Pada suatu hari, Bendahara A menitahkan kepada Maharaja Y bahawa bekalan pisang di negeri G sudah makin menyusut. Adapun negeri G keseluruhannya memang sangat bergantung kepada bekalan pisang untuk meneruskan kehidupan. Dan perkhabaran itu juga dimaklumkan kepada Bendahara yang lainnya. Ya, negeri G ada lebih dari satu Bendahara.
Dalam keadaan bekalan pisang yang semakin bekurangan, adalah logiknya semua perbelanjaan negeri G dijimatkan. Ini adalah lazim yang dilakukan oleh negeri-negeri mahupun negara-negara lain. Namun tidak bagi negeri G. Para Bendahara dan Maharaja Y seakan tidak peduli akan penyusutan bekalan pisang yang semakin tidak terkawal dek kebengapan corak pentadbiran mereka.
Bertambah bengap dan dungu lagi apabila Maharaja Y membuat keputusan yang tidak dapat diterima akal sama sekali apabila menyerahkan bekalan pisang yang menyusut itu kepada lanun-lanun yang haloba. Walhal, lanun-lanun tersebut bukan mampu berbuat apa-apa sekalipun jika negeri G tidak menyerahkan bekalan pisang mereka. Rakyat G sebenarnya yang lebih memerlukan pisang.
Terkini, rakyat negeri G hanya diberi cekodok pisang sahaja. Ya, memang lebih jimat berbanding memberikan rakyat sesikat seorang. Namun, pembesar-pembesar negeri masih mendapat sesikat dan barangkali setandan pisang mentah setiap seorang. Bagus benarlah tu. Rakyat disuruh berjimat mengikat perut manakala mereka sibuk membesarkan perut. Musibat.
Namun, apakan daya, rakyat jelata negeri G hanya mampu melihat sahaja. Sememangnya Maharaja Y, Bendahara A, J, F dan N kurang (atau mungkin tidak langsung) menggunakan akal dalam mentadbir negeri G. Lebih-lebih lagi Maharaja Y yang sebenarnya tiada bakat dan rasional yang bijak dalam urusan mentadbir negeri.
Oh, hampir saya terlupa. Para pembesar negeri G semuanya pandai-pandai belaka. Tiada lain yang sebijaksana mereka dalam segenap aspek pengurusan sesebuah negeri. Itu anggapan mereka. Dan itulah juga yang mereka bongkakkan. Hebat (konon). Walhal profaniti karut dan dangkal itulah sebenarnya punca yang sedang menjahanamkan negeri G.
Semoga Tuhan memberi petunjuk kepada mereka dan melindungi rakyat negeri G sebaiknya.
Friday, July 31, 2009
AL-KISAH
Thursday, July 30, 2009
SELUAR
Ooo... pakai jeans yea?
Heheheh... apa salahnya? Mr. Ngan boleh pakai?
Hari Jumaat...
Alah... sama je hari apa pun.
Mana boleh...
Tapi saya pakai nampak kacak kan? Nampak hensem (sambil tersengih).
Mana boleh...
Alah... bukannya kena tindakan apa pun kalau pakai jeans selain dari hari Jumaat, kan?
...
Tuesday, July 28, 2009
A-11
Masa tu gua form 3. Dah boleh pakai seluar pendek. Ia adalah peraturan bengap tidak rasmi yang dibuat oleh para senior dan PIP (Persatuan Islam Penuntut). Macamlah berbeza hukum pakai seluar pendek kalau aku form 3 atau form 2 atau form 1. Nangui.
Prep petang memang menyajikan rasa mengantuk yang teramat sangat kepada aku setiap hari. Mana taknya, ada ke lepas makan tengah hari disuruh belajar? Pergi prep? Cheh. Buah keranji dalam perahu jelah.
Masa form 3 aku dok bilik A-11. Yang paling senior form 3 dan yang paling junior form 2. Tolak pengawas bilik, Syed Jefrizal. Dia form 4 masa tu rasanya. Baju kaler biru, ada blazer. Menjadi form 3 yang ada junior dalam satu bilik memang heaven. Kadang-kadang rasa macam Tuan Haji Bakhil pun ada jugak. Boleh mengarah junior sesuka hati tanpa kekangan hahaha.
