Tuesday, June 30, 2009

BIAR GAMBAR YANG BICARA

Exhibit 1: May I help you?


Exhibit 2: I'm smiling at emak lah.


Exhibit 3: Bapak's favourite shot (for now).


Exhibit 4: Bunga raya special edition. Terkacuk dengan bunga jiran sebelah mungkin.


Exhibit 5: Biasa saja.

Friday, June 26, 2009

LEWAT 80-AN

Sabree lahir di Belgium katanya. Kulitnya putih, pakai spek mata, cakap Inggeris berhabuk. Maka aku pun percayalah kata-kata Sabree.

Seluar biru pekat dia jenis fit-fit kaki, pastu senteng sikit. Matching pulak dengan kasut Sinaran yang ada reflektor. Baju putih tu standardlah kalau dah tak berapa putih. Mungkin mak Sabree tak suka menggunakan nila untuk baju sekolah anaknya. Clorox tu apa benda pun aku tak tau masa tu. Ntah wujud ntah tidak.

Sabree ni baik orangnya, seingat akulah. Dia masuk sekolah aku rasanya masa darjah 4. Lepas tu tak sempat UPSR dia dah pindah sekolah lain. Dia ada bagi hadiah selamat tinggal (farewell gift) pada aku. Sebiji botol syampu hotel Holiday Inn yang dah kosong. Hahaha. Tapi aku rasa botol tu masih ada dalam simpanan aku sampai sekarang.

Selain itu, Sabree juga pandai menyanyi dan menari. Pernah satu kali cikgu kitorang hilang akal suruh anak murid menyanyi secara solo kat depan kelas dan Sabree menyanyi lagu Merisik Khabar - Sudirman. Semua awek-awek kagum dan aku tidak menolak mungkin ada yang jatuh cinta pada Sabree masa tu. Untuk kategori suara budak belum akil baligh kira sedap la itu jam.

Si Sabree ni jugak pandai buat Moonwalk. Ala, yang gaya Michael Jackson jalan gostan masa pertunjukan pentas tu. Fuh, memang real beb dia buat. Gua sempatlah belajar teknik tu. Kira kalau dapat buat moonwalk itu jam memang kaulah yang paling terel menari.

Tapi aku tak tau apa khabar si Sabree, mamat yang ajar aku buat moonwalk ni. Yang aku tau brader yang ajar Sabree buat moonwalk dah mati.



Rehatlah dengan tenang brader Michael Jackson.

Thursday, June 25, 2009

RUNUT BUNYI



Aku sukakan muzik. Dari rock, jazz, punk, keroncong dan macam-macam lain yang sedap di halwa telinga aku. Aku jugak ada runut bunyi (soundtrack) dalam menjalani aktiviti seharian yang aku nyanyi dalam hati ataupun yang aku bayangkan lagu tu bermain dalam benak aku. Tak semua aktiviti lah. Dan lagu-lagu ini mungkin berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Ini antara yang aku ingat.

1. Stress semasa kerja: Luka Mana - Hujan

2. Malas nak pergi kerja: Sampai Bila - Afdlin Shauki

3. Sakit atau tidak sihat: Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

4. Melihat Mikael mengesot dengan laju untuk mendapatkan mainan: Wherever I May Roam - Metallica

5. Perasan macam Initial D semasa memandu: Jiwa Kelajuan - Hujan

6. Bangun pagi Ahad sambil mengemas rumah: Sunday Morning - Maroon 5

7. Gembira kerja settle dengan jayanya: Top Of The World - The Carpenters

8. Rasa romantika: Malam Bulan Di Pagar Bintang - P. Ramlee

9. Masa aku ingat aku akan dapat anak perempuan: Julia - Exist

10. Lagu buffer (manjang nyanyi lagu ni): Pagi Yang Gelap & Aku Skandal - Hujan

11. Bila rasa tertindas di pejabat: Situasi - Bunkface

12. Untuk melihat Mikael tersenyum sampai nampak semua gusi: Lagu tema Smurf

Korang ada ke runut bunyi macam aku? Haa...

Tuesday, June 23, 2009

RINGKAS

Oleh kerana aku sedikit sibuk kebelakangan dan kehadapan ini, maka aku ringkaskan saja buah fikiran aku secara bernombor.

