Monday, January 31, 2011

ACHTUNG

Dalam pemerhatian saya, manusia ini ada yang jenis sangat gemarkan perhatian dan ada yang jenis tidak gemarkan perhatian. Frontliner vs. Backbencher. Popular vs. Low profile. Begitulah lebih kurang maksud saya.

Sifat kedua-dua ini biasanya lahir daripada natijah diri seseorang. Namun tidak ditolak pula kemungkinannya ia lahir daripada sesuatu proses evolusi. Faktor evolusi biasanya persekitaran.

Biasanya juga, orang yang gemarkan perhatian ini kadangkala boleh mencapai tahap jelek. Mana taknya, tak habis-habis dia aje yang nak ke depan, tak habis-habis dia aje yang nak bersuara dan tak habis-habis muka dia aje yang kita nak kena tengok (baca: dalam majlis keramaian, semasa berkursus atau mesyuarat). Mungkin juga mereka ini ada penyakit hyperactive. Tapi biasanya mereka ini dikatakan ada penyakit cirit mulut (kehkehkeh saya suka istilah ini). Contohnya meng-update status perbuatan/perasaan mereka hampir setiap minit di fesbuk.

Sebaliknya, ada juga orang dalam dunia ini yang suka orang yang gemarkan perhatian. Mereka ini lebih suka berdamping dengan orang yang popular. Seolah mereka juga ingin turut merasai nikmat "menjadi perhatian" itu. Takrif mereka: Tidak popular itu bermakna tidak ada kelas.

Sejujurnya, saya memang tidak gemarkan karakter sebegini. Meluat beb. Sikit-sikit gua boleh layan lagi, kalau overdose, memang gua cenderung merasa jelek.

Kadang-kadang saya terfikir juga apa akan jadi kalau fesbuk tiba-tiba argon dari dunia internet? Macam mana orang yang gilakan perhatian ni akan meng-update status mereka? Tulis status atas sticky note dan tampal pada dahi barangkali?
Heh.

Tuesday, January 25, 2011

PETANG SEMALAM

Semenjak dah confirm dan sahih Mikael akan dapat adik (insyaallah pada bulan 9 nanti), life has been a bit slow and hectic at the same time. Macam mana tu? Kamu bertanya. Macam tu lah, jawab aku dengan keyakinan diri yang tinggi tanpa mempedulikan kecelaruan di minda kamu.

Dewasa kini, keputusan untuk makan malam lebih banyak aku serahkan kepada Shidah. Aku takde hal makan apapun, DBKL katanya. Dan semalam kami makan roti naan dan ayam tandoori hasil kerja kakitangan Haji Tapah. Keputusan untuk menapau makanan adalah yang paling brilliant saya kira tatkala isteri sedang tidak larat dan anak tengah top form lasaknya.



Restoran Haji Tapah pula sekarang macam palat lembabnya. Namun memandangkan mereka sahaja yang menghasilkan roti naan dan ayam tandoori yang terbaek di kawasan perumahan aku, maka aku harus akur dengan meningkatkan kesabaran dalam diri.

Sambil-sambil menunggu pekerja asing nak ambik order walaupun dah dekat 5 minit aku duduk, sempat jugak aku cekidaut sekeliling.

Satu couple ni aku syak dah lama jugak menunggu untuk di ambik order. Pakwe dia pakai jersi Malaysia kaler kuning. Semenjak Malaysia menang Piala Suzuki ni ramai betul orang mengaku rakyat Malaysia. Kalau tak, biasanya mereka akan jawab I'm from Manchester atau I'm Arsene Wenger's great-great nephew. Tidak atau jarang pula kedengaran mereka berkata yang mereka dari Liverpool (uhuk).

Pakwe dia punya garang aku cakap kau, siap dengan muka-muka bengis sekali panggil pekerja asing tu amek order. Depan makwe, mestilah tunjuk garang kan?

Televisyen pulak tunjuk cerita hapa ntah. Kejap berbual pasal blackberry lah, lepas tu blueberry lah, lepas tu macam dalam rancangan masak-masak pulak lah. Ntah hapa benda ntah. Macam mana nak menang Golden Globe kalau asyik buat cerita-cerita merepek chenggini je?

Mamat tukang uli roti naan dan bakar ayam tandoori ialah orang yang sama. Itu memang style Haji Tapah. Dan aku difahamkan itu adalah career ladder yang paling letup untuk seseorang waiter di Haji Tapah. Dan mamat yang jaga stesen roti naan semalam adalah staf baru. Gaya memang champion. Harap-harap hasil kerjanya akan se-champion gayanya.

***

Di rumah.
Mamat yang buat roti naan tu memang berbakat. Kalau ditajamkan lagi bakatnya dengan latihan yang lebih intensif, saya yakin beliau boleh berjaya di persada roti naan antarabangsa pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 18, 2011

APA KHABAR?

Apa khabar gua tanya sama blog gua, hantamkromo. Oh, beliau baik-baik saja cuma kekurangan masa dek tuntutan kerja dan segala.

Macam-macam perkara berlaku dan berlalu sepanjang tempoh gua gagal mengemaskini blog ini. Sampai sekarang ni pun gua masih ada rasa malas lagi. Kadang-kadang nak tanya jugak sama Mazlan, Shaklee ada jual vitamin anti-malas tak? Kalau ada nak jugak gua try seround.