Satu hari tu geng-geng sebilik aku berkomplot nak ponteng prep petang. Mengantuk punya hal la nih. Baik tidur. Homework time prep malam boleh settle. Tepat jam 3 dorm mulai senyap sunyi. Budak-budak form 2 dan form 3 yang sibuk nak score 8A dah blah pergi prep petang. Yang terel-terel macam kitorang santai kat bilik macam tak buat salah. Aku standardlah, dressing berlenggeng seluar bola dengan seluar dalam built-in. Panas siol Malaysia.
Tengah sedap-sedap baring atas katil belah atas (double-decker), kedengaran tapak kaki kucar-kacir berlari sambil separa menjerit: Bagak Romen! Bagak Romen! Nota: Bagak Romen ialah nama panggilan yang kitorang bagi untuk warden yang nama sebenarnya Rahman dan berbadan bagak/besar.
Keadaan huru-hara seketika. Semua bertempiaran mencari tempat persembunyian. Ada yang nyorok belakang locker, dalam locker, bawah katil, dalam locker besar dan macam-macam tempat lagi yang tercapai dek akal ketika itu. Objektif utama: Jangan sampai Bagak Romen jumpa. Kalau tak, nahas!
Aku hanya terpandang locker besar ketika itu. Nota: Locker besar ialah locker umum yang ada dalam setiap dorm. Ia sangat busuk. Fungsinya ialah untuk simpan bagasi balik kampung dan merangkap tempat sidai pakaian ekstra jika locker individu tak muat. Biasanya kitorang sidai baju untuk bersukan. Sebab itu locker besar berbau sangat busuk.
Tanpa berlengah aku pantas masuk ke dalam locker besar. Bau memang busuk ya rabbi. Dan aku tidak keseorangan dalam tu. Si Jimbit pun dah sedia ada rupanya. Pantas betul bertindak. Nama sebenar Jimbit: Shahril Adha. Kitorang skodeng melalui celahan renggang locker besar dan mendapati Bagak Romen yang berkain pelikat dan rotan sedang meronda A-11 yang dah lengang.
Tiba-tiba si Jimbit boleh terbergerak dan menghasilkan bunyi mengeriut yang halus melalui engsel lapuk locker besar tersebut. Musibat betul. Kaki Jimbit diserang semut-semut barangkali. Apa jadah? Baru 57 saat menyorok! Bagak Romen berpatah balik ke arah locker besar...
***
Jimbit pun dah jadi cikgu dan warden sekarang. Mesti dia seorang warden yang hebat sebab tau segala tempat persembunyian budak-budak yang ponteng prep.
***
Korang tau tak dia punya pedih dilibas punggung tatkala hanya berseluar bola dengan seluar dalam built-in?
Fih.
Friday, July 24, 2009
GIGI
Mikael kebelakangan ni sangat gemar mengetap bibir bawahnya. Sekali pandang macam entah apa yang dia geram sangat aku pun tak tau. Bila dah 18 kali pandang rupa-rupanya dah nak tumbuh gigi.
Hari ini Shidah cuti jaga Mikael yang demam dari semalam. Harap-harap cepatlah dia baik. Tak sabar aku nak belikan dia berus gigi.
Fuh! Cepatlah anak aku dapat makan KFC nampaknya.
Thursday, July 23, 2009
ECLIPSE
Gambar di atas menunjukkan detik-detik kejadian gerhana matahari yang berlaku semalam. Ini gambar kat kampung asal nenek-moyang Samy Vellu, aku pinjam dari Utusan Malaysia.
Ceritanya, semasa detik bulan betul-betul direct atas matahari (sila rujuk gambar ke-5 di atas), tiba-tiba aku rasa power aku semua hilang. Useless. Kaput. Aku tak boleh terbang, tak boleh teleport, tak boleh self-heal dan kuasa telekinetik aku pun lenyap tak semena-mena.
