Ada sesetengah benda yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari aku yang aku tak berapa nak paham sampai sekarang. Antaranya:
1. Kenapa dalam tandas awam, ada orang flush sebelum kencing. Oklah, nak bersihkan mangkuk tandas yang kotor barangkali. Tapi, lepas dia kencing, haram tak flush. Bukan ke sepatutnya, lepas guna kena flush? Barulah mangkuk tandas tu bersih, kan?
2. Ada sesetengah orang, time khutbah Jumaat bersembang-sembang bukan main rancak. Tak pun, melepak makan cendol kat luar pagar. Orang qamat baru menggelabah nak gerak pegi masjid. Bukankah khutbah itu sebahagian dari solat Jumaat?
3. Kenapa ada sesetengah kereta meluncur laju macam ribut di lane kanan dan bila sampai tol menggelabah nak pancung ke lane paling kiri lalu menyusahkan orang yang nak masuk lane Touch n Go dan Smart Tag?
4. Kenapa tak check dulu balance duit dan power bateri Smart Tag anda sebelum memasuki lane Smart Tag lalu menyusahkan orang di belakang yang kena reverse untuk ke lane sebelah?
5. Kenapa ada sesetengah orang kita suka nak menyusahkan perkara yang mudah dalam ajaran Islam sehingga membebankan? Contoh terbaik dan termudah ialah urusan perkahwinan. Berapa dulang hantaran, berapa duit hantaran dan tema warna majlis yang lebih disibukkan berbanding benda yang wajib iaitu bernikah.
Skarang dah pukul 1 tengah hari. Kenapa aku tak gerak lagi untuk sembahyang Jumaat? Hah, nak gerak lah ni... hehehe.
Friday, March 20, 2009
SAMPAI SEKARANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sekarang pulak dah pukul 5:41 PM. Wa nak balik! TGIF! Ekekekeke... Have a nice weekend ye'all!!!
hahaha.. tang bertenggek kat mangkuk tandas duduk tu lagi tak menahan. if takda pilihan, lantai tandas la jadi tpt melepas...haisk!! busuk punyer kaki.
srrg ari minggu ..gua kena keja...huh..
najwa aiman: cheh, laju aje time balik
kotak keranda: itu tak skolah punya orang tu...
a.k.u.p.e.n.t.o.i: kalau claimable takpe bro, lu belasah lah banyak-banyak jam.
Post a Comment