Friday, September 3, 2010

24

Diam tak diam, sedar tak sedar, dah nak raya dah minggu depan. Laju benar rasanya tahun nih. Serius punya laju.

Seperti biasa-biasa, gua laki-bini memang tak pernah risau pasal hal-ehwal balik kampung nih. Pasal trafik jam baik, pasal duit tol baik. Dua-dua takde kesan. Maklumlah, orang Kolumpo... hahaha. Tiap-tiap minggu kitorang "balik kampung". Yang kitorang risau cumalah kalau ada baju raya atau barang-barang penting tertinggal. Bernanah nak patah balik beb!

Acara Pimp My Crib rasanya dah hampir nak selesai. Tinggal sikit-sikit je lagi nak touch-up.

Acara Kuih Raya rasanya bini gua dah settlekan semuanya. Gua memang tak ambik port sangat perihal kuih-kuih raya nih. Yang penting kuih semperit yang adik ipar gua jual memang lazat!

Acara Baju Raya kitorang tiga beranak dah settle. Gua pakai baju melayu yang si Huzaimi sponsor masa gua jadi pengapit dia itu ari je. Baju Mikael nenek dia dah jahitkan. Kasut raya Mikael pun dah dapat. Baju mak Mikael pun dah settle. Selipar raya gua je tak dapat lagi. Dah haus dah tapak Crocs Offroad gua nih.

Acara Pimp My Ride masih berada dalam status dilema, yakni, tertakluk kepada hal-ehwal lebihan kewangan. Tak penting sangat pun cuma gatal aje.

Acara Kemas Laman masih belum berkesempatan. Padahal mesin rumput bapak aku dah handover lama dah. Aku je yang handful. Alasan lazim orang makan gaji: Sibuk, takde masa.

Dalam pada itu, dengar cerita kitorang akan ada berita baik sebelum raya nih. Tak taulah berapa baek punya baek. Harap-harap ia jatuh kategori sangat baek lah hendaknya. Baru bermakna sikit hari raya ni hahaha.

Gua syak weekend nih shopping complex akan pack macam gampang. Semua last minute shopping punya hal. Kalau tahap kesabaran anda hanya 3 per 10, baik lupakan saja aktiviti nak pegi shopping weekend nih. Tak pun, bawak bekal air sirap limau dengan KFC masa bershopping tu.

Gua juga mengesyaki pusat servis kenderaan juga akan turut sesak. Iyelah, nak balik kampung katanya... kenalah servis kereta tu dulu. Part ni gua dah kautim masa awal puasa itu ari dah.


Yang tulis Arab ni ialah doa berbuka puasa.

Dan gua tiga beranak masih kekal belum pernah berbuka puasa di luar langsung sehingga Ramadhan ke-24 ini. Sama ada ia satu pencapaian atau kegagalan, terpulang kepada tafsiran anda.

Selamat berbuka puasa!

5 comments:

nu3k said...

hari raya tengok KL lengang memang dapat,
dari rumah mak ke rumah mentua jalan tenang kosong gila bai,
tapi kau dan shida lagi hebat,
dengar satu lagu raya tak habis lagi da sampai!

Najwa Aiman said...

Ofis lu dah tak ada acara jamuan iftar yang biasa dibuat acara tahunan tu ke?

me3n said...

Semalam ku dan Latipah ke jalan TAR, ramalan ko tak meleset, hampir pitam ku tengok macam-macam ragam manusia! ;p.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

best gak dok KL raya kat KL...

anytime boleh keluar rumah...

jem boleh elak elak....

pye:rudz said...

nu3k: itulah antara kelebihan beraya satu kampung... boleh dengar lagu raya tak abis hahaha.

najwa aiman: ada... 26hb ari tu. seperti biasa, gua absent.

me3n: pergh! jalan TAR? memang champion!

gafaro: betul bro, memang santai abis bila semua dah balik kampung masing2... tenang gila.