Thursday, April 19, 2012

TIDAK SUKA

Ini sekadar luahan rasa. Just to let things off my chest a bit.

I work in the education line but I'm not the one who give lectures. Tiap-tiap hari saya berurusan dengan macam-macam kerenah manusia. Ada yang bagus, ada yang kelakar, ada yang bodoh, ada yang bongkak, ada yang macam saja nak mintak pelempang, ada yang macam saja nak mintak penerajang dan macam-macam lagi. Dah nama pun manusia.

Respond saya towards fiil mereka-mereka ini juga of course berbeza-beza mengikut citarasa semasa dan siapa tuan punya fiil tersebut. Ada antaranya yang berurusan secara depan mata, dalam email, dalam telefon dan ada juga di tengah khalayak mesyuarat.

Dalam environment kerja saya setiap hari, saya paling tidak suka berurusan dengan orang yang berfiil:

1. Sombong tak tentu pasal. Mereka ini sebenarnya tak tau mende, tapi buat-buat tau dan eksyen nak mampos.

2. Menggunakan kabel untuk menjatuhkan orang lain. Bila sabar gua dah tersangat tipis, diorang ni selalu gua confrant face-to-face je. Terkebil-kebil nak menjawab.

3. Bongok yang tak mau nak belajar. Kalau kat tepi tebing curam memang dah lama gua tendang je orang jenis ni.

4. Tidak menghormati orang. Ini mungkin tak cukup didikan sejak dari kecil atau dia ingat dia dah cukup besar atau hebat.

5. Tidak menghormati peraturan. Ini biasa berlaku kepada orang atas-atas. Dia ingat dia boleh buat apa dia suka macam abah dia punya organisasi. Memang penuh kegampangan karakter ini.

Banyak lagi. Cukuplah tu, nanti gelap-gelita pulak hati gua diselubungi kebencian.

4 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

tetiba rasa macam baca kisah sendiri la pulah.. ngeh ngeh ngeh

Fa-T said...

gua setuju sangat dengan gafaro ni... apatah lagi dengan brader yang selalu dan perlu mengHANTAM

kookabooras said...

perasaan kita sama dalam minggu ni.

pye:rudz said...

dah, korang semua pergi layan Kita Serupa - Headwind sekarang jugak kehkehkeh