Wednesday, April 29, 2009

SOME



Some are just so damn lucky
Some are not
Some are just always in a rush
Some are not
Some are just fine with their life
Some are not
Some are just rebellious without cause
Some are not
Some are just angry without reasons
Some are not
Some are just plain stupid
Some are not
Some are just simply immoral
Some are not
Some are just so in love with their loved ones
Some are not
Some are just proud being of ignorance
Some are not

We might belong to some of these at times.

Tuesday, April 28, 2009

PANDANGAN SAYA

Pandangan saya kali ini adalah tentang pembuat kereta nasional kita iaitu Perusahaan Otomobil Nasional atau nama glamournya Proton.

1. Proton akan pick-up performance syarikatnya. Sebab: Proton ada bos baru yang saya rasa sangat berwibawa.

2. Saya minat Proton Neo tapi dia 2 pintu. Kalau ada versi Neo Quattro (4 pintu) pasti memukau! Gerek seh.

3. Exora adalah titik-tolak kebangkitan Proton di mata rakyat.

4. Gen-2 akan (dan mungkin sedang) dipulau oleh rakyat Malaysia kerana kebanyakan rakyat lebih meminati Persona. Lebih murah dan lebih baik (?)

5. Pada hemat saya, Savvy akan menerima nasib yang sama seperti model Tiara.

6. Wira dan Iswara wajar dihentikan pengeluarannya dan Proton patut fokus kepada Saga (baru), Persona, Gen-2, Waja dan lebih banyak model baru. Cukup-cukuplah tu buat untung dengan chassis lama.

7. Rasanya dah sampai masa model Perdana dibangunkan semula untuk memberi saingan dalam kelas cc 2.0.

8. Model Juara sebenarnya sudah diculik dan tiada siapa yang peduli.

9. Saya rasa Proton wajar membangunkan model pick-up truck dan van komersil.

10. Model Arena adalah salah satu bahan jenaka yang tiada tolok bandingnya.

Proton boleh maju, dan kita kena beri peluang kepada Proton untuk maju. Tetapi, adakah Proton memberi peluang kepada rakyat menikmati kenderaan yang setimpal dengan harga yang diletakkan?

Dan, kenapa harus "Kualiti Eksport" lebih bagus dari kualiti tempatan? Berilah yang terbaik kepada rakyat dahulu dan barulah kepada dunia. Barulah kita akan berbangga dengan kereta nasional kita, kan?


Nota: Apa jadi dengan AFTA eh?

Friday, April 24, 2009

REAKSI KEMARAHAN SAYA

1. Tidak bagi signal/blinker untuk membelok.
Reaksi Saya: Simpan kat rumah la signal tu, takyah bawak ke hulu ke hilir dengan kereta/motor tu kalau taknak pakai!

2. Bertanyakan soalan tetapi tidak membenarkan kita menjawab.
Reaksi Saya:
Macam mana saya nak terangkan kalau saya nak cakap je awak potong?

3. SmartTag tidak berfungsi di tol kerana tiada kredit ataupun bateri kaput lantas memanjangkan barisan di belakang dan beratur macam orang yang pakai tiket.
Reaksi Saya:
Lain kali check lah dulu, jangan nak sibuk eksyen je. Apa? Ingat peranti (device) SmartTag tu bateri dia hidup abadi (immortal) ke?

4. Parking macam anjing nak kencing. Tak masuk kotak betul-betul ataupun terlalu rapat antara satu sama lain.
Reaksi Saya:
Driving school mana kau pegi dulu? Lesen terbang ke? Ah? Bapak kau yang cat kotak parking nih?



5. Memancung di roundabout (bulatan) seperti roundabout itu dimiliki oleh bapanya ataupun ahli keluarganya yang lain.
Reaksi Saya: Poooonnnnnnn!!! Gampang!!!

Sekian, terima kasih.

Thursday, April 23, 2009

28 SOALAN (TAG DARI NAJWA AIMAN)

Pagi-pagi dah kena tag dengan mamat nih. Cheh.

