Wednesday, September 1, 2010

MS PAINT

Korang tau tak "MS Paint" dengan "Paint" itu tidak sama. Bila kata namanya dah tak sama, apatah lagi kata kerjanya? Memang confirmlah tak sama, kan?


Gambar dipinjam dari freefoto.com

Gua sebenarnya memang dah biasa dapat tender mengecat rumah orang tua gua sejak zaman gua sekolah-sekolah dulu. Yang pilunya, arahan mengecat selalu datang tatkala bulan Ramadhan. Masa bulan Syaaban taknak pulak disuruhnya gua mengecat. Haus siot tak boleh minum.

Selalunya gua memang dapat "turn-key" tender. Dari membeli cat kat hardware, mengalih perabot, mengecat, sampailah mengemas. Duit je diorang supply.
Harga cat = RM120/satu tong.
Harga upah = Kau gila nak caj?
Pengalaman = Keletihan yang tidak terperi.

Tahun ini gua amat terpanggil untuk mengecat rumah gua. Iyelah, dah berapa tahun duduk masih kaler standard putih tu jugak, bosan seh! Lagipun, gua cuma perlu beli cat saja sebab perkakas-perkakas lain memang dah ada. Akhirnya gua pun nekad untuk mengecat rumah gua tahun ini.

Pengalaman lalu mengecat rumah orang tua gua memang sangat berguna masa gua mengecat feature wall kat rumah gua cuti panjang itu ari. "Feature wall" ye, tuan-tuan dan puan-puan. Rumah mak gua ialah, "the whole wall". Korang pasti berkata: Apa sangat mengecat feature wall berbanding the whole wall, kan? Betullah tu sebab gua pun fikir macam gitu.

Namun sangkaan itu ternyata meleset. Apatah lagi pengalaman lalu itu merujuk kepada keadaan badan yang masih gagah dan umur yang masih mentah. Gua hampir terlupa ketelitian yang diperlukan untuk mengecat. Bezanya kali ini ialah gua mengecat belah malam supaya gua boleh minum sesuka hati tanpa perlu risau ditangkap JAIS. Disamping untuk mengelakkan daripada gua mendapat bantuan percuma yang tidak diperlukan daripada Mikael.

Tapi itulah, nak mengecat time bulan puasa jugak. Alasan standard orang makan gaji ialah: Sibuk, takde masa. Mungkin jugak feel dia lain sikit kalau mengecat dalam bulan puasa nih barangkali?

Overall, gua berpuas hati dengan pencapaian dan hasil mengecat gua. Dia punya penat memang padu beb, tapi dia punya kepuasan adalah lebih padu daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

8 comments:

Fa-T said...

gua pulak tak sabar nak cat umah sendiri... ntah sampai bila nak sewa.. aahahaaa

me3n said...

Mana gambar dinding dan Mikael?

pye:rudz said...

fa-t: pelan-pelan kayuh brader...

me3n: tak payah gambarlah, kau datang jelah datang beraya ke rumah ;P

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

kan ada budak kecik yang buat lukisan untung juta juta.

manatau mikael ada kebolehan macam tu ke?

Najwa Aiman said...

Huh...? Rumah orng tua lu yang dindingnya gitu-gitu tu hasil karya mengecat lu rupa-rupanya...? Patutlah gitu-gitu... ekekekekekek... aiyaaarrrkkk...!!!

pye:rudz said...

gafaro: menarik jugak tu. nanti gua cuba.

najwa aiman: apa boleh buat? buruh kasar paksaan, membantah kang katanya durhaka. nak bagi duit tak berapa nak ada, bagi tenaga je lah, kan?

la Signora said...

Baca entri mengecat ni tiba-tiba teringat lak ngan kumpulan Color Me Badd.How lah?!

pye:rudz said...

la signora: lalalalalala all... for love... hahaha