Monday, September 19, 2011

OBSERVATION

Gua baru balik dari Kuantan semalam. Ada family day dengan officemate satu department. Tak penat? Nampak benor membohongnya. Tiga hari dua malam, dari hari Jumaat sampai Ahad. Gua nak catat perkara-perkara yang gua perhatikan sepanjang trip tersebut.


Gua pegi sini

1. Jalan berkonvoi berbijik-bijik (10+) kereta memang leceh. Timing adalah perkara yang amat perlu dititik-beratkan selain daripada kelajuan memandu yang parallel sesama peserta konvoi.

2. Berborak dengan brader bawak superbike di BHP lepas tol Karak memang membuka minda. Steady betul brader dari Selayang tu nak pegi Kelantan sorang-sorang. Hari Jumaat pegi, Sabtu balik. Champion!

3. Masih ada lagi polis trafik yang duduk dalam longkang kat highway dengan speedtrap camera. Pity.

4. Kalau nak tau kau sebenarnya cekap atau tidak memandu kereta, sila cuba highway Karak yang berbukit-bukau dan bengkang-bengkok itu. Pergh.

5. Jangan under estimate resort yang lama kerana gua sungguh terperanjat dengan what we got for the price offered. Not perfect, but just good enough. Beyond my expectation actually.

6. Duduklah lane kiri kalau anda tidak memotong. Kau ingat kau dah cukup laju? Cheh, ada orang lain lagi laju lah woi!

7. Pastikan kepala konvoi benar-benar mahir dengan jalan untuk ke destinasi. Kalau tak, merry go round lah jawabnya.

8. Budak-budak kalau dah mengantuk dan penat memang macam-macam. Pastikan mereka cukup rehat. Manakala swimming pool dan playground pula adalah umpama jualan murah di Sogo (bagi orang dewasa) yang tak putus asa memanggil-manggil mereka. Chis.

9. Acara terompah gergasi untuk sukaneka akan gua ban untuk sebarang acara di hari muka. Reject! Tiga orang punya ankle sudah injured. Bahaya seh.

10. Sata di kedai Oh Fatimah memang baek! Tapi kat Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay), Kemaman tetap yang terbaek beb.

11. Banyak betul traffic light kat pekan Kuantan.

12. Black Pocket gua memerlukan dua tangki penuh untuk perjalanan dengan speed average 100-120km/h dari Bandar Seri Putra-Kuantan-Bandar Seri Putra. Not bad eh? Ye, saya seorang pemandu yang berhemah (uhuk).

13. Selaku chairman untuk event kali ini, antara pengajaran paling penting dalam mengorganize event chenggini ialah: Utamakan keselamatan dan event must go on according to plan as endorsed by the majority. Jangan ambik pusing sangat komplen kecik-kecik nih. Buat sakit kepala je beb. Kalau nak ikut tekak setiap orang, matilah! As long as the accomodation is acceptably comfortable, the event flows accordingly dan orang enjoy (ini yang paling penting), that is already good enough for me.

14. Last minute cancellation atau additional people memang menyakitkan hati. Itulah gatal namanya. Kejap nak pegi, kejap taknak pegi. In this case, rapport dengan orang venue amatlah penting.

15. Kuantan is another nice place to go for vacation.

Sekian, terima kasih.

5 comments:

Najwa Aiman said...

Wa suka Kuantan! Suka! Banyak tempat lepak dan stim-stim...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

kuantan memang best untuk orang bujang 3 la..

susu bar... cuci mata....

Muhaimin said...

Restorang Aziz Satar sang penjual sata ko tak singgah?

kuchalana said...

hahahah.. buat komitment fee lenkali yop.. baru org pkir dua kali nak kuar masuk..

pye:rudz said...

najwa aiman: cheh, ke situ pulak.

gafaro: korang dua orang (dengan najwa aiman) eloklah pegi outstation skali.

muhaimin: itu kat kemaman lah... atas lagi. tak kuasa aku nak drive.

kuchalana: dia memang dah bayar komitmen fee, masalahnya availability accomodation lah. nasib baik ada, kalau takde? kan huduh kalau orang tua menangis? kehkehkeh...