Thursday, March 19, 2009

MUZIK YANG BERDIKARI

Sejak kebelakangan ni, banyak betul band-band dan individu berdikari (independent) yang tiba-tiba menjadi sebutan di arus perdana (mainstream). Malah, semakin popular juga lagu-lagu mereka di radio dan tv. Antaranya ialah Hujan, Meet Uncle Husain, Estrella, Bittersweet, Laila's Lounge, Butterfingers, Pesawat, Grey Sky Morning, Bunkface, Estranged dan macam-macam lagilah. Yang terbaru dan menarik muziknya di halwa telinga aku sekarang ialah, Yuna.


Hujan. Gambar dipinjam dari http://hujankeuk.blogspot.com/

Mereka bukan baru. Cuma baru dikenali di arus perdana. Baru diberi pendedahan oleh media. Kenapa? Mungkin media dan orang industri mainstream baru sedar akan kehadiran mereka ini ataupun dulu buat-buat tak sedar. Ini pendapat aku. Mereka-mereka ini (indie band) telah pun bermain muzik di gig dengan berbekalkan muzik yang dicipta dan direkod sendiri.

Pada aku, mereka semua berbakat. Masing-masing ada "signature" dalam muzik yang mereka bawakan. Malah, berani aku katakan bahawa kebanyakan band-band ini sebenarnya jauh lebih berbakat daripada yang sedia ada dalam mainstream. Bukan maksud aku semuanya tak bagus dan tak berbakat dalam mainstream. Jangan nak gosipkan statement ni pulak. Ini pendapat aku.

Tidak dinafikan bahawa kemenangan Estranged pada Anugerah Juara Lagu 2007 yang lalu sebenarnya menjadi pembuka mata untuk orang kita bahawa independent musician di negara kita sebenarnya berkualiti. Lepas tu Meet Uncle Husain pulak menang. Kenapa? Kerana mereka (independent musician) sebenarnya adalah nafas baru industri muzik negara kita. Ini juga pendapat aku.

Selama ini kita dok puja artis seberang (Indonesia) sampai sponsor pun liat nak sponsor artis Malaysia untuk show atau konsert. Macam best sangat semua yang datang dari sana. Kita sebenarnya tidak mahu mengaku kebolehan dan taknak bantu orang kita sendiri. Masalahnya mereka bagus dan berbakat. Kenapa tak bagi peluang?

Dan sekarang aku rasa ini tidak akan menjadi masalah besar lagi (harap-harap) di masa akan datang kerana pendedahan yang semakin meluas oleh media (nampak gayanya lah). Ingat, mereka juga punya followers yang ramai. Kalau ada showcase, biasanya fullhouse. Apa? Tak cukup untung ke kalau sponsor?

Oleh itu, sokonglah scene music kita. Show your support by purchasing their EPs or albums so that they can produce more good music for us. Takyah buang duit nak undi peserta program-program realiti sebab yang menang belum tentu bagus dan yang tak menang tak semestinya tak bagus, kan? Ini juga pendapat aku.

Sekian, terima kasih.

10 comments:

Unknown said...

ko dah beli ep yuna ke lum?aku dah beli. dgr time nak tido leh bawak mimpi woo...

after midnight, i will bring you to a special place...zzz

Anonymous said...

Tengok rupa Yuna boleh mimpi lebih-lebih pulak... alahai...

pye:rudz said...

lizzam: tengah carik EP yuna la nih...

najwa aiman: cheh...

me3n said...

ku da download yuna seperti yg mamabio pinta, tapi tak semestinya ko tak perlu beli EP yuna ehehehe.

Anonymous said...

sekarang banyak ruang nak tunjuk bakat..tak perlu lagi kompeni besar, jual album sendiri kat internet pun buleh.. hehehe.. ni yang rasa nak form band gitar rancak balik nih..hehehe..

kalau ko dapat EP Yuna tu, amik 2, aku nak satu..

pye:rudz said...

ad3ck: mesti beli... estrella pun macam syok jugak

raddy: itulah, itu ari aku ajak beli gitar kau taknak... kita jamming tepi tembok umah kau dulu, pastu kita tunggulah imam surau depan rumah tu pelangkung kepala kita dengan gitar. best tak? kehkehkeh...

Anonymous said...

tu la dulu2 dh hmpir jadik artis lu pi tarik diri apsal??..hehe..
terus bekubur band lepas kehilangan second gitaris ekeke..

Unknown said...

ep dia mana ada jual kat kedai beb.ko kena beli online. mine took several days only.nati dia pos laju.

refer sini kalu betul2 nak beli.

kookabooras said...

oh bulan...

hehehe. weh bro, bile tuka kerja jd promoter plak nih?

pye:rudz said...

ez: aku tarik diri sebab takut tak dapat bagi komitmen

lizzam: tau... tapi currently out of stock. tengah re-print.

kookabooras: bukan promote lah. awareness...