Nasib baik masa diorang lepaskan anak ayam banyak-banyak depan klinik veterinar semalam aku sempat lari pecut balik rumah. Kalau tidak mesti dah kena selsema burung. Tapi hari ni dah ok dah. Semua power aku dah ada balik.
Cheh.
Wednesday, July 22, 2009
SEMPADAN
Gua gosok gigi pagi tadi, seperti pagi-pagi yang biasa setiap hari. Bini gua pakai Sensodyne atas faktor kesihatan gigi atau mungkin juga terpengaruh dengan iklan di kaca tv atau mungkin juga sebab aku yang cadangkannya suatu masa dulu.
Gua tak berapa gemar rasa campuran flourida dan pudina dalam Sensodyne. Kurang berangin. Rasa macam tak gosok gigi kadang-kadang. Oleh itu gua maju setapak lagi dengan membeli Colgate hijau tiub besar. Yang biru tak best sangat. Gua tau sebab dari kecik dah pakai dan mak gua taknak tukar-tukar walaupun dah ntahapa-hapa jenis yang Colgate keluarkan dewasa ini. Dari kayu sugi, madu propolis, total dan yang bukan-bukan lagi.
Berdasarkan kira-kira mudah dalam kepala gua masa beli Colgate tu di Giant Nilai, darab dengan kekerapan gua menggosok gigi, rasanya tahan setahun. Lagipun, gua guna sorang. Nak harap Mikael, gigi pun belum ada. Gua tanpa lengah terus sambar satu.
Sambil belek-belek harga, titik fokus gua tertumpu pada logo halal Jakim yang bukan main besar Colgate-Palmolive letakkan pada kotak Colgate tu. Pergh. Gua tersenyum macam Steve Martin dalam filem Father of The Bride sambil menunjukkan logo tu pada Shidah.
Colgate-Palmolive akhirnya tunduk pada kehendak rakyat Muslim Malaysia yang taksub atau terlalu bersandarkan kepada logo halal Jakim. Teori gua: Stok kotak dan tiub Colgate lama yang takde logo halal Jakim dah habis barangkali. Tunggu repeat order batch baru untuk print logo halal ni. Macam gampang teori ini.
Terfikirkah kita, satu-satunya benda yang menahan kita daripada meneruskan niat membeli sesuatu barang ialah logo halal Jakim yang terdapat pada produk itu. Kalau takde, kita tak beli. Carik yang ada logo halal. Kita letakkan sempadan sebegini berdasarkan logo yang tertera pada produk itu semata-mata.
Dan terfikirkah kita, setelus mana sebenarnya logo-logo halal Jakim yang dicetak pada produk-produk tersebut? Sahih ke? Kalau DVD pun boleh dicetak rompak, inikan pula logo halal Jakim.
Fuh.
Nota: Sate Bie-Bie Corner dan kedai steak Al-Ansar kat rumah mak gua yang tak paparkan logo halal Jakim tu apa cerita?
Tuesday, July 21, 2009
COMBAT
Dia memang dah tak berapa suka nak berbaring melihat siling lagi. Mungkin pemandangan dari posisi sedemikian sudah tak sejoli dengan perkembangan semasanya. Pun begitu, kipas angin masih tetap menjadi pujaan hatinya walau ke rumah mana saja dia pergi. Kipas siling memang dah lali dikajinya tapi kipas berdiri atau kipas meja memang sangat menarik perhatiannya buat masa ini.
Contoh table fan di rumah orang lain.
Terkini, dia pantang dibaringkan. Cargas dia akan flip ke posisi meniarap. Sungguh tangkas tanpa setitik peluh pun dirembeskan. Bukan itu saja, dia kini lebih berobjektif untuk ke sesuatu destinasi. Kelajuan mengesotnya aku umpamakan seperti combat yang mengesot di bawah kawat duri. Laju. Tangkas. Tanpa bunyi.
Punyalah cepat pergerakannya sedar-sedar dah sampai ke destinasi sambil menepuk-nepuk lantai seperti komunikasi Morse Code yang kalau diterjemahkan berbunyi: Hahaha aku dah berjaya sampai ke sini.