1. Kalau dah salah tu mengaku sajalah, jangan nak pesong atau selewengkan kesalahan itu kepada orang lain.

2. Hormati sebarang keputusan tuan empunya badan, dia ada hak di atas keputusan yang dibuatnya.

3. Kalau simpang kat atas jalan tu anak panahnya terus, jalanlah terus. Jangan bikin gampang mau pancung belok kanan lalu menyusahkan orang lain.

4. Kalau kau yang ada masalah komunikasi dalaman, jangan nak kata orang lain pulak yang ada masalah sama.

5. Kalau bergedel tu sedap, makanlah. Jangan banyak cakap lagi, rugi.

6. Ikan Arapaima boleh menjadi sebesar aku kata jiran aku malam tadi. Ye ke?

7. Aku sangat berhajat nak melepak dengan Tembakau weekend itu ari tapi tak sempat. Lain kali barangkali.

8. Lain kali kalau nak servis kereta tanpa membuat appointment, datang sebelum subuh. Kan dah kena tunggu sampai 3 jam kat service centre. Nasib baik ada nescafe free-flow. Lebih baik buat appointment dulu.

9. Kalau hal kedatangan pun tak boleh nak ambil tindakan, tak payah sibuklah hal-hal lain yang lebih rumit. Jangan panggil diri itu pasukan pengurusan lagi baik.

10. Melayu memang akan susah untuk maju kalau masih tegar dengan konsep: Tidak mengapa atau lebih glamour Takpe.

Wednesday, June 17, 2009

KABUS

Komando muncung terbang ni memang aku tak gemar. Boleh tahan eksyennya. Aku tiap-tiap hari pasang jerangkap samar tapi ada jugak komando muncung terbang ni yang tersesat. Aku saspek jerangkap aku ni dah tak berapa nak samar. Huii... bahaya dia nih. Jangan buat hal. Boleh maut!

Dia ni lagi satu. Tak habis-habis bawak geng ke hulu ke hilir. Selalu jugak aku nampak diorang ni terhiling-hiling sana-sini entah apa yang dicarinya. Takkan tiap-tiap hari ada pertandingan mencari harta karun kot? Banyak jugak kem-kem diorang ni aku dah kasi kambus. Alih-alih ada pulak kem lain. Ajaib betul.

Yang dia ni memang klasik. Aku rasa aku tak pernah sewenang-wenangnya biarkan sebarang ruang ternganga sesedap rasa kecuali lubang hidung dan lubang telinga aku. Macam mana dia ni boleh lepas masuk dalam pun aku tak tau. Aku saspek dia ni ada hikmat teleporting lah.

***

Di suatu petang yang hingar-bingar. Aku dalam kereta sedang memandu dengan kelajuan siput menuju ke rumah. Banyak budak-budak main kat tengah jalan time nih sambil diperhati oleh bibik masing-masing.

Dan tiba-tiba aku tersengih. Elok sikit dari kerang busuk. Hahaha... padan muka korang. Haa... eksyen lagi, kan dah kena. Ini bukan calang-calang orang, Kementerian Kesihatan yang melakukan pembalasan bagi pihak aku hahaha.



Selamat berkabus aku ucapkan kepada sang nyamuk, semut dan cicak. Jangan datang lagi.

Tuesday, June 16, 2009

WARNA YANG CANTIK



Citarasa warna manusia memang berbeza-beza. Ada yang kata kuning itu royal. Ada yang kata putih itu bosan. Ada yang kata pink itu feminin (dan mungkin tak macho untuk lelaki). Ada yang kata hitam itu menawan. Dan macam-macam lagilah.

Persepsi cantik atau tidak terhadap sesuatu warna memang luas dan subjektif. Seluas spektrum warna.

Ada warna yang boleh diubah dan ada yang tidak boleh (fixed). Ada yang natural dan ada yang buatan. Perbezaan antara warna kadangkala jelas dan adakalanya samar. Sekali lagi, cantik atau tidak ia masih kekal subjektif kepada individu... dan kadangkala objektif kepada sekelompok minda kecil. Aku cuba menjadi sarkastik di sini hahaha. Whatever.

Aku suka warna-warna gelap. Hitam dan koko misalnya. Korang suka warna apa?

