Semalam Shidah nak ke farmasi Guardian untuk carik barang sikit. Guardian yang terhampir sekali dengan ofis kami ialah yang terletak di Seksyen 3, Bangi. Jelas sekali waktu rehat tengah hari adalah waktu yang paling afdal untuk melakukan aktiviti ini.
Photo credit to this site.
Sementelah Guardian itu bersebelahan dengan kedai serbaneka 24jam, maka gua lantas teringat stok rokok gua yang dah tinggal sebatang kat rumah nun. Baik singgah beli sekali, takyah nak kelam-kabut petang atau malam karang baru nak pegi beli. Jam woh!
Berdasarkan pengalaman lalu, kedai serbaneka 24jam yang satu ni lazimnya gemar meminta-minta wang kecil. Macamlah pelanggan mereka ini mesin penukar wang kecil di pusat-pusat game terkemuka ibukota. Maka atas dasar itulah gua cuba-cuba mencari majalah yang masuk akal untuk dibeli sekali dengan rokok dengan harapan juruwang tidak sibuk meminta duit kecil.
Duit not RM50 kalau dibawa ke pasar ramadhan dengan tujuan membeli apam balik adalah satu cara paling mudah untuk mengurangkan pahala puasa si penjual mahupun si pembeli.
Tak ada pulak majalah yang berkenan. Paling best pun majalah Mangga tak pun komik budak-budak zaman sekarang yang cenderung meniru style/stroke anime jepun.
Lantas gua capai saja akhbar The Star dan minta sekotak rokok sambil menghulurkan not RM50 yang dinyatakan tadi.
"Awal lagi dah beli rokok ni pakcik, waktu berbuka lambat lagi", tegur juruwang dengan gaya macam nak-taknak scan barcode rokok tersebut.
Perbincangan:
1. Salahkah gua beli rokok 5jam sebelum waktu berbuka?
2. Adakah puasa gua batal kalau gua beli rokok sebelum waktu berbuka?
3. Apa hak juruwang untuk mempertikai waktu pembelian gua?
Jika anda berminat nak tau, gua tak melenting pun. Gua hanya tersenyum dan berkata, "Petang karang jam teruk kat sini sebab ada pasar ramadhan, awak pun tau kan? Sebab tu saya beli sekarang".
Dan juruwang trainee muda yang macam baru lepas sekolah itu meneruskan tanggungjawab beliau seperti seorang juruwang yang sepatutnya.
Friday, August 5, 2011
PERSPEKTIF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
nasib baik tak beli kondom...
ahahahahaa..
dlm hati dia: 'pakcik' ni gian nak isap rokok ke..? kalau nak buka, baiklah mkn nasi beriani teruss..
x gitu pakcik?
dia panggil lu pakcik?
ciss...
Juruwang tu perempuan ke? Boleh buat bini tu.
fa-t: lagi slack dia pandang aku...
mamabio: ntahnya, ada ke nak bukak puasa isap rokok je? tak thrill langsung.
gafaro: haah, budak tu panggil gua pakcik.
najwa aiman: yang ini jantanlah bro.
Macam baru lepas sekolah ke macam tak sekolah? ;p.
hahaha..lain kali bli satu katon...
muhaimin: dua-dua pun relevan.
cryclown: satu katon? mau dia terus talipon JAIS! pesta tak puasa katanya.
weh.. dkt ngan umah aku tu.. ni budak lelaki yg pakai spek tu ker.. yg mcm skema2 skit? or budak pompuan yg gelap2 skit tu..
anyway ko duk bangi ke yop.. bleh ajak ngeteh mcm ni..
kalau orang datang beli pepsi sebotol dia tanya tak agaknya apasal awal sangat beli?
kuchalana: haah, budak lelaki yang pakai spek tu lah. aku dok bandar seri putra, ofis kat bangi. ngeteh? insyaallah boleh (kalau free dan ini bagi hahaha).
sevven: kot iye, ntah2 dia suruh letak balik kat fridge kehkehkeh...
ler.. dkt jer la yop.. ramai seh kaum2 kat skitar ni.. kak un.. pecal.. cikgu azman..
anyway mamat tu mmh ramah satu mcm2.. ada skali aku beli gatorade 10 botol dia soal aku mcm2.. aku yg jadi serbe salah nak beli.. aku slalu ke guardian tu cari powerbar..
Post a Comment