(1) 3 Names in Your Inbox Cellphone
VoiceMail Msia - ada voicemail lah, ape lagi?
Icah - mama suruh mms gambar mikael
Hotlink - pesanan dari BNM: beware of scams

(2) Your Main Ringtone
Default: Pagi Yang Gelap - Hujan
Family: Pump It - Black Eyed Peas
Bini: Si Gadis Ayu - Black Dog Bone

(3) What U Did At 12 Last Night?
Tidor... dan mungkin berdengkur

(4) Who Was The Last Person You Went Out With? Where?
Azrin Adini. Semalam kat Haji Tapah.

(5) The Color 0f The T-Shirt You’re Wearing? Now?
Not wearing any t-shirt now.

(6) The Last Thing U Did?
Kentut. Sakit perut siol, mesti kuetiow semalam.

(7) 3 of Your Everyday Favorite Items
Mikael
Tidor
The thought of quit smoking, but always fail

(8) The Color of Your Bedroom?
Buat masa ni, kaler asal iaitu putih.

(9) How Much Money in Your Wallet Now?
Sebelum beli nasik lemak kat Seksyen 3 tadi, rm40. Skarang dah jadi rm36.

(10) How’s Life?
Life to siapa?

(11) Your Favorite Song?
Banyak. Tak lalu aku nak listkan. Kang aku bagi lagu Hujan, P. Ramlee kecik ati. Bagi Sheila Majid, Sheila Mambo kecik ati. Susah betullah!

(12) What Will You Do Next Weekend?
Adik Shidah bertunang. Kena menghantar ke Selayang rasanya.

(13) When Was The Last Time You Saw Your Mom?
Last weekend.

(14) Where Is She Now?
Skarang? Kat dapur lah kot? Tak basuh kain... sarapan.

(15) When Was The Last Time You Talked To Your Parent?
Oh! Malam tadi mak aku call tanya pasal bintat nyamuk kat muka Mikael. Sayang betul kat cucu dia, kena gigit nyamuk pun tanya, heh.

(16) Who Is The Last Person That Texted You?
VoiceMail Msia.

(17) Where Did You Have Dinner Last Night?
I didn't.

(18) The Last Surprise You Got?
Semalam. MOHE mintak report gampang semalam, nak hari ni. Cinabeng betul.

(19) Last Thing You Borrowed From Your Friend
Huish... haram tak ingat. Lama dah rasanya tak meminjam.

(20) Who is Your Bf/Gf Or Husband/Wife?
GF: Yang gelap takde. Yang cerah banyak.
Wife: Shidah

(21) What Do You Feel Now?
Perut pedih-pedih macam nak terberak je.

(22) Wanna Share With Who?
Serius ke nak share rasa terberak nih?

(23) Who Knows Your Secret?
Victoria Secret kot?

(24) They Keep Your Secret?
Ntah. Cuba tanya pengetua Victoria Institution.

(25) Are You Angry With Someone?
Not one. A few. It's not worth mentioning it here.

(26) What do you order at McD?
I'm still on boycott.

(27) The Last Time You Felt So Sad?
Everyday when think about my workplace's future which is managed by dumba**es.

(28) Mahu Tag?
Tag Heuer aku nak lah. Price tag atau Tic-tac aku taknak.

Tuesday, April 21, 2009

TAMAN GEMALAI


Ini bukan Taman Gemalai.

Taman Gemalai merupakan sebuah taman ilmu dan bukan Taman Astakona atau Taman Melawati mahupun Taman Keramat. Taman ini sudah wujud hampir 20 tahun tapi belum 20 tahun lagi.

Dahulu taman ini dikhabarkan sangat indah, hebat dan tiada tolok bandingnya. Tak percaya, cuba ukur dengan jangka tolok ataupun tolok hujan. Confirm tak dapat. Malah kehebatan dan keindahannya bukanlah khayalan semata dan bukan juga khayalan... menjelma... ketika fikiran... teringatkan Black Dog Bone. Taman Gemalai juga pernah mendapat anugerah taman terbaik suatu masa dulu.

Seperti taman-taman biasa yang lain, orang asli Taman Gemalai memang tidak boleh maju dengan sendiri. Maka AJK taman dibantu oleh perunding luar yang hebat katanya. Memang mereka hebat pun! Tapi perunding tak boleh membantu selama-lamanya, nanti berkulat. Maka kini, tinggallah orang asli Taman Gemalai yang menguruskan sendiri taman ini.