Friday, June 12, 2009

SETENGAH JAM SAYA DI RESTORAN HAJI TAPAH, BANDAR SERI PUTRA

Kami laki-bini memang ada masalah menu setiap hari. Tiap-tiap hari mesti nak tanya nak makan apa, nak makan kat mana dan ia berulang-ulang setiap hari tanpa jemu. Malam tadi pun sama.

Last-last menu di restoran Hj. Tapah yang menjadi kata putus.

Aku seperti biasa, taksub kepada Nasi Goreng Kampung (NGK: fuh, macam jenama palam pencucuh!) dan Shidah bercadang nak sup daging. Tapi nak sayur lebih. Sup daging ke sup sayur? Sup sayur rencah daging. Hah? Aku cobalah order kalau mamak ni paham.

Seperti lazimnya, rakyat Malaysia memang suka memenuhkan restoran mamak. Termasuklah aku. Apa yang best sangat restoran mamak ni entah.

Aku duduk dan datanglah satu mamak ni amek order. Kita panggil saja dia Gopal sebab aku tak tau nama dia dalam passport. Gopal hari ni nampak sedikit lain. Tidak, kopiah dan misai yang dipakai itu biasa. Aku masih tak perasan apa yang lain pada Gopal hari ini. Tak mengapa dan aku terus order "Bungkus ye, NGK satu, sup sayur-daging satu (Gopal buat muka pelik tapi tulis jugak), sambal belacan satu. Sini minum, teh ais satu".

Di satu sudut, ada pakcik ni dok tengok-tengok aku. Kacak sangatkah aku ni? Aku tengok-tengok dia jugak. Dia memang tidak kacak. Dan aku memang tak kenal dia. Biarkan.

Teh ais aku masih belum kunjung tiba.

Di televisyen, berita mengenai perpindahan Christiano Ronaldo ke Real Madrid dari MU telah disahkan. Gua gelak sambil mengucapkan dalam hati: Selamat menjadi bebal di Real Madrid bersama Kaka.

Teh ais aku masih belum kunjung tiba.

Tiba-tiba Gopal pandang aku. Aku tunjuk isyarat: Air aku mana woi? (dalam mode tanpa suara). Teh ais kan? Teh ais kan? Gopal tanya dua kali. Aku angguk. Gampang betul.

Tiba-tiba baru aku perasan perbezaan Gopal malam ini. Dia pakai t-shirt MU warna merah. Cheh. Patutlah dia sengaja melambatkan teh ais aku. Busuk betul.

***

Di rumah, sambal belacan tidak ada dalam bungkusan makanan tadi. Cinabeng lu Gopal! Mana dia tau aku penyokong Liverpool?

Thursday, June 11, 2009

SEL

Pagi nan indah, tanpa burung berkicauan, seperti hari-hari biasa, aku 3 beranak keluar rumah untuk menjalani rutin harian kami yang biasa. Tiada yang luar biasa.

Sampai di nursery Mikael di seksyen 3, macam biasa juga, aku dan Shidah meninggalkan Mikael dengan sepenuh kepercayaan kepada teacher Laili, makcik Azizah dan ntah sapa ntah lagi sorang orang baru aku tak kenal. Tiada yang luar biasa.

Yang luar biasa pagi ini ialah kereta aku tak boleh start masa nak gerak ke ofis dari nursery. Puas aku pulas kunci nak start, tewas. Kepala otak aku dah ligat pikir siapa aku nak call mintak tolong belikan bateri atau buat jump-start. Paling dekat aku rasa si Raddy lah. Tapi kang ganggu dia nak pegi keje pulak.

Aku siap pikir nak ambik half-day leave. Memang, memang bunyinya macam nak mengambil kesempatan hahaha.

Last-last boleh start jugak. Sebenarnya memang aku dah jangka bateri kereta aku akan kaput. Dah dekat 3 tahun dah aku belasah cuma tak sempat nak pergi servis lagi. Tapi tak sangka la pulak pada waktu-waktu begini dia nak kaput.



Dan dapatlah kereta aku bateri baru tadi. Terima kasih pada Alwee yang tolong kow-tim dengan apek kedai spare-part tu.


