Wednesday, March 28, 2012

GREEN


Kredit gambar.

Dewasa kini kerap kita dengar, ramai orang bercakap dan banyak kempen-kempen yang mengajak sejagat ke arah penjagaan alam sekitar. Contoh boleh dilihat melalui penghasilan kenderaan hybrid dan elektrik, tong-tong recycle merata-rata, beg plastik kena caj 20sen, kempen earth hour dan tidak ketinggalan juga apek suratkhabar lama.

Satu yang lazim kita dengar juga ialah Go Green. Pergi Hijau. Sefaham saya, kempen ini menjurus ke arah recycling, reusing dan reducing (3R) penggunaan bahan-bahan yang boleh menambah-jahanamkan mother nature. Antara bahan popular yang disebut-sebut dalam 3R itu (bukan program yang dihoskan oleh 3 awek tu) ialah plastik dan kertas.

Untuk plastik kita digalakkan untuk kumpul dan hantar ke recycle centre yang berdekatan atau berjauhan. Kalau malas nak hantar, kumpul je dalam satu plastik hitam dan letak je kat tempat sampah depan rumah bila dah penuh. Yang ini memang aku buat. Dan aku tau pengutip sampah pasti tersenyum gembira.

Untuk kertas pun sama jugak macam plastik, cuma kita juga boleh kurangkan penggunaan kertas (especially di pejabat) dengan menggunakan both sides of the paper. Jangan eksyen sangat nak print tu macam nak buat thesis (one-sided printing).

Kat opis aku pun ada group yang sibuk mencanang-canangkan kempen Go Green nih. Baguslah. Aku sokong. Tapi pada aku kalau kau nak go green, you should just go at your own initiative. Takyah nak kecoh-kecoh pun sebenarnya. Just do it. Lead via example.

Yang bestnya pulak, ada antara individu yang kononnya going green sangat (sambil semua jari tangan kat bahu) tidak walk the talk. Kempen bukan main pung-pang-pung-pang, dalam meeting bukan main pung-pang-pung-pang, belakang, dok membazir kertas macam shaiton. Hairan sungguh.

Moralnya, janganlah sibuk-sibuk nak suruh orang Go Green kalau diri sendiri pun tak berapa nak pegi Green. Akhir kata, renung-renungkan dan selamat menghijau!

Thursday, March 15, 2012

KESUKAAN

Di sini disenaraikan beberapa perkara yang menjadi kesukaan/kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia, berdasarkan pemerhatian saya.

1. Suka memperlahankan kenderaan untuk menonton eksiden. Yang sibuk menolong biasanya orang tow truck.

2. Suka berangan bila traffic light dah hijau dan sibuk nak jadi Schumacher bila lampu dah merah.

3. Suka komplen bila tempat awam seperti tandas, jalanraya, taman permainan dikotori sampah-sarap tapi tidak rasa bersalah apabila membuang sampah merata-rata. Paling gampang, dah kencing pun malas nak flush dan dengan selamba badak bukak tingkap kereta lalu membuang sampah keluar tingkap.

4. Suka memandu di lane tengah atau lane laju dengan kelajuan yang tidak wajar lantas membebankan pengguna lain. Mereka selalu ingat mereka dah cukup laju untuk duduk tengah-tengah highway. Ingat kau highway star?

5. Banyak penunggang motosikal main suka keluar je dari simpang tanpa berhenti. Bagi signal apatah lagi. Tak pikir ke kalau kena sodok dari belakang siapa yang teruk?

6. Hal yang sama juga lazim berlaku di roundabout. Main suka nak keluar je.

7. Masih banyak yang tak tahu (atau purak-purak tidak tahu) bahawa kita perlu berhenti secara automatik di zebra crossing apabila ada orang melintas. Tak kiralah lampu isyarat tu rosak atau tidak.

Itu saja buat masa ini. Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 14, 2012

P3-21A

Itu codename model kereta Proton yang dijangka bakal dilancarkan hujung bulan Mac ini.

Ini teori saya.
Rasanya Proton design model baru ni daripada frame Lancer/Inspira dengan beberapa enhancements. Ada few similarities yang saya kesan (atau mungkin saya yang perasan). Antaranya ialah chassis, paddle-shift, boot space dan tyre lock-nut.

Sekali pandang, itulah seorang layman macam saya nampak. Walau apapun asal-usul dan hasilnya kelak, selamat maju jaya saya ucapkan kepada Proton!

Friday, March 9, 2012

PRESSURE

Ada orang pernah kata, "Kerja ni kena ada pressure, kalau takde pressure tak syok".

Memanglah ada benarnya. Kadangkala. Tapi kalau pressure yang jenis bahalul, atau saja-saja dibuat pressure, itu dah bukan lagi syok tapi dah jatuh bongok.

Aku ada satu prinsip dalam kerja. Kita perlu sentiasa cuba mencari jalan untuk memudahkan (proses) kerja supaya perkhidmatan lebih efisyen dan lebih efektif. Benda yang mudah janganlah dibuat jadi susah.

Dengan itu, barulah kita ada masa untuk memikirkan lebih banyak idea untuk mengoptimumkan performance organisasi. Tak gitu En. Najwa Aiman?

Tahukah anda bahawa terdapat kajian mengatakan kita boleh mati akibat berkerja dengan orang bangang (working with idiots can kill you)?

Tuesday, March 6, 2012

NILAI

Dalam perjalanan pulang ke rumah petang semalam.

Mikael: Kita nak pegi mana ni bapak?

Bapak: Pegi mana? Balik rumahlah.

Mikael: Buat apa balik rumah?

Bapak: Buat apa? Balik rumah, makan, tido lah. Kenapa? Awak nak pegi mana?

Mikael: Pegi Tesco.

Bapak: Pegi Tesco? Ada apa kat Tesco tu?

Mikael: Kat Tesco ada Nilai.


Kepada pihak Tesco, sila bayar promosi ini.

Kepada pembaca, maksud Mikael sebenarnya ialah, kat Nilai ada Tesco. Samalah juga maksudnya macam kat Alamanda ada Carrefour, kat Keramat ada Jusco dan kat kedai red lion (Great Eastern Mall) ada kedai giraffe (Toys R Us).

Sekian, terima kasih.

Monday, March 5, 2012

RUMPUT

Aku ingat nak bela lembu atau kambing lah kat luar pagar rumah. Rumput dah panjang tak potong-potong lagi. Kalau ada haiwan peliharaan yang makan rumput, boleh jugak diorang tolong makan rumput yang panjang tu.

Err... kalau nak bela lembu atau kambing kat kawasan perumahan kena mintak permission MPKJ ke ah?