Taman Gemalai sekarang ada 5 AJK Tertinggi taman dan dibantu oleh beberapa AJK lain. AJK dilantik berdasarkan rasa suka hati Pengerusi taman. Mereka tiada perlu mengambil sebarang peperiksaan. Kriteria yang penting ialah pandai pasang kipas. Sebarang jenis kipas. Walaupun calon tersebut tidak tahu langsung apa kejadahnya tugas seseorang AJK itu. Hebat bukan?

Hasilnya, Taman Gemalai tidak lagi hebat seperti dulu. Semua cerita kemegahan hanya tinggal cerita sahaja. Taman Gemalai dilihat seakan sebuah kapal yang terumbang-ambing di tengah lautan realiti dengan nakhoda yang tiada berkualiti.

Namun, para AJK Taman Gemalai masih tiada kesedaran yang tinggi di atas kelemahan ini. Mereka masih mendabik dada meninggi walhal di belakang mereka dicaci. Penduduk Taman Gemalai kini semakin benci tapi apakan daya sudah suratan begini.

Kadangkala, ingin rasanya orang asli Taman Gemalai melihat taman kesayangan mereka ini digabungkan dengan taman-taman lain. Mungkin ini keterlaluan. Tapi, sikap para AJK yang melampaui toleransi sudah tidak dapat diterima lagi.

Apakah nasib Taman Gemalai?
Apakah nasib orang asli Taman Gemalai?

Tidak perlulah difikirkan nasib AJK Taman Gemalai.

Monday, April 20, 2009

YOU TOO, YOUR HIGHNESS

Sultan Pahang seru rakyat berjimat cermat
20/04/2009 1:56pm


KUANTAN 20 April — Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.


Baginda bertitah Malaysia tidak terkecuali menerima kesan kegawatan ekonomi apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar menguncup, eksport menurun, kemerosotan kemasukan pelaburan asing dan swasta serta pemberhentian kerja dalam sektor swasta dijangka berlaku dan meningkat.


“Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. - Bernama



Nota: Tiada siapapun sepatutnya terkecuali.

CATATAN HUJUNG MINGGU

Seperti biasa kitorang balik Keramat di hujung minggu. Bezanya baru-baru ini ialah perkara-perkara yang tersebut di bawah:

1. Kenduri kawin anak Abang Salim kat Dewan Beringin, Taman Seri Gombak. Lauk orang kawin yang macam biasalah, kan? Yang bestnya ada aiskrim. Ini tak payah beli punya. Free! Tapi beratur masyaallah panjang. Tapi aku berjaya jugak mendapatkannya.

2. Sepanjang kenduri tersebut, Mikael dipegang oleh neneknya, nenek-neneknya yang lain dan tok-toknya yang lain. Habis dibeleknya anak aku. Tengah comel, semualah suka nak pegang. Yang penting, dia tak menangis.

3. Cuaca memang panas. Aku dengan Mikael siap lawan berpeluh.

4. Malam pulak ada kenduri cukur jambul kat Ulu Klang, rumah pakcik Shidah. Meraikan cuculah kiranya nih. Lauknya confirm lah kambing. Kambing masak Kuzi tu biasalah kan? Yang bestnya ada kambing bakar! Hahaha 2 keping aku sebat! Nasib baik liat sikit. Kalau tak mau 5 keping!

5. Masa majlis malam tu juga aku "ter"jumpa junior aku Adi Sazlimi. Bini si Adi nih adalah adik Lazli, kawan Shidah. Tapi, apa ke jadah dia kat majlis nih? Rupanya mereka adalah kawan kepada bapak baby yang dicukur jambulnya malam itu. Keciknya dunia.

6. Yang paling terbest ialah, aku dah dapat Crocs baru aku hahahaha!

Friday, April 17, 2009

BUAL KOSONG

Kau bahagia sekarang?
Aman dan damai?
Dululah, sekarang macam dah tak berapa dah.
Kenapa ek?
Entahlah, dah macam-macam sangat yang kita dengar dan lihat.
Bunuh, rogol, dera, rusuhan, samseng, ahlong...
dan macam-macam lagilah.

