Monday, March 15, 2010

SELAMAT DATANG HUJAN

Beberapa bulan lalu ramai antara kita yang merungut perihal cuaca yang sangat panas. Panas juga sering menjadi topik perbualan hampir di mana-mana tempat daripada pejabat, kedai kopi, kedai mamak, rumah emak kita, hatta di pasaraya Giant sekalipun ada orang berbicara tentang cuaca yang panas. Sampai begitu sekali penangannya panas di dunia.

Tapi, menurut ramalan kaji cuaca yang saya baca dulu mengatakan bulan Mac akan mulai hujan. Dalam erti kata lain, tidaklah sepanas sebelum ini. Ia adalah putaran cuaca yang biasa bagi bumi. Cuma, mungkin sebelum-sebelum ini kita tak perasan sangat sebab ia tidak sepanas sekarang. Ozon dah nipis katanya. Isu pemanasan global juga tidak kurang hebatnya.

Apapun, saya amat bersyukur kerana hujan sudah mulai turun. Semalam saja saya rasa adalah 3-4 kali hujan turun di kawasan rumah saya. Taklah terasa panas berbahang sangat rumah tu. Inilah kehebatan dan kekuasaan tuhan.

Selain itu, siaran Astro juga kerap menjadi gelita kerana kehadiran hujan. Services currently not available. Begitu katanya di skrin tv. Takpelah, siaran kat Astro tu pun selalu diulang-ulang. Tengoklah waktu lain, kan?

Pokok-pokok bunga juga tak perlu nak disiram-siram. Air hujan sedia ada pun dah mencukupi untuk melancarkan proses fotosintesis mereka rasanya. Kalau terlebih air nanti lain pulak jadinya.

Maka dengan itu, suka saya nak ucapkan selamat datang kepada hujan.

4 comments:

Fa-T said...

dan juga.. selamat mengawan... ahahha....

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

saya sedng menanti hujan turun waktu petang selebat lebatnya....

jimat bil air basuh kereta

Najwa Aiman said...

PJ dah start banjir setiap kali hujan mencurah-curah.

Syabas dah start potong air setiap weekend. Entah nak korek apa pun tak tau.

Ramalan kaji cuaca kata aku akan jatuh cinta. Tak ingat lagu siapa.

Dan hujan lebat tetap tak membolehkan aku bersetubuh. Anak-anak kacau.

pyerudz said...

fa-t: gangguan seksual! hahaha

gafaro: selamat membasuh kereta tatkala hari hujan saya ucapkan.

najwa aiman: itu lagu ana raffali - hujan bunga di kuala lumpur.