Dalam perjalanan pulang ke rumah petang semalam.
Mikael: Kita nak pegi mana ni bapak?
Bapak: Pegi mana? Balik rumahlah.
Mikael: Buat apa balik rumah?
Bapak: Buat apa? Balik rumah, makan, tido lah. Kenapa? Awak nak pegi mana?
Mikael: Pegi Tesco.
Bapak: Pegi Tesco? Ada apa kat Tesco tu?
Mikael: Kat Tesco ada Nilai.
Kepada pihak Tesco, sila bayar promosi ini.
Kepada pembaca, maksud Mikael sebenarnya ialah, kat Nilai ada Tesco. Samalah juga maksudnya macam kat Alamanda ada Carrefour, kat Keramat ada Jusco dan kat kedai red lion (Great Eastern Mall) ada kedai giraffe (Toys R Us).
Sekian, terima kasih.
Tuesday, March 6, 2012
NILAI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kehkehkeh... seumpama iklan "nilai untuk wang anda"... prft.!
"Aniiiii...! Angkat kain hujan! Jemuran dah turunnn...!!!"
Cakap tunggang terbalik memang common dalam usia macam tu. Tapi kalau dah besor panjang pun cakap camtu, takut ada autisme!
fa-t: harapnya betullah.
najwa aiman: memang lucu beb.
Post a Comment