Minggu lepas aku pergi servis kereta. Biasalah Malaysia, dah overdue baru nak menggelabah. Nasib baik aku orang Sepanyol. Tak percaya tanya Eva Mendez.
Tempat aku selalu servis kereta ni aku perhatikan, gemar buat improvement untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan mereka (sila baca dengan gaya Hasbullah Awang). Bagus. Aku berani cakap sebab aku memang hantar servis kereta kat situ dari mula aku pakai kereta yang aku pakai sekarang.
Daripada hanya tv, dia tambah suratkhabar, dia tambah majalah, dia tambah queue number system, dia tambah free drinks dari vending machine dan kerusi baru yang lebih selesa. Terkini minggu lepas, dah ada mi segera dalam cawan dan biskut. Pergh! Ini sudah cukup baik.
Mula-mula segan juga. Tengok satu mamat ni selambakodok je, aku pun tanpa lengah terus tadah air panas dalam cup noodle dan pow nescafe satu kali. Dah best sangatlah tu. Tersengih-sengih macam labi-labi aku bawak makanan dan minuman aku keluar. Kalau Sam Raimi nampak aku masa tu, mesti dia ajak aku berlakon jadi Peter Parker dalam Spider-Man 4.
Tengah aku menunggu cup noodle aku kembang, amoi pusat servis tu sudah talipon.
"En. Fairudz aah? Ada mana?"
"Saya kat luar ni, kenapa?"
"Kereta you sudah siap"
Di dalam.
"Aiya moi, cepatnya. Saya baru mau makan"
"Takpe, you settle ini dulu (payment) lepas tu boleh sambung makan"
Memang "layan" makan mi segera dalam cawan perisa udang pagi-pagi kat pusat servis. Apatah lagi jika ianya free-flow. Akan datang aku nak saran diorang hidangkan pizza pulak. Lepas tu cendol. Lepas tu ABC. Lepas tu steamboat. Fih, mesti lagi syok.
Korang rasa pusat servis tu terima tak cadangan hebat aku?
Tuesday, December 22, 2009
SERVIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kalo taruk tikar ngan batal...lagi mari...
amoi tu akan cakap,
"encik fairuz, ITU SUDAH LEBIHHH!!!"
Kalau hidang dengan amoi-amoi tu sekali?
Ye lah tu, free, macam bila naik MAS dapat makan free.
haha...betul ckp najwa aiman. kalu amoi-amoi tu yang hidangkan lagi best kot.kete dah ok pun,asyik nk hantar servis jek... hehe...
tempat ku servis bau rokok je boleh ;p.
apatah lagi kalo dihidangkan AMOI2 untuk lu!!!
WACCCHA!!!
toi: huish kau nih... nanti diorang suruh aku jadi pomen pulak kang.
tembakau: hahaha sekali dia letak bak kut teh, amacam?
najwa aiman: tak cun.
sevven: terpikir jugak aku diorang embed kan sekali dalam service charges. nanti aku semak.
nyong: bukan amoi tu yang menghidang maksud najwa aiman, amoi tu yang DIHIDANGKAN. dapat?
ad3ck: lain kali bawak face mask tak pun topeng gas.
fa-t: takpe, terima kasih.
Post a Comment