Apa agaknya puncanya ek?
Dulu orang tak tau, sekarang dah tau.
Dulu orang tak pandai, sekarang dah pandai.
Dulu takde internet, sekarang dah ada.
Maklumat semua senang dapat.
Klik, klik dah dapat.

Betul tak betul maklumat tu, wallahualam.
Bagus tak bagus maklumat tu, wallahualam.
Berguna tak berguna maklumat tu, wallahualam.

Habis? Tak baguslah era teknologi maklumat ni sebenarnya?
Teknologi ke yang salah?
Oranglah yang salah.
Macam mana tu?

Orang yang gunakan teknologi maklumat, bukan monyet.
Gunakanlah dengan betul. Satu.
Dua, integriti dan moraliti. Itu yang paling penting.
Itulah faktor penentu sesuatu kemajuan itu bagus ataupun tidak.
Macam mana tu?

Aahh... kau pikirlah sendiri. Kau sekolah mana dulu?

Thursday, April 16, 2009

SELINGAN


Gambar dipinjam dari URL di atas.

Aku: Fuiyo! Ada kerepek bawang (sambil mata terpaku melihat kerepek bawang di dalam paket plastik yang masih belum dibuka sebelah microwave).

Mak Aku: Hah, ambiklah, makan. Memang beli untuk dimakan. Dah bukak kang carik tupperware, simpan takut masuk angin.

Aku: Takpelah, lain kali je lah makan kerepek nih.

Dan aku pun berlalu dengan selambakodoknya sambil kedengaran mak aku mengomel-ngomel "Hish budak nih, blablabla...".

Sebenarnya dalam hati aku berharap ada orang lain yang akan bukak dan letak kerepek tu siap2 dalam tupperware supaya aku boleh terus makan je.

Malaskah aku? Hehehe...

Wednesday, April 15, 2009

BUAYA

Aku suka footwear ini. Crocs. And I'm wearing one which I bought... sorry, can't remember when. It was a long time ago.

Sekarang Crocs aku seakan menuntut untuk di"rehat"kan. Kemuncaknya ialah apabila aku hampir tergelincus di nursery sewaktu menghantar Mikael akibat lantai yang berlumut. Nasib baik juga aku tidak mendukung Mikael tatkala itu.

Shidah dengan murah hatinya telah meng"offer" untuk membelikan aku Crocs yang baru. Yeay! Aku hanya tersenyum sampai ke cuping telinga. Bestnya. Dan itu ari kitorang pergilah singgah di outlet Crocs yang terletak di IKANO selepas bershopping lebih kurang di IKEA. Model yang aku minat ada. Off-Road namanya. Tapi kaler ya rabbi... macam gampang. Aku pun tak mau memaksa diri untuk membeli warna yang aku tak minat. Raddy dan Angah dah pakai hitam. Nasib baik aku tak berapa nak minat warna hitam.

Aku tau ada outlet lain kat KL nih, tapi mengenangkan ntah bila aku nak ke Mid Valley ataupun KLCC, maka aku dengan jakunnya chekidaut untuk purchase secara dalam talian (online). Pergh! Ada! Free shipping lagi! Within Malaysia lah. Of course korang kena pegi website Crocs Malaysia.

Aku pun godek punya godek dan terus order. Lembab sikitlah, jakun kan? I've never purchased anything online before. Ada rasa takut sikitlah, kang kena clone pulak credit card aku, masak! Tapi kali ni entah kenapa perasaan yakin-boleh terlebih pulak, aku pun tak tau.



Dan sekarang aku tak sabar menunggu Crocs aku yang baru tiba. Lambatnya... (ey bongok, bukan kau baru order pagi tadi ke?).

Tuesday, April 14, 2009

PREFERENCE

Aku lebih suka anak aku mengenali GAJAH sebelum ELEPHANT.
Aku lebih suka anak aku mengenali MAK sebelum MAMA/MUMMY.
Aku lebih suka anak aku mengenali BAPAK sebelum PAPA/DADDY.
Aku lebih suka anak aku mengenali SUSU sebelum MILK.
Aku lebih suka anak aku mengenali ARNAB sebelum RABBIT.