Nota: Jangka hayat bateri kereta jenis dry cell atau maintenance free ialah lebih kurang 2 tahun. Paling jauh boleh pegi pun sebenarnya 2 setengah tahun. Kalau nak sampai 10 tahun bak kata Alwee: Habis tutuplah semua kilang bateri!

Tuesday, June 9, 2009

KISAH

Diana Danielle tamat PLKN, keluar front page.
Haram gua tak kisah, jauh lagi untuk ambil peduli.

Sarimah Ibrahim disahkan bercerai, keluar front page.
Lu punya rumahtangga, lu punya hal lah.

Lulus Bahasa Inggeris adalah standard baru SPM, keluar front page.
Isu ni gua ada sikit kisah. Dan ingin perdebatkan pada masa yang sama, bila ada kelapangan.

Warga Iran ditahan kerana cubaan menyeludup masuk syabu, keluar front page.
Ini pun gua ada kisah sikit. Apa? Senang sangat ke nak seludup barang masuk Malaysia nih? Tahap keselamatan kita "sangat longgar" ke sampai diorang begitu berani?

Newcastle ditawarkan 100 juta pound, keluar front page.
Sebab Michael Owen tinggalkan Liverpool untuk berhijrah ke Newcastle, maka gua tak kisah.



Harga minyak global dijangka naik, TAK keluar front page.
Ini memang gua betul-betul kisah. Apa? Tak penting ke berita ni? Cerita Dania Danielle dan Sarimah Ibrahim lagi penting dari berita ni ke? Dari sudut lain, mungkin aku kena start simpan duit untuk beli kereta hybrid. Honda Civic Hybrid nampaknya yang paling sejoli dengan selera aku. Bila ntah.


Nota: Oh ya, aku merujuk kepada akhbar nombor 1 Malaysia yang claim bahawasanya merekalah Penyebar Fikiran Rakyat. Ini baru betul-betul menyebar!

Monday, June 8, 2009

NOMBOR 3 & POKOK

Aku dihantar ke tadika semenjak aku berumur 4 tahun. Alasan mak bapak aku: Kuat menyakat adik. Maka hantar aku ke tadika seawal umur aku 4 tahun merupakan hukuman yang merangkap penyelesaian kepada masalah mereka.

Aku takde hal. Tapi, letih jugaklah diorang nak melayan perangai aku tiap-tiap pagi bergulung dalam langsir taknak pegi sekolah. Driver bas tu punyalah baik, sanggup tunggu sampai aku naik bas. Uncle Lim nama dia. Tak taulah aku Uncle Lim ni hidup lagi ke tidak. Yang bestnya, dia panggil aku Iwan? Hahaha bila masa nama aku Iwan? Tapi aku menyahut je lah, jaga hati.

Tadika aku cakap omputeh walaupun cikgu-cikgu dan guru besarnya berbangsa India. Mula-mula aku hairan, lepas tu tak heran. Aku rasa atas dasar itulah bapak aku tak boleh terima kalau aku gagal mengeja dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Masa aku sekolah rendah, ada sekali tu aku diberi satu latihan menulis. Sekali aku sudah terkonfius antara nombor tiga dan pokok. Dalam Bahasa Melayu memanglah jelas, ini dalam dalam bahasa omputeh. Aku maksudkan pokok, tapi aku tulis THREE. Kesalahan itu telah diberi satu bulat yang besar oleh cikgu dan itu bulat besar memang cenderung buat bapak aku marah.



Denda bapak aku sempoi je. Lukis gambar pokok dengan ejaannya TREE dan lukis nombor 3 dengan ejaannya THREE. Mudah bukan? Haah. Tapi bapak aku suruh buat 100 kali. 100 kali TREE dan 100 kali THREE. Pergh. Tertekan jugak hidup walaupun masa tu baru darjah 3.

Dan aku mulai berhati-hati dengan ejaan dan maksudnya selepas kejadian itu, hinggalah sekarang.

Happy Birthday Abah & Happy Father's Day.

PERSAMAAN

Cuba korang bagitau aku agama apa dalam dunia ni yang menyuruh penganutnya berbuat jahat? Ada?

Cuba pulak korang bagitau aku bangsa apa dalam dunia ni yang budayanya ialah berbuat jahat sesama manusia (kecuali yahudi israel jahanam: rujuk kes Palestin & Gaza).

