Friday, August 22, 2008

IKLAN MERDEKA PETRONAS 2008

Baru-baru ini saya berpeluang menonton iklan Merdeka terbaru Petronas di kaca tv seperti orang lain. Sungguh menarik dan ada babak yang mensyahdukan jiwa. Hasil karya Afdlin Shauki katanya tahun ni. Mungkin Yasmin Ahmad sibuk dengan shooting filem terbaru beliau Talentime barangkali.

Ada komen mengatakan iklan kali ni tak cukup meruntun jiwa. Itu persepsi pengomen dan sesiapa juga berhak mengomen. Komen saya: Saya suka iklan tersebut. Bukan kerana ia adalah hasil kerja Afdlin Shauki tetapi iklan tu memang saya suka... sebelum saya tahu itu hasil kerja Afdlin pun. Kalau orang lain tak suka itu orang lain punya pasal.

Perlukah sesuatu karya itu dikatakan bagus hanya sekiranya ia berjaya meruntun jiwa penonton? Saya rasa, tidak semestinya. Lain padang lain belalang, lain orang lain... ape benda pulak ritmanya ye? Lantaklah.

Yasmin Ahmad punya style tersendiri begitu juga karyawan lain. Tertakluk kepada kreativiti masing-masinglah kan? Perbandingan perlu ada tetapi mesti dibuat dari perspektif yang sama seperti konsep, mesej dan naratif (ini je yang aku tau).

Kalau ada 2 karya sedih tetapi hanya satu yang berjaya menyentuh perasaan kita, mungkin boleh kita katakan karya yang satu lagi kurang berjaya. Agaknyalah. Kalau cerita Pendekar Bujang Lapok (PBL) kita nak compare dengan Anakku Sazali dari aspek nak meruntun jiwa, confirm PBL tewas teruk! Itu contoh.

Pada saya, yang penting mesej karya itu sampai dan penonton merasakan perasaan yang ingin disampaikan melalui sesuatu karya itu. Tak kiralah komedi ke, sedih ke, ganas ke atau apa-apa saja. Itu sudah memadai.

Berjaya atau tidak sesuatu karya terletak pada banyak perkara. Penonton faham mesej karya dah boleh dikira berjaya. Penonton terhibur dengan komedi yang ditampilkan dah boleh dikira berjaya. Penonton tersentuh perasaan sampai nak menitis airmata juga sudah boleh dikira berjaya.

Tepuk dada tanya selera. Tepuk kepala tanya akal.

Cuba semak iklan itu di sini. Kalau takde, tunggu jelah kat tv.

1 comment:

Najwa Aiman said...

Wa blom tgk lagi la ikan tu. Nanti wa nk tgk. Nk pegi link tu leceh kat ofis ni sbb slow mcm Komuter.