Aku lebih suka anak aku mengenali BAHASA IBUNDA dahulu sebelum BAHASA PENJAJAH.

Tidak salah, kan?


Nota: Sebab aku pernah tengok satu mak budak cakap inggeris bukan main dengan anak dia (yang masih kecil) dan anaknya ternganga tak paham. Aku yang menengok tergelak kecil. Kenapa dia nak berkomunikasi sedemikian rupa dengan anak dia, aku pun tak tau. Mungkin kalau di tempat awam kena berbahasa inggeris kot? Biar anak tak paham, janji nampak "kelas". Ye ke? Hehehe...

Monday, April 13, 2009

POKOK KELUARGA



Setelah beberapa lama bernafas di muka bumi ini, ada sesetengah benda yang aku baru tau. Sebagai contoh: Tok adalah panggilan untuk datuk atau nenek bagi sesetengah keluarga.

Tok Wan: Nenek. Wan = Perempuan.
Tok Ki: Datuk. Ki = Lelaki.

Aku tak ada Tok Wan atau Tok Ki. Aku cuma ada Tok, Opah, Datuk dan Nenek. Tapi keempat-empatnya sudah tiada. Al-fatihah untuk mereka.

Panggilan pakcik-pakcik dan makcik-makcik juga ada pelbagai.

Belah abah aku ada Achoh, Alang, Uda, Mak Utih dan Wan Chu.

Belah mak aku semua ada Chik depan nama masing-masing. Contoh: Chik E'em, Chik Mimi, Chik Nining, Chik Ichuk, Chik Anit dan ramai lagi. Panggilan adalah pada kadar rata tanpa mengikut kronologi umur kecuali untuk Pak Long, Pak Lang dan Mak Ngah Wok yang berada di ranking teratas adik-beradik mak aku.

Belah bapa mertua aku menggunakan panggilan standard. Pak untuk pakcik tak kira lebih tua atau lebih muda dari bapa mertua aku. Dan Mak untuk makcik yang juga tidak mengikut kronologi umur. Contoh: Pak Uda, Mak Lang, Mak Teh, Mak Usu, Mak Anjang dan ramai lagi.

Belah mak mertua aku pula ikut panggilan orang Jawa. Wak untuk yang lebih tua dan Chik untuk yang lebih muda daripada ranking umur mak mertua aku. Contoh: Wak Tohid, Wak Gini, Chik Yam, Chik Ayim, Wak Shuib, Chik Adi dan ramai lagi.

Korang ada yang lebih interesting?

Friday, April 10, 2009

REMEMBERING PEOPLE

Bagaimana korang mengingati seseorang? Adakah melalui struktur fizikalnya? Perangainya? Tabiatnya? Sikapnya?

Tahukah kita bahawa adalah tidak bagus untuk mengingati seseorang melalui sisi gelap mereka atau bahagian yang tidak mereka suka untuk diingati? Contoh mudah:

Fizikal
1. Badan gemuk
2. Kulit hitam
3. Gigi jongang
4. Bulu hidung terkeluar
5. Muka banyak jerawat



Perangai/Tabiat
1. Ludah merata-rata
2. Korek telinga dengan pensel dalam meeting
3. Korek hidung sambil bercakap dengan orang
4. Tekan-tekan pen semasa dalam meeting
5. Suka pow rokok

Sikap
1. Cakap depan lain, belakang lain
2. Dia sorang je lah dalam dunia ni yang buat kerja
3. Cakap tak serupa bikin
4. Gaya cakap macam pandai tapi tak pandai pun
5. Mementingkan diri

Sebenarnya, kita perlu mengingati yang baik-baik sahaja mengenai seseorang. Sebab, selalunya yang berlaku apabila kita sudah tidak lagi menggemari seseorang itu ialah, kita selalu membangkitkan perkara-perkara buruk yang kita ingat tentang mereka. Yang baik-baik seakan tidak pernah ada. Walaupun yang baik ada 9 dan yang buruk cuma 1, tetaplah yang 1 itu yang kita nak highlight kan.

Betul tak? Jangan bohonglah...

Thursday, April 9, 2009

JADUAL BARU

We are now back at Bandar Seri Putra. Home sweet home. Being away from home really changed our schedule. And having to send our child to the nursery before going to work really-really-really change our schedule.