***
Hey! Hey! Mikael! Nak pergi ke mana tu?
Cepat betul dia sampai sini. Pantang leka, tau-tau dah sampai dapur.
Kedengaran suara Shidah dan kadang-kadang aku dari dapur.
Wednesday, July 15, 2009
MASA DEPAN
Aku berkerja di sebuah IPT swasta. Terus-terang aku cakap yang aku sangat risau dan susah hati melihatkan sikap dan perangai budak-budak/remaja hari ini. Lagi merisaukan bila memikirkan yang mereka-mereka inilah yang bakal menerajui negara kita.
Banyak kes-kes jenayah yang melibatkan remaja kita dengar dan lihat sejak kebelakangan ini di media. Apakah punca sebenarnya yang membuatkan remaja hari ini berkelakuan kurang ajar, tiada rasa hormat dan semakin berani tidak bertempat? Aku pun tak tau.
Rakan-rakan yang seangkatan dengan aku pasti bersetuju (agaknyalah) jika aku katakan: Zaman kita dulu tidaklah seteruk ini. Memang ada jugak yang nakal dan jahat tapi rasanya kita masih ada rasa hormat pada yang lebih tua. Sejahat-jahat kita pun bila ditegur atau dimarah kita cuma akan tunduk, dengar dan pekakkan telinga saja.
Budak-budak sekarang, maaf cakaplah, kurang ajar. Nak melawan saja. Lagi kita tegur, lagi kita cakap, lagi dia nak tinggi suara, lagi dia nak melawan. Dan yang aku lagi menyampah, 99.999% ialah orang Melayu.
Misalnya, bila tidak dibenarkan mendaftar sebab berambut panjang, dia mula melawan sampai nak tinggi-tinggi suara macam seolah-olah dia tidak bersalah. Padahal itu adalah peraturan dan mereka tau itu adalah peraturan. Pointnya, memotong rambut mengikut peraturan institut adalah suatu isu besar kepada mereka! Seolah-olah itu adalah isu hidup dan mati! Dan mereka tidak berminat untuk membincangkan atau memperdebatkan isu kenapa gred mereka menurun atau apakah projek tahun akhir mereka. Walhal itulah isu masa depan mereka.
Niat aku hanyalah ingin mendidik anak bangsa. Dan aku percaya semuanya berpunca daripada sikap. Dengan sikap atau attitude yang betul, sesiapapun boleh maju dan berjaya. Orang Melayu pantang dicabar. Cuba "tegur" sikit kalau tak percaya dan tengok dia punya melenting macam nak runtuh langit. Betullah tu. Tapi biar kena pada tempatnya.
Dan kita masih tertanya-tanya kenapa orang Melayu susah benar hendak maju dan masih belum mampu bersaing di bumi sendiri.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, July 7, 2009
PENGAMPU
Karakter di atas banyak kedapatan di pejabat gua. Mereka memang sinonim dengan istilah-istilah kesat lain seperti jilat bontot, kaki kipas, kaki bodek, nak tunjuk hero dan lain-lain yang aib bunyinya jika dinyatakan di sini.
Aku cuma tahap cacai saja di tempat kerja aku. Dan aku tak heran sangat dengan kredit atau pujian dari orang atasan. Yang penting aku dibayar selayaknya pada setiap 26hb. Tapi kadangkala mengganggu jiwa jugak bila difikirkan.
Semalam makin ketara para pengampu ni bergaya. Kononnya merekalah yang paling bertanggungjawab, yang paling incas (in-charge) dan yang paling penting untuk acara semalam. Walhal acara semalam adalah milik aku. Dia punya sibuk macam diorang yang buat dari A-Z. Pegi jahanamlah diorang.
Dalam pada itu, aku juga sedar ramai di sini yang tidak tahu membezakan antara kerja dan leisure. Kalau istilah orang berpendidikan tu bunyinya: Tidak profesional. Sebab ada sesetengah mereka yang katanya mempunyai Degree (lepas sambung belajar) tapi masih (ndak) berkerja sebagai kerani. Hairan kan?
