Monday, August 25, 2008

BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN


DSAI

Aku semakin pening dengan politik Malaysia hari ini. Yang dia ni kata dia tu, yang dia tu kata dia ni. Mana satu yang betul? Siapa yang betul? Siapa yang salah? Siapa yang penipu? Aku pun dah tak tau.

Tapi aku tertarik dengan isu mamat yang angkat sumpah di masjid. Beliau mendakwa telah diliwat oleh DSAI. Bila, di mana dan mengapa beliau diliwat aku tak berminat nak ambil tau. Yang aku berminat nak tau ialah setakat mana tingginya kita menjadikan Al-Quran sebagai saksi akan bukti kebenaran sumpah kita. Ini Al-Quran bro, jangan bawak main.

Tetapi juga, jika mamat ni berani sampai begitu sekali kenapa tidak DSAI melakukan perkara yang sama?

Aku pernah lihat pekeliling berita bercetak yang mengandungi laporan pemeriksaan perubatan mamat yang mendakwa diliwat ni. Ia dicetak oleh PKR untuk sebaran kepada ahli dan rakyat yang tiada kemudahan internet. Sungguh murni cara mereka dan aku setuju dengan niat murni sebegini. Namun aku tak mahu komen kandungan pekeliling tersebut.

Aku juga ada mendapat input yang pelbagai mengenai DSAI. Macam-macam, ada yang logik di mata kasar, ada yang tidak, ada yang nampaknya benar lagi berfakta dan saksi, ada yang main semberono je bercakap. Masalahnya, tindakan DSAI yang masih enggan bersumpah menimbulkan pelbagai syak dikalangan rakyat. Aku menjadi pening sekali lagi.

Aku melihat politik dari perspektif berbeza. Aku tidak kenal parti atau orang yang memimpin parti tersebut. Aku cuma mahu negara ini dipimpin oleh pemimpin yang tidak korup kerana sejarah telah membuktikan bahawa korupsi mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan/negara. Mungkin ini juga kehendak segelintir besar rakyat negara ini.

Berbalik kepada perkara mengangkat sumpah dengan Al-Quran. Apabila perkara sebegini berlaku, aku tertanya-tanya:
1. Adakah memang benar mamat ini tidak bersalah dan berkata benar?
2. Adakah mamat ni faham akan maksud liwat kerana laporan pemeriksaan perubatannya mengatakan tiada kesan beliau telah diliwat.
3. Adakah pada mereka bersumpah dengan Al-Quran itu cuma jenaka?
4. Adakah itu cuma serangan psikologi sesetengah pihak sahaja?
5. Adakah acara itu dihebahkan kerana nak buat diversion ke atas perkara yang lebih besar?
6. Adakah ini trend terkini dalam kancah politik tanah air? Baru-baru ini Najib TR juga bersumpah tiada kena-mengena dengan kes pembunuhan Altantuya.
7. Adakah muslim hari ini sudah tidak lagi mengakui keagungan Al-Quran? Nauzubillah.
8. Mungkinkah DSAI bersalah melakukan perkara terkutuk itu kerana keengganannya bersumpah dengan Al-Quran?

Kesimpulan aku: Hormatilah Al-Quran. Jika kita berniat merpersendakan Al-Quran, bersedialah untuk menghadapi consequences daripada Allah. Jika kita berada di landasan yang benar, apa yang nak ditakutkan kecuali Allah?

Ini pandangan saya. Apa pandangan anda?

2 comments:

suhaili said...

Ada misai takda janggut itu kucing,
Ada janggut takda misai itu kambing.
Ada misai ada janggut ANWAR gasing,
Lu depan kasi dia mau belakang pising.

Najwa Aiman said...

Pandangan saya, meliwat adalah keje yang mulia sekiranya dilakukan di tempat selain damansara... eheks...