Tuesday, January 25, 2011

PETANG SEMALAM

Semenjak dah confirm dan sahih Mikael akan dapat adik (insyaallah pada bulan 9 nanti), life has been a bit slow and hectic at the same time. Macam mana tu? Kamu bertanya. Macam tu lah, jawab aku dengan keyakinan diri yang tinggi tanpa mempedulikan kecelaruan di minda kamu.

Dewasa kini, keputusan untuk makan malam lebih banyak aku serahkan kepada Shidah. Aku takde hal makan apapun, DBKL katanya. Dan semalam kami makan roti naan dan ayam tandoori hasil kerja kakitangan Haji Tapah. Keputusan untuk menapau makanan adalah yang paling brilliant saya kira tatkala isteri sedang tidak larat dan anak tengah top form lasaknya.



Restoran Haji Tapah pula sekarang macam palat lembabnya. Namun memandangkan mereka sahaja yang menghasilkan roti naan dan ayam tandoori yang terbaek di kawasan perumahan aku, maka aku harus akur dengan meningkatkan kesabaran dalam diri.

Sambil-sambil menunggu pekerja asing nak ambik order walaupun dah dekat 5 minit aku duduk, sempat jugak aku cekidaut sekeliling.

Satu couple ni aku syak dah lama jugak menunggu untuk di ambik order. Pakwe dia pakai jersi Malaysia kaler kuning. Semenjak Malaysia menang Piala Suzuki ni ramai betul orang mengaku rakyat Malaysia. Kalau tak, biasanya mereka akan jawab I'm from Manchester atau I'm Arsene Wenger's great-great nephew. Tidak atau jarang pula kedengaran mereka berkata yang mereka dari Liverpool (uhuk).

Pakwe dia punya garang aku cakap kau, siap dengan muka-muka bengis sekali panggil pekerja asing tu amek order. Depan makwe, mestilah tunjuk garang kan?

Televisyen pulak tunjuk cerita hapa ntah. Kejap berbual pasal blackberry lah, lepas tu blueberry lah, lepas tu macam dalam rancangan masak-masak pulak lah. Ntah hapa benda ntah. Macam mana nak menang Golden Globe kalau asyik buat cerita-cerita merepek chenggini je?

Mamat tukang uli roti naan dan bakar ayam tandoori ialah orang yang sama. Itu memang style Haji Tapah. Dan aku difahamkan itu adalah career ladder yang paling letup untuk seseorang waiter di Haji Tapah. Dan mamat yang jaga stesen roti naan semalam adalah staf baru. Gaya memang champion. Harap-harap hasil kerjanya akan se-champion gayanya.

***

Di rumah.
Mamat yang buat roti naan tu memang berbakat. Kalau ditajamkan lagi bakatnya dengan latihan yang lebih intensif, saya yakin beliau boleh berjaya di persada roti naan antarabangsa pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

haha nampak sangat boring kat haji tapah tu...

habis semua ditelitinya...

Lynn said...

congrats dapat baby baru...



bulan 9 nanti! hehehehe

Fa-T said...

sedap sangat roti nan tu... dari segi penceritaan...

pye:rudz said...

gafaro: memang sengal woh. setengah jam rasa macam setengah hari... tanpa partner in crime.

lynn: thanks. harap-harap sihat sejahtera dan dilindungilah kedua-dua mereka.

fa-t: sedap gila-babas-tunggang-terbalik tu takdelah... tapi kata orang, bolehlah diketengahkan.

Najwa Aiman said...

Yang balak diperhatikannya...? Yang balak...? Kompius... kompius... Bini ada kat sebelah le tu...

pye:rudz said...

najwa aiman: gua sorang2 lah bro... gua perhatikan sekeliling dan pakwe minah tu yang paling menonjol sekali eksyennya.