Fokus aku lebih kepada konflik Islam dan Kristian.

Kita sebagai Muslim akhir zaman semua tahu (aku rasalah), ajaran nabi Isa itu benar, ajaran nabi Musa itu benar dan apatah lagi ajaran nabi Muhammad SAW. Nabi Isa ada kitab Injil. Nabi Musa ada Taurat dan nabi Muhammad ada Al-Quran. Kita juga tahu bahawa Isa itu adalah Jesus dan Musa itu adalah Moses. Malah kita juga tahu bahawa Injil itu adalah Bible dan Taurat itu adalah Tourette.

Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa Jonas itu Yunus, Noah itu Noh dan Ishak itu Isaac? Kenapa ada persamaan ini? Tapi kenapa kisah mereka tidak sama?

Kitab-kitab dan nabi-nabi ini benar. Ia menjadi tidak benar apabila kitab-kitab ini dipesongkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya, Bible hari ini ialah Bible yang sudah dipesongkan dan bukan seperti asalnya ia diturunkan. Syukur alhamduilillah Allah memelihara Al-Quran sehingga ke hari ini seperti yang dijanjikan dan Dia tidak pernah memungkiri janji.

Menurut satu dokumentari yang aku tonton, sebenarnya nabi Muhammad SAW was mentioned in the ORIGINAL Bible. Ya, Bible yang original masih ada dan disorokkan oleh sekumpulan mubaligh Kristian di Vatican City kalau tak silap aku.

Kenapa isi kandungan Bible yang asli dipesongkan aku pun tak tau. Tetapi aku melihat ini sebagai ujian Allah kepada manusia. Dan mungkin juga ia hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada dunia bahawa there's only one god which is Allah the Almighty dan Islam adalah agama yang benar.

Namun, daripada dokumentari itu, persamaan yang paling ketara antara Islam dan Kristian ialah: Tuhan itu satu. Esa. Kedua-dua agama semantik ini percaya akan kewujudan Pencipta.

Persoalannya ialah: Kenapa harus kita terus berbalah mengenai perbezaan agama Islam dan Kristian? Bukankah lebih baik kita berusaha mencari persamaan antara keduanya? Of course, kenalah rujuk kepada sumber yang benar-benar sahih. Lagipun, bukankah tujuan kita beragama adalah untuk mencari kebenaran hakiki? Sebagai panduan cara hidup (lifestyle)?

Suka diingatkan bahawa Kristian dan Islam itu adalah agama dari Pencipta yang sama. Ia adalah benar semasa diturunkan. Tetapi, manusialah sebenarnya yang memesongkan kebenaran agama itu.

Aku sekadar menyatakan pendapat berdasarkan pemahaman aku yang jumud ini. Harap betulkan kalau tersilap. Dan kalau korang rajin, google lah Wake Up Project untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai dokumentari yang aku tonton itu.

Friday, June 5, 2009

GET REAL

Aku memang suka tengok usahawan-usahawan yang berjaya. Dan kebanyakkan cerita asal-usul mereka sama: Dulu hidup susah. Sori, yang jenis waris bisnes keluarga tu gua tak berapa respek sangatlah.



Ada orang memang real punya bisnes. Dia yang manufacture, dia yang run, dia yang market, dia yang tarik shutter, dia yang jumpa klien dan macam-macam lagi. Ada pulak jenis suka makan atas angin je. Dan selalunya yang jenis makan atas angin ni lah yang aku kurang berkenan. Pushy. Menggelabah. Kecoh. Dan yang seangkatan dengannya.

Get real, man. Bisnes adalah soal peluang, rezeki dan nasib beb. Kalau dah memang tercatit kau akan dapat bisnes tu, kau dapatlah. Tak payah kecoh-kecoh bikin orang panas dengan gangguan telefon ataupun gangguan teksual melalui YM dan sebagainya. Ingat orang suka ke?

Thursday, June 4, 2009

SIAPA MEREKA?

Tembakau: Kartunis yang gua paling minat masa zaman majalah Ujang tengah top dulu. Gua saspek dia ni memang kuat gila isap rokok sampai guna nickname Tembakau.

Sevven (Nazri): Schoolmate aku kat SDAR. Pandai mamat nih. Aku manjang tengok dia melukis je, haram tak study. Tapi result meletup. Aku saspek dia minum air penerang hati 5 gelen sehari.

