Monday, January 31, 2011

ACHTUNG

Dalam pemerhatian saya, manusia ini ada yang jenis sangat gemarkan perhatian dan ada yang jenis tidak gemarkan perhatian. Frontliner vs. Backbencher. Popular vs. Low profile. Begitulah lebih kurang maksud saya.

Sifat kedua-dua ini biasanya lahir daripada natijah diri seseorang. Namun tidak ditolak pula kemungkinannya ia lahir daripada sesuatu proses evolusi. Faktor evolusi biasanya persekitaran.

Biasanya juga, orang yang gemarkan perhatian ini kadangkala boleh mencapai tahap jelek. Mana taknya, tak habis-habis dia aje yang nak ke depan, tak habis-habis dia aje yang nak bersuara dan tak habis-habis muka dia aje yang kita nak kena tengok (baca: dalam majlis keramaian, semasa berkursus atau mesyuarat). Mungkin juga mereka ini ada penyakit hyperactive. Tapi biasanya mereka ini dikatakan ada penyakit cirit mulut (kehkehkeh saya suka istilah ini). Contohnya meng-update status perbuatan/perasaan mereka hampir setiap minit di fesbuk.

Sebaliknya, ada juga orang dalam dunia ini yang suka orang yang gemarkan perhatian. Mereka ini lebih suka berdamping dengan orang yang popular. Seolah mereka juga ingin turut merasai nikmat "menjadi perhatian" itu. Takrif mereka: Tidak popular itu bermakna tidak ada kelas.

Sejujurnya, saya memang tidak gemarkan karakter sebegini. Meluat beb. Sikit-sikit gua boleh layan lagi, kalau overdose, memang gua cenderung merasa jelek.

Kadang-kadang saya terfikir juga apa akan jadi kalau fesbuk tiba-tiba argon dari dunia internet? Macam mana orang yang gilakan perhatian ni akan meng-update status mereka? Tulis status atas sticky note dan tampal pada dahi barangkali?
Heh.

5 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

dunia ini pentas lakonan dan kitalah pelakonnya...

jom pyerudz kta duduk sambil makan popkorn

Najwa Aiman said...

Walau dalam zamn Blackberry ni, so far belum pernah jumpa lagi status fesbuk "Sekarang aku tengah berak cirit dalam toilet tingkat tiga." Ekekekekeke...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

tu lu sorang je bang naj update status macam tu...

Fa-T said...

kahkahkah....
gua stuju dengan najwa aiman...
Status : Gua cirit.. pedih... sambal
malam tadi gamaknya...

pye:rudz said...

gafaro: makan popcorn eh?

najwa aiman: itu bangang namanya bro hahahaha

gafaro: gua mengambil langkah berkecuali dalam konteks komen ini.

fa-t: sila rujuk komen untuk najwa aiman.