2. Disenggol kasar oleh pemuda di pasar ramadhan.
Adakah itu bermakna pemuda itu kurang ajar atau tidak menghormati orang? Ada tak kemungkinan dia sebenarnya terpaksa lekas membeli juadah berbuka yang banyak kerana ramai adik-beradik atau dibuli oleh kawan seasrama atau dipow oleh senior?

3. Dipotong sewaktu beratur di jalan yang jam ya amat.
Adakah itu bermakna si pemotong itu memang dari jenis lahabau yang kuang hajau? Ada tak kemungkinan yang si pemotong itu sebenarnya nak lekas sampai rumah sebab nak terberak atau bininya nak bersalin atau dah terlalu lewat nak jemput anak di nursery?

4. Nampak orang shopping raya kelam-kabut gila-babi tak ingat dunia.
Adakah itu bermakna dia materialistik lebih-lebih menjelang raya? Ada tak kemungkinan yang dia sebenarnya dah 10 tahun tak merasai nikmat bershopping raya atau tahun itu dia dapat bonus raya 5 bulan atau kat tempat dia takde Sogo, KLCC atau Jalan TAR?

5. Kawan sepejabat tak beli kuih raya yang kita jual.
Adakah itu bermakna dia tak mahu menyokong bisnes kita? Ada tak kemungkinan sebenarnya yang kuih raya kita tu tak sedap atau hal-ehwal kuih raya ni bini dia yang uruskan atau kuih raya dia tahun lepas pun masih ada lagi dalam balang belum bukak?

Jadi inilah antara perkara yang saya kira patut di adjust. Kita manusia ni memang mudah sangat jadi judgemental. Tapi kadang-kadang apa yang kita sangka itu adalah betul walhal kita sebelum itu menafikannya, itu yang jadi kita susah nak adjust pemikiran kita tu, kan? Wallahua'lam.

8 comments:

mamabio said...

ahahahahaa.. no.5 xbleh blah..
"sbenarnya dia xcukup duit nak beli kuih raya pun ya jgak.." isk isk.

pye:rudz said...

mamabio: huahahaha sesungguhnya mereka itu dalam kerugian hahahaha

Fa-T said...

cara pikir ni la racun dok kautim dengan setan... Kehkehkeh.. Lu jual kuih ka? Kehkehkeh

arman said...

btol yop.. bersihkan hati yg terpenting skali.. bersangka baiklah.. itu lebih afdal..

Najwa Aiman said...

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka, sesungguhnya sebahagian buruk sangka itu adalah dosa..." (Quran tapi tak ingat surah mana ayat mana... hehehehe... sowi...)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

hantam sajalahhhh...

Muhaimin said...

6. Rakan sebaya tak puasa atas alasan gastrik.
Adakah itu bermakna dia memang malas nak puasa? Ada tak kemungkinan dia betul-betul mengalami gastrik yang kritikal yang tak pernah dialami selain di bulan Ramadhan?

pye:rudz said...

fa-t: apa barang jual kuih? mercun lah hahaha

arman: itu yang sebaiknya.

najwa aiman: sudah terang lagi bersuluh, inikan pula ayat al-quran. iye dak?

toi: ini taqlim kontemporari namanya.

muhaimin: memanglah menghairankan.