Patrick Teoh: Dulu DJ radio. Sekarang dah jadi pelakon. Blog dia memang penuh amarah. Ada je benda yang tak kena. Korang bacalah sendiri.

Sindiket Sol-jah: Satu kumpulan lelaki urban yang gemar menyuntik pop dalam seni, kata mereka. Aku lihat diorang sebagai satu komuniti yang interesting. Teringin aku nak jadi sol-jah. Tapi teringin ke diorang nak rekrut aku?

Najwa Aiman: Sepupu belah bapak aku. Penulis novel juga. Percayalah, orangnya tak sehensem aku hahaha.

Kotak Keranda: Sepupu belah mak aku. Sempoi dia nih. Kalau korang jumpa in flesh, mesti hairan. Hairan kenapa? Haa... (jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...)

Che Det: Kalau tak kenal confirm korang baru lahir semalam.

Widie: Kawan aku di TKC. Pen-pal aku jugak (aahh, budak-budak skarang mana tau pen-pal tu apa). Hebat minah ni. Pandai main alat muzik woh! Sempoi abis.

Amir Muhammad: Penulis dan pengarah filem yang selalu dikontroversikan. Entah kenapa aku pun tak tau. Tapi aku respek karya dia.

Naziah: Kawan aku di TKC jugak. Kenal pasal main volleyball untuk PPM dulu. Sempoi jugak minah ni.

Kickdefella: Blogger politik yang tegar.

Abdullah Jones: Aku baru link kan mamat nih. Hebat jugak dengarnya. Tapi aku menolak sebarang kemungkinan yang beliau ada sangkut-paut dengan Indiana Jones.

Arman Arshad: Kawan sekolah rendah aku. Tengah berjinak-jinak nak jadi usahawan aku dengar. Baru release buku hal-hal duit nih dengan sokongan Azizi Ali. Malas aku nak beli. Nak tip nanti aku tanya je lah dia.

Paul Tan: Raja segala gosip mengenai kereta.

Syah: Kawan aku di SDAR dulu. Salah seorang partner-in-crime time fly malam. Dia dah berjaya berenti merokok. Gua salut! Dia juga pernah mewakili Negeri Sembilan untuk SUKMA dalam acara memanah. Robin Hood nih jangan main-main hahaha.

Maria: Kawan Shidah.

DJ Redzuan: Salah seorang Kodok yang aku kenal masa sesi ramah-mesra dengan Afdlin Shauki. Cikgu dia masa MRSM Jasin sekarang mengajar kat tempat aku kerja.

Mamat Khalid: Pengarah filem yang selalu diperlekehkan tetapi mempunyai perspektif yang menakjubkan dalam filem. Aku minat karya-karya beliau. Gua respek lu brader.

Lynn: Salah seorang Kodok yang aku kenal masa sesi ramah-mesra dengan Afdlin Shauki. Dia ni selalu dapat freebies/goodies yang best-best sebab kerja dia.

a.k.u.p.e.n.t.o.i: Blogger yang paling aku menyampah nak taip nama dia hahaha.

Pyanhabib: Ini kalau tak kenal memang kodi (bak kata pipiyapong). Gua minat dia nih.

Kumprinx: Dia punya stail menulis interesting.

Yasmin Ahmad: Sorang lagi pengarah filem kontroversi yang berjaya di luar Malaysia. Dulu gua pernah dapat email liar mengatakan dia ni lelaki pastu operate jadi perempuan. Gua tak berapa percaya.

Christina Shauki: Bini kepada Afdlin Shauki. Omputeh yang paham cakap Melayu.

Ornella Abdullah: Blogger yang baru nak belajar menulis. Ada stail yang boleh diketengahkan.

Mrs. Ezzy: Bini kawan aku, Ezi Ismail. Aku link dia sebab Ezi takde blog.

Ju: Kawan Shidah.

Mon: Kawan aku kat SDAR yang baru balik dari States buat PhD. Nama dia Fairuz jugak. Mon adalah singkatan untuk Montel sebenarnya hahaha. Jangan marah Mon.

Lizzam: Salah seorang Kodok yang aku kenal masa sesi ramah-mesra dengan Afdlin Shauki. Hebat skill komputer mamat nih.

