Monday, December 21, 2009

SMART

SMART bermaksud bijak.
SMART TAG bermaksud tag yang bijak.
Pengguna SMART TAG bermaksud pengguna tag yang bijak.

Ini penaakulan mantik yang mudah, bukan?

***

Pagi tadi. Di Plaza Tol Bangi. Nak masuk Bangi.

Kereta depan sekali tersangkut di booth SMART TAG.
Kita panggil saja ia Kereta Bengap 1.
Tiada kredit kata skrin LCD tol itu.
Aku yang beratur di tempat ketiga nampak.
Kereta Bengap 1 berundur dan kautim dengan penjaga booth untuk top-up kreditnya.
Palang diangkat. Settle.

Kereta depan aku tersangkut di booth SMART TAG.
Kita panggil saja ia Kereta Bengap 2.
Tiada SMART TAG kata skrin LCD tol itu.
Aku yang beratur di belakangnya nampak. Jelas.
Kereta Bengap 2 berundur dan penjaga booth menunjukkan cara menggunakan SMART TAG dengan betul.
Ya encik, panel infrared harus menghadap ke depan dan kad Touch N Go menghadap pemandu untuk membolehkan SMART TAG berfungsi.
Palang diangkat. Settle.

Giliran aku tiba.
Tit-tit bunyi SMART TAG.
Palang diangkat. Settle.

Apa yang susah sangat?

Sila rujuk penaakulan mantik pada perenggan awal entri ini.
Pada yang berkaitan, sila muhasabah diri. Jangan menyusahkan orang lain.

9 comments:

la Signora said...

HA HA HA HA.Where is Markonah the tollgate girl when you need her?!

Kalau gua, dah lame dah Smart Tangan sampai kat muka depa.

p.s agak emosional kebelakangan ini, tu yang asyik nak kongsi tamparan ngan orang lain.

Fa-T said...

ahaha.. nampaknya deiorang tak smart untuk menggunakan smart mereka...

kookabooras said...

anda pengguna yang SMART

Najwa Aiman said...

Ni ada kena mengena dengan terowong SMART kan? Kan?

pye:rudz said...

la signora: kau emotional sebab nak balik kampung ke?

fa-t: kosmart (pasar mini) boleh kot?

kookabooras: saya tau.

najwa aiman: terowong smart ialah adik ipar smart tag. sepupu mereka pula ialah smartphone.

Unknown said...

"wow!!! abang smart tu pakai smart tag lah!!!"
kata awek sebelah yang hanya pakai tacengo

nyOng.is.me said...

mmm...bayar manual lagi sng kot.tapi kene tgk duit cukup ke tak... huhu..

pye:rudz said...

tembakau: siapa? siapa? siapa? ehhee...

nyong: ikut selera masing-masinglah. saya perlukan kepantasan dalam menjalani kehidupan.

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH! Lawak cibai *ehem.. eskius my french* yang melampau! inilah perasaan ku dengan sesetengah pengguna touch n go juga