Wednesday, March 10, 2010

PERSONAL

Ada sesetengah orang tidak tahu atau buat-buat tak tau membezakan antara hal personal dan hal pejabat. Pada saya ia adalah perbezaan yang teramat jelas dan tidak perlu disuluh-suluh lagi. Hal personal/peribadi adalah hak mutlak kita manakala hal pejabat adalah tertakluk kepada penyelia dan majikan kita.

Namun, ada juga manusia bengap yang beranggapan kedua-dua perkara ini adalah sama. Jika dia adalah penyelia/majikan kita, maka dia juga "berkuasa" ke atas hal personal kita. Dia ingat dia siapa? Besar sangat ke? Ingin ditegaskan di sini: They do not own our life outside the working environment. Maksudnya, apa jua hal personal yang kita buat di luar adalah urusan kita dan mereka tiada hak untuk masuk campur atau menghukum kita berdasarkan title penyelia atau majikan kita.

Adalah menjadi trend sekarang untuk meluahkan perasaan melalui saluran-saluran aplikasi di world wide web seperti blog, facebook, twitter, email dan lain-lain. Ini adalah hak kita. Suka hati kitalah nak buat apapun dengan akaun blogspot atau facebook kita, kan? Tapi, kenalah ada etika. Dan, suka ataupun tidak, aktiviti kutuk-mengutuk, boikot-memboikot melalui saluran-saluran medium tersebut adalah trend yang tidak mungkin dapat dihalang.

Namun, mengapa perlu susah hati jika:
1. Kita ignore friend request dari orang yang kita tak suka?
2. Kita enjoy mengutuk majikan kita (yang memang supergampang) dalam facebook?
Ia adalah hak kita. Mereka yang di"ignore" atau dikutuk pula tak sepatutnya menyalahkan kita jika mereka sendiri tidak mahu mencerminkan diri mereka. Silalah bertanya kepada diri sendirinya: Kenapa dia tak accept request aku, ha? Kenapa diorang kutuk aku gila babi, ha? Kenapa, ha? Kenapa?

Berbulu kena kutuk sampai tak lena tidur selama dua malam? Hek eleh, yang kau buat orang tak lena tidur malam sepanjang zaman sebab hal kerja kau tak pernah fikir?

Hal bodek-membodek penyelia/majikan sehingga menyebabkan rakan sekerja disiasat juga saya kira sesuatu yang sungguh keji. Keji yang tiada bandingan.

Pesanan saya, silalah berfikir dengan mendalamnya. Adddoi.

12 comments:

mamabio said...

ish ish ish.. nape agaknya ye.. oo mak aii.

pye:rudz said...

mamabio: oo mak aii kenapa sampai 2 juta ratus kali mau komen yang sama? oo mak aii... adddoi!

Fa-T said...

the more u ignore me.. the closer i get...

ahahahaa

anw4r said...

sungguh kasihan majikan(yang memang supergampang) kene ignore friend request kat facebook..

yawaununalip said...

ha btol tu. ignore je org mcm gampang yg tak terbilang. majikan wa sampai skang 'kiv' annual leave wa. wa tulis reason : personal. dia nak tau wa buat benda personal apa. wa buh la ada 'function'/dinner. blakang..dia nak details, dinner apa? venue, etc.. etc.. perlu ke wa bagi details? wa apply 1 bulan dowh.. bukan sehari sebelum nak bercoti.. dah 15thn wa keja, 1st time wa dpt majikan mcm gini..
~~~dan sebenarnya..dia mmg gampang!

pye:rudz said...

fa-t: huih, terbayang lagu the carpenters: close to you.

anw4r: tak payah kesian... facebook kita, kita punya suka.

yuna: ya, majikan anda memang gampang dan bengap dalam aliran yang parallel.

mamabio said...

ntah nape dia masuk byk kali pun wa xtau.. connection dia tak connect kot.. oo mak aii..

kookabooras said...

err.. aku penah add request friend facebook ko x sebelum ni?

la Signora said...

Oh, saya amatlah seronok mengignore request kawan.Paling best?Meng 'unfriend' sesetengah individu sebab saya rasa amat redundant.Takat hi-hi kat kantin sekolah tahun 1992 tidak bermakna 'best friends forever'.Saya suka meng-unfriend orang yang tahpapa tag gambar beruk dengan nama saya.Atau gambar mak nyah berbangsa Ivar Gnilek.Ape ke nama tag benda-benda tak berfaedah camtu?

Kalau bos request nak jadi kawan, ignore ke, accept ke, satu jer pesanan...SILA JADIKAN PRIVATE SETTING KAT FACEBOOK TU KAWAN BAIK ANDA.It is a life-saver.Macam gua, yang amatlah organize bab-bab privacy.

Najwa Aiman said...

Lain kali jangan ignore. REJECT. Yup... I've done that! Ekekekekeke... Bahagia beb! Ekekekekekeke...

Anonymous said...

Mereka ini senang melabelkn org lain sesuka hati sebagai low mentality....apebila sesuatu statement itu dibuat tanpa menyebut nama kenape anda yg dikatekan berkasta tinggi ini cepat melatah....bila org kate awak tuh paranoid taknak mengaku....apepun saya dan rakan2 tetap menjadikn ia sebagai "BIG JOKE"...secara tak lansung anda meletakkan diri anda ditempat paling rendah di mata kami kerana anda mengakui secara lansung ciri2 yg disebut itu adalah anda...bagi saya anda lah seorang yg low mentality....

pye:rudz said...

mamabio: biarkan... biarkan...

kookabooras: rasanya belum.

la signora: nasihat anda akan saya jadikan panduan.

najwa: robust approach is the best (for certain things).

anon: komen anda juga adalah berbaur "melabel", bukan? ;)