We still have to wake up early and leave home as early as 645am. But this time we get to go back at 445pm hahaha. We opted for the earliest working shift which is 730am - 445pm. Previously, we chose 8am - 515pm. Being rational, we will never make it by 530pm to fetch Mikael at the nursery with all the "expected" traffic jam.

Moreover, an hour late (to pick-up Mikael) will costs us rm5. Yeah, right. Times that with 5 days a week and then 4 weeks a month (rm5 x 5days a week x 4 weeks). rm100 flies just like that from our pocket.

Here's the best part. We can reach home within 20 minutes drive. No traffic jams. No flash floods. Less fuel consumptions. Less toll expenses. And I can spend more time at home with my family than in the car.


Note: Pstt... I have this new interest called gardening. Still doing a little study on it.

Wednesday, April 8, 2009

BERSAMA MENGINGATI

Kalau tak boleh banyak, sikit pun alhamdulillah. Kalau tak boleh semua, separuh pun alhamdulillah.

1. Masuk dan tinggalkan surau/masjid dengan kaki kanan.

2. Masuk dan tinggalkan tandas dengan kaki kiri.

3. Berselawat sekerap mungkin (kecuali di tandas).

4. Perdengarkan zikrullah, azan dan bacaan al-quran (bukak OASIS).

5. Banyakkan bersabar dan bersabar.

6. Elakkan mengumpat dan fitnah.

7. Ziarahlah ahli keluarga dan sahabat (sementara mereka masih ada).

8. Sedekahkan al-fatihah kepada yang tiada.

9. Hargai ilmu pengetahuan, dan berusaha meningkatkannya.

10. Jangan kita mengikut kekejian orang lain. Jika kita menuruti bermakna kita juga sama keji dengan orang itu.

Thursday, April 2, 2009

HURU-HARA

Aku rasa esok akan huru-hara.

Hari ini aku dah susah hati.
Sebab aku rasa esok pasti akan huru-hara.
Lusa apatah lagi.
Tulat sibuk nak pindah.
Tonggeng tak kerja.

Aku tak sabar tunggu hari ke-tonggeng tiba.
Aku benci huru-hara.
Aku benci huru-hara.

Ahh... ini semua urusan dunia.
Hadapilah seadanya.

Wednesday, April 1, 2009

SPEAKPEAK

Dalam waktu-waktu yang genting dengan kerja ni, Ketua Jabatan aku boleh hantar aku pegi kursus public speaking pulak. Apa ke jadah? Aku bukan nak jadi ahli politik pun. Jauh sekali akan dihantar untuk berhujah dalam kempen di Bukit Gantang.

Suka tak suka kenalah aku pergi jugak. Nasib baik buat dalam rumah je (in-house). Menarik... bukan tak menarik kursus tu. Bagus jugak untuk menambah ilmu di dada yang tak seberapa nih. Tapi, timing nya yang tak berapa nak menarik. Dan, mengenangkan aku pernah mintak pengecualian dari menghadiri kursus suatu ketika dulu, maka terpaksalah aku gagahkan jua kursus kali ini. Nanti tak dapat naik gaji, lagi masak aku. Saja nak jadi sebab dan musabab kan?

Kursus tu 3 hari. Dia punya sengal toksah cakap. Memang the King of Sengal. Menarik bila time orang present tergagap-gagap, lost for words (blank) dan ayat tunggang-langgang. Hahaha macam gampang, termasuklah aku hahaha. Cilaka.

Kesimpulannya, bukan senang nak buat public speaking especially bila kita kena ikut segala teknik dan cara yang betul. Macam terkepit rasanya. Tak boleh nak sesuka hati. Selama ni aku main belasah je, janji information dan mesej sampai kepada khalayak dah cukup sukses bagi aku.

Yang lebih menarik ialah, aku rasa kalau aku dibekalkan dengan nota-nota untuk kursus ni rasanya aku juga boleh jadi seorang fasilitator untuk public speaking. Taklah susah mana pun aku tengok (kau dah abis kursus bolehlah eksyen)...


Nota: Kadang-kadang kita rasa kita boleh tapi sebenarnya tak berapa boleh.