Soalan aku mudah saja: Kenapa masih di sini (sebagai kerani) kalau sudah mempunyai degree? Adakah mereka mengharapkan atau menjangkakan kompeni akan menyediakan jawatan yang sejoli dengan taraf akademik mereka? Apa barang? Dah tu jenis eksyen ntahapa-hapa. Jenis dah suka nak engkar arahan pegawai, sebab dah ada degree. Oi, pegawai-pegawai ni dah lama ada degree dah sebelum korang. Lagi malas aku nak sebut diorang dapat degree dari universiti mana. Takut menyinggung.
Tapi yang paling bestnya kat tempat kerja aku nih, orang takde Diploma pun boleh jadi pegawai, hahahaha. Memang ajaib kan? Ini memang bukan kipas lipas, tapi aircond dengan 97 kuasa kuda. Gampang. Keajaiban sebegini memang cenderung membuatkan aku dan mungkin orang lain seperti aku menjadi kurang senang.
Lain kali, kalau nak isi jawatan pegawai, tak payah letak requirement yang pening-pening. Letak je: Pandai mengampu tahap dewa. Cukup. Yang lain semua tak relevan.
Apa yang aku merepek hari nih?
Thursday, July 2, 2009
CHOW KIT
Mak aku bilang dia nak pegi potong rambut hari nih. Hati aku berbunga mengalahkan bunga angkasa. Fuh, best nih aku berbisik dalam hati. Dapat jalan-jalan naik Bas Sri Jaya pegi Chow Kit. Kalau up sikit mak aku akan naik teksi.
Pemandangan Jalan Chow Kit dari Jalan TAR yang dulu namanya Batu Road (gambar dari Wikipedia)
Mak aku memang potong rambut kat Chow Kit. Kedai cina yang ada gambar perempuan berambut kerinting. Busuk gila kedai tu bau ammonia yang kadang-kadang macam bau kentut. Aku saspek bahan kimia yang digunakan untuk melurus atau mengkerinting rambut punya bau yang ba-ing tu.
Amoi tukang gunting tu punya bising pun satu hal. Chong-cheng-chong-cheng ntah hape yang dibualkan dengan rakan sekerja dan kadang-kadang pelanggan sebangsa. Kejap-kejap bunyi pengering rambut. Aku selalunya buat-buat pandai membaca majalah je lah sementara menunggu, padahal tengok-tengok gambar.
Aku sebenarnya bukan suka sangat lepak kedai guntung rambut tu pun. Aku cuma suka dapat jalan-jalan je. Tak payah pegi mengaji kat rumah Ustazah Hamidah yang dekat /4 tu.
Tapi hari itu hujan turun. Main-main pulak tu. Kejap lebat, kejap renyai. Kejap lebat, kejap renyai. Aku mula jadi tak keruan. Aku tanya mak aku: Pukul berapa nak pegi gunting rambut? (ayat cover line). Nantilah, tunggu hujan berhenti jawab mak aku. Aku ingat adalah 27 kali aku tanya mak aku soalan yang sama. Punyalah tak tahan, aku dah sampai tahap tanya sambil menangis dan jawapan mak aku tetap sama: Nantilah tunggu hujan berhenti.
Diam-diam masa mak aku tak nampak aku menadah tangan berdoa hujan cepat berhenti, dalam bahasa Melayu. Kalau mak aku nampak mesti kena gelak habis-habisan.
Memang hari tu hujan lebat sampai petang siap guruh berdentum-dentam lagi. Aku sedar-sedar dah tertidur kat bawah meja, teresak-esak. Punyalah hebat impak keseronokan nak pegi Chow Kit masa tu, sampai boleh menangis kalau tak dapat pergi. Fuh.
*****
Hari ini.
Lalu Chow Kit? Malaslah. Jalan jam macam setan.
Pegi Chow Kit? Tak seleralah. Banyak Indon. Macam mini Jakarta.
Pegi Chow Kit? Buat hape? Baik pegi KLCC.
Kesian Chow Kit.