Friday, October 31, 2008

GELUMANG FIKIRAN SEMASA



Hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi zuriat sulung aku dijadualkan melihat dunia, insyaallah. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat. Jangan aku kena panic attack sudah.

Kereta aku sudah mencapai tahap kotor yang optimum. Hujan adalah pemangkin dan alasan aku bersikap malas. Bukan aku tak sayang kereta aku, sayang... tapi masih belum terzahir lagi melalui tindak-tanduk.

Aku dalam proses menyaring (screening) idea untuk memaparkan gambar-gambar yang aku ambil dengan kamera padat aku di dinding rumah untuk dijadikan hiasan. Ntah senonoh ntah idak idea ini masih belum dapat aku pastikan.

Berat badan aku masih maintain dalam kategori berat. Aku salahkan seluar-seluar aku kerana mereka mengecut dalam mesin pengering. Mesin pengering juga turut aku salahkan dalam hal ini.

Minyak Petronas kurang memuaskan untuk prestasi kereta aku. Minyak Shell lebih bagus. Tapi itu hari aku isi penuh minyak Petronas sebagai tanda terima kasih aku kerana stesen minyak itu ternyata benar-benar super. Semua masalah aku seperti nak cucuk duit, top-up Touch n Go dan beli rokok diselesaikan di stesen Petronas Seksyen 15 Bangi.

Jiran sebelah rumah, Fadil, jemput open house malam esok. Masalahnya aku kena balik Keramat, ada meeting keluarga belah mertua, ada orang kawin kat Kepong dan nak cari barang-barang bayi. Aku ingat nak buat lawatan akademik ke rumahnya pagi esoklah. Ok kot eh?

Takde ke orang nak bagi aku RM1 juta? Sekarang jugak aku tender surat berenti kerja.

6 comments:

Najwa Aiman said...

Errr... bos aku cakap lebih kurang begini: "Bukan kereta yang jaga dia, tapi dia yang jaga kereta."

Dan pasal ahli keluarga baru yang akan tiba, relaks... relaks... Anxiety doesn't kill you, but what you do in response to anxiety might!

Anonymous said...

well... u r not the first about the 1 juta request... aku ada hati nak tulis surat mintak derma to either bill gates or sultan brunei.. apa sgt la 1 juta tu berbanding dgn duit yg diorang ada... hehehe... and on the baby part, dont worry... it comes naturally... just dont faint in the delivery room....

anw4r said...

seluar2 aku pon mengalami kejutan budaya lps masuk malaysia..masing2 nk mengembang jek..jgn sampai terpakse tebuk lubang baru kat tali pinggang udah la..

pye:rudz said...

najwa: hahaha memanglah kita yang kena jaga kereta... it's not the other way round... in every aspect pun. contoh: kalau kereta meragam, kitalah puncanya sebab tak bawak pegi servis... kan? ye ke?

naziah: may we get the best of luck with the 1mil dream haha.

nu3k: malaysia boleh! (gemukkan badan kita)

Lynn said...

woohoo! can't wait to see Pye&Shidah Jr.

Bila mau gather2 ni?

pye:rudz said...

lynn: kitorang every weekend ada kat kl skang nih. roger2 lah kalau ada plan nak gather.