Raddy: Kawan baik aku dari sekolah rendah nih. Sekarang buat duit dengan fotografi sebagai side income. Kalau berminat cekidaut link dia.

Kak Nani Rostam: Aku pun dah lupa macam mana aku boleh link akak nih. Dia model zaman 80-an katanya. Gua masa zaman tu tu mana sibuk dengan hal model-model nih? Baik main polis sentri atau konda-kondi.

Afdlin Shauki: Aku minat mamat nih. Kreatif. Dah lama jugak tak jumpa dia. Aahh, bulan puasa nanti mesti ada gathering bukak puasa dengan dia dan kodok-kodok lain.

Norman: Kawan aku kat SDAR. Aku satu set English dengan dia. Badan saiz-saiz aku je tapi boleh bawak kapal terbang. Maknanya, aku pun boleh lah bawak kapal terbang kan?

Faisal Mohd: Kawan aku sekolah rendah. Dulu pandai menyanyi, sekarang tak taulah.

Herman: Salah seorang Kodok yang aku kenal masa sesi ramah-mesra dengan Afdlin Shauki. Dah entah berapa lama dia tak update blog dia ntah. Memang tunggu masa je aku nak lupuskan dari link list aku nih hahaha.

Nuek Ado: Adik ipar aku. Dia nih dah tak update blog sebab laptop dia kong. Keduanya sebab malas.

Nina: Salah seorang Kodok yang aku kenal masa sesi ramah-mesra dengan Afdlin Shauki. Ini pun ntah berapa kurun tak update blog. Dia juga Ms. Gorgonizer untuk aktiviti kodok kitorang.

Aleng: Adik aku yang lagi pemalas nak update fotopages dia. Kamera bukan main canggih.

Pacai: Musician hebat yang sepatutnya diberi perhatian tapi "dilepas" pandang oleh rakyat Malaysia.

Untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut, klik lah pada link mereka di bawah topik Singgah Sini pada sidebar hantamkromo.

Tuesday, June 2, 2009

JAJAN

Pon! Pon! Pon! Bunyi hon babu roti yang menandakan dia dah berada di lorong rumah aku. Aku pantas bergegas keluar. Hah, dah nak sampai depan rumah. Aku bergegas masuk rumah balik.

"Mama, roti dah sampai!" pekikku.
"Suruh dia tunggu kejap", kata mama sambil membuka laci untuk mengambil buku 555.

Dan aku bergegas kembali keluar sambil menahan babu roti macam orang tahan bas Sri Jaya. Rasa macam tonto pun ada jugak kadangkala. Babu roti membrek dan membunyikan lagi hon angin dia Pon! Pon! Pon! Dengan harapan jiran-jiran sekeliling datang membeli roti yang bergayut-gayut di atas motornya itu.

Sambil mama beli roti buku Sunshine yang packagingnya kertas lilin, aku pula buat-buat sibuk membelek-belek jajan yang sengaja digayutkan di bahagian depan motor babu. First attractive impression untuk budak-budak macam aku.

Aku tersenyum girang sebab dapat Kam-Kam peket merah. Tak sabar nak bukak tengok hadiah murah apa yang bakal aku dapat. Untuk menyeimbangkan element of surprise, kegembiraan bermain dan mendapat sepeket Kam-Kam, aku bercadang untuk sambung bermain kat luar sambil fikiran menerawang cenderung teringat Kam-Kam yang menanti. Bestnya.

Aku meluru pantas masuk ke rumah bila senja dah nak masuk Maghrib.

"Mana Kam-Kam tadi?" getusku dalam hati.
"Kau carik apa? ...Dalam tong sampah", abah sound dari depan.
Aku selak tong sampah dan nampak Kam-Kam merah aku dalam tu. Ikut hati memang nak ambik je.
"Sapa bagi makan junkfood nih? Dah berapa kali abah cakap blablabla...", abah bising.

Gua gerak longlai naik atas. Syahdu. Nak nangis pun tiada ertinya. Ia tidak akan dapat mengembalikan Kam-Kam itu.

***

"Banyaknya jajan you beli! Mamee lah, Twisties lah, Doritios lah ntahapahapa", kata Shidah masa kami di pasaraya Giant.