Dua minggu lepas berturut-turut gua kena kerja hari Ahad. Memang penat sebab gua kena letak Mikael kat Keramat hari Sabtu, pagi-pagi buta Ahad pegi ofis - kerja, abis kerja tengah hari balik Keramat, lewat petang Ahad tu balik Seri Putra balik. Best tak? Macam setan penatnya.

Dan dua-dua minggu lepas juga gua gatal nak follow si Raddy ambik gambar adik Huzaimi kawin. Dah commit, kena la gua buat keje betul-betul, kan? Memang gua tak expect pun shots yang gua ambik boleh jadi marveles sebab objektif gua ialah BELAJAR. Kalau ada shots yang bagus dan berguna, alhamdulillah. Frankly ini adalah kali kedua gua pegang kamera DSLR untuk shooting. Kamera pun pinjam Angah punya. What do you expect, kan? Dan banyak jugak benda gua dapat belajar dari Raddy. Dan bohong jugaklah kalau gua kata gua tak penat.

Mikael beberapa hari kebelakangan ni macam-macam hal ragamnya. Boleh hilang sabar jugak dibuatnya kadangkala. Namun apabila mengingatkan orang tua kata ragam budak nak dapat adik memang macam tu, maka kami tingkatkan saja kesabaran di jiwa.

Kereta gua elok sikit rupanya dari bungkus belacan kat Batu Kurau. Dah ntah berapa minggu ntah tak mandi betul-betul. Asyik mandi hujan je. Biasanya kalau kita tak boleh ingat sesuatu tempoh tu maknanya memang dah lama lah tu.

Gambar anak buah gua Ariana Maisara pun gua tak sempat nak update kat blog nih. Nantilah, weekend ni kalau sempat gua letak.

Kepala-kepala semua pegi Germany. Ntah kerja ntah makan angin, gua apa peduli? Pandai-pandailah diorang, semua pun dah akil baligh. Kalau blackout ke hapa ke, pakailah TORCH-light, kan? Tak pun, WANG IHSAN itu ari kan ada lagi? Pakai je lah. Damn. <- ini perenggan benci.

Abang Shidah ajak pegi PD weekend nih, dok chalet katanya. Chalet mana ntah, gua pun tak tau. Kemungkinan besar gua akan menyahut cabaran "percutian tengah-tengah bulan" yang dianjurkan beliau itu. Tengoklah keadaan semasa. Tengoklah balance wang ihsan yang ada.

Kenapa ramai orang marah sangat Ana Raffali menang AJL 25, gua pun tak tau. Teori gua mudah saja, dia bukan faveret kebanyakan rakyat Malaysia. Ramai orang lebih suka Faizal Tahir, Yuna, Black, Hujan dan lain-lain. Faizal Tahir gua syak lebih ramai lah. Ini kenyataan dan bukan pembohongan. Pada pemerhatian gua, lagu Ana Raffali istimewa sebab lagunya adalah berkonsepkan poetic dengan unsur folk yang modern.

Gua bukan lawyer minah ni pun, tapi bagilah justice dan dignity sikit beb. Ini bukan pakai undi SMS punya contest, ini pakai juri yang berpengalaman punya contest. Dan perlu diingat ini adalah contest untuk lagu dan bukan contest untuk populariti atau glamour atau performance props.

Gua mula-mula syak Meet Uncle Hussain yang boleh menang, tapi bila diorang announce Ana Raffali menang gua serta-merta terkejut. Tapi lepas gua recall balik, dia juga layak menang apa? Dahlah, malas gua nak cerita banyak hal AJL 25 ni. Nak tau banyak lagi pegilah baca majalah hiburan.

Oh, gua nak gerak dulu. Hari ni ada pasar malam kat rumah gua. Nasik kerabu Wan Atiq dengan lauk daging bakar adalah juadah faveret gua.

Adios.

Wednesday, January 5, 2011

GERAK



Lu sana dapat lapan.
Lu lagi sana dapat sembilan lebih dekat sepuluh.
Biasa lu tanya aaa... lima-enam mesti tak lari punya.
Ya ke?
Iya loh. Apa? Lu ingat gua main-main ka?
Sini memang sikit lah eh?
Iya loh. Lu apa bikin sini lagi?
Nanti gua fikir dulu.
Haiya, tak payah fikir punya ini...
Ye lah, ye lah gua ikut lu.

Gua lantas melontar dadu dan meneruskan perjalanan di atas papan Saidina. Dalam kepala gua jangka dapat enam. Itu paling kodi lah tu.

Monday, January 3, 2011

SILA PANDANG DEPAN

Tajuk entri adalah bersamaan dengan vice-versa kepada filem seram tempatan yang menjadi satu fenomena suatu masa dulu, Jangan Pandang Belakang. Dengan harapan tahun 2011 ini akan menjadi satu fenomena kepada hidup gua. Kalau tak, gua dengar lagu Fenomena je lah.

Hal-ehwal azam ni gua dah malas nak sebut. Dah banyak sangat azam dah keliling gua. Ada Adzam Khodzin, Azam Mohd Isa, Azam Ismail, Azam Wahab dan si Azam kawan Syamil pun ada. Cukup-cukuplah tu.



Apa sekalipun, selamat maju jaya kepada semua dan semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sila pandang depan dan jangan sibuk nak pandang belakang je.