"Inilah pembalasan Si Pitung. Nasib baik Kam-Kam takde jual lagi sekarang".

Monday, June 1, 2009

HARRIL MOHD HADA IALAH KAWAN SEKOLAH GUA

2009/05/27

Hostake taker shot dead by police after car chase
By : Lee Shi-Ian


SHAH ALAM, Wed:

A hostage taker was shot dead after leading police in a chase in Bukit Jelutong here, early today. The suspect was identified as Abu Bakar Ibrahim @ Bakhtiar, 39. He was recently released from the Simpang Renggam detention centre where he served time for armed robbery.

His victim, Hairril Mohd Hada, 31, director of an event management company, escaped serious injury.

The drama unfolded at 1.30am when Hairril and a colleague, Tengku Shareez Tengku Abdul Rahman, 25, had gone to a convenience store in Damansara Perdana.

While waiting for Tengku Shareez to come out from the store, a Proton Wira had pulled up behind Hairril and two men, one armed with a revolver, confronted him.

“Hairril was bundled into the back seat while one of the suspects took over the wheel. The suspects then saw Tengku Shareez coming out of the store and one of them fired a shot at him but it missed,” said Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar.

The suspects then fled the scene in Hairril’s Nissan Skyline. Another accomplice followed in the Proton Wira.

Tengku Shareez alerted police but in the meantime Hairril was repeatedly assaulted in the Nissan Skyline and was taken to a workshop at an undisclosed location where he was stripped naked before being gagged and bound.

Two of the robbers left the scene in the Proton Wira, leaving Hairril alone with the gunman in the victim’s vehicle. An hour later, a police team spotted the Nissan Skyline in Bukit Jelutong and gave chase. The suspect lost control of the vehicle and crashed into a road divider at Jalan U5/164.

The suspect came out firing his revolver before he was gunned down. Police found two laptops, mobile phones, a wallet and a .22 Smith & Wesson revolver. Hairril’s RM11,000 Tag Heuer watch was taken by one of the two other robbers who had earlier driven away in the Proton Wira.

Police believe that Abu Bakar was the mastermind of a gang which preyed on owners of luxury vehicles. Two members of the gang — Shahril Samsudin, 27, and Sivanesan Subramaniam, 30 — were shot dead in Damansara last week after they had abducted a foreigner.

This gang was also believed to be responsible for the abduction and murder of restaurant owner Gan Kau Chin, 51, who was found dead on May 10 at an oil palm plantation in Puncak Alam.

Gan and his cousin were abducted in Damansara on May 8 by three men who identified themselves as policemen. The gang was believed to be linked to at least 20 cases of armed robbery in Selangor.



Untuk lebih jelas, cekidaut di sini.

SALURAN 122

Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan siaran tv satelit berbayar. Alah, yang pakai ceper letak kat bumbung rumah korang tu lah.

Banyaklah saluran pilihan yang dihidangkan kepada pengguna. Kita cuma perlu pilih saja pakej-pakej yang sejoli dengan selera kita. Pastu, bayar jelah tiap-tiap bulan. Bil dia sampai bukan main cepat. Tapi hujan sikit siaran sudah jadi berhabuk. Bayar tetap bayar. Puncanya ialah: Mereka tiada saingan. No rival at all. Monopoli. Jadi, mereka boleh buat sesuka hati mereka kerana mereka tau walau segampang manapun servis mereka, rakyat Malaysia tetap akan melanggan khidmat mereka. Nak ajak boikot? Huh. Godspeed gua ucapkan.

Baru-baru ini aku jadi semakin berbulu. Sebabnya, mereka dah kenselkan saluran 122. Tup-tup keluar pakej baru pulak... saluran 130 katanya. Mengasyikkan katanya lagi. Aku boleh dikatakan minat jugak saluran 122 tu. Ada cerita Melayu, cerita Siam, Filipina dll. Sekali, dah takde.



Sape ada duit banyak dalam gua ke, kat mana-mana ke, tolong buat bisnes tv satelit nih. Barulah ada persaingan sihat yang menguntungkan pengguna macam telcos (Maxis, Celcom, Digi & U Mobile) dok buat sekarang. Berlawan-lawan masing-masing. Yang untung, kitalah!