Orang kata bulan Ramadhan nih bagus untuk perbetulkan diri. Iyelah, syaiton kena ikat, senang sikit kita nak buat alignment kot?
Antara perkara lazim yang saya tau ialah cubaan nak berenti merokok, nak mendekatkan diri dengan tuhan, nak mendekatkan diri dengan Al-Quran, nak kuruskan badan dan macam-macam lagilah dengan harapan cubaan mereka itu akan menjadi cara hidup walaupun di luar bulan Ramadhan kelak.
Namun, ada juga perkara yang saya kira lebih sukar untuk diubah. Mentaliti. Paradigma. Pemikiran. Dan lain-lain yang seumpamanya lah. Ini antara contoh-contoh situasi yang menunjukkan pemikiran kita masih lagi tersangkut.
1. Tak pernah nampak kawan bertarawikh di surau/masjid.
Adakah itu bermakna kawan kita itu TIDAK bertarawikh langsung? Ada tak kemungkinan dia berjemaah dengan anak-isteri beliau atau dia tak larat nak ke surau?
2. Disenggol kasar oleh pemuda di pasar ramadhan.
Adakah itu bermakna pemuda itu kurang ajar atau tidak menghormati orang? Ada tak kemungkinan dia sebenarnya terpaksa lekas membeli juadah berbuka yang banyak kerana ramai adik-beradik atau dibuli oleh kawan seasrama atau dipow oleh senior?
3. Dipotong sewaktu beratur di jalan yang jam ya amat.
Adakah itu bermakna si pemotong itu memang dari jenis lahabau yang kuang hajau? Ada tak kemungkinan yang si pemotong itu sebenarnya nak lekas sampai rumah sebab nak terberak atau bininya nak bersalin atau dah terlalu lewat nak jemput anak di nursery?
4. Nampak orang shopping raya kelam-kabut gila-babi tak ingat dunia.
Adakah itu bermakna dia materialistik lebih-lebih menjelang raya? Ada tak kemungkinan yang dia sebenarnya dah 10 tahun tak merasai nikmat bershopping raya atau tahun itu dia dapat bonus raya 5 bulan atau kat tempat dia takde Sogo, KLCC atau Jalan TAR?
5. Kawan sepejabat tak beli kuih raya yang kita jual.
Adakah itu bermakna dia tak mahu menyokong bisnes kita? Ada tak kemungkinan sebenarnya yang kuih raya kita tu tak sedap atau hal-ehwal kuih raya ni bini dia yang uruskan atau kuih raya dia tahun lepas pun masih ada lagi dalam balang belum bukak?
Jadi inilah antara perkara yang saya kira patut di adjust. Kita manusia ni memang mudah sangat jadi judgemental. Tapi kadang-kadang apa yang kita sangka itu adalah betul walhal kita sebelum itu menafikannya, itu yang jadi kita susah nak adjust pemikiran kita tu, kan? Wallahua'lam.
Friday, August 26, 2011
ADJUST
Wednesday, August 24, 2011
PULPFIX: BATAL
Jamal Yahya sedang bersiap-siap wudhu' hendak ke surau untuk solat tarawikh seperti selalu-selalu. Ini dah masuk 10 malam terakhir, kena lebih sikit beribadat nih, getus hatinya sambil mengingati pesanan Ustazah Hamidah.
Jamal Yahya biasanya ke surau hanya dengan berjalan kaki. Lebih sikit pahala katanya. Setiap langkah menghapuskan satu dosa, menambahkan satu pahala dan menaikkan satu darjat. Begitu kata narrator di televisyen yang mengulas salah sebuah hadith apabila masuk waktu solat. Jamal Yahya tersengih tanda kemenangan.
Di surau kelihatan ramai pakcik-pakcik, makcik-makcik, atuk-atuk, nenek-nenek dan tak ketinggalan rakan-rakan sedarjah Jamal Yahya yang sedang menunggu iqamah pak bilal untuk menunaikan solat Isya'.
Sedang Jamal Yahya sibuk-sibuk mencari parking selipar yang solid dan selamat, Rahman Bagak datang menegur. Rahman Bagak ialah budak sekelas Jamal Yahya yang berbadan besar namun bersuara halus. Budak 8 tahun, mestilah speaker belum pecah lagi.
Wah, selipar raya ke Jamal?
Haah. Selipar puasa dan Hari Raya sekali mak aku kata.
Bila kau beli selipar nih?
Dua hari sebelum puasa lagi.
Tiap-tiap hari ke kau pakai selipar ni pegi tarawakih?
Iyelah. Kenapa?
Kau datang surau dah siap wudhu' kan?
Haah. Kenapa kau banyak sangat tanya nih?
Aku rasa... semua sembahyang tarawikh kau tak sahlah Jamal.
*****
Mak Tom yang sedang sibuk membuat kuih samperit di dapur terkejut dan kehairanan apabila terdengar suara Jamal Yahya sedang menangis di ruang tamu. Tak pegi tarawikh ke budak nih? kata Mak Tom dalam hati. Tadi bukan main berkobar lagi, aku lainlah ada MC, kata hatinya lagi.
Ini semua mak punya pasal la nih.
Hoh? Apanya yang mak punya pasal?
Penat je Jamal solat tarawikh... tapi tak sah.
Kamu kentut masa solat siapa suruh?
Mana ada kentut... tu... cuba tengok selipar yang mak belikan tu...
Inspired by: Angry Birds di bulan Ramadhan.
Labels: pulpfix
Monday, August 22, 2011
SURELY
Biasa kita dengar ayat "slowly but surely" atau terjemahannya lebih kurang berbunyi "perlahan tapi pasti".
Tapi tahun ni rasanya ada sikit lain. Ia telah menjadi "quickly and surely" atau terjemahannya lebih kurang berbunyi "cepat dan pasti".
Ramadhan. Tahun ni cepat benar "rasa"nya. Tup-tap-tup-tap dah nak raya dah minggu depan. Aku pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan kenyataan aku nih. Itu biasa.
Dan "rasa" ini biasanya menjurus kepada fakta yang berbunyi hari kiamat itu sedang menghampiri tatkala waktu dirasakan berlalu begitu pantas.
Are we ready for it?
Friday, August 5, 2011
PERSPEKTIF
Semalam Shidah nak ke farmasi Guardian untuk carik barang sikit. Guardian yang terhampir sekali dengan ofis kami ialah yang terletak di Seksyen 3, Bangi. Jelas sekali waktu rehat tengah hari adalah waktu yang paling afdal untuk melakukan aktiviti ini.
Photo credit to this site.
Sementelah Guardian itu bersebelahan dengan kedai serbaneka 24jam, maka gua lantas teringat stok rokok gua yang dah tinggal sebatang kat rumah nun. Baik singgah beli sekali, takyah nak kelam-kabut petang atau malam karang baru nak pegi beli. Jam woh!
Berdasarkan pengalaman lalu, kedai serbaneka 24jam yang satu ni lazimnya gemar meminta-minta wang kecil. Macamlah pelanggan mereka ini mesin penukar wang kecil di pusat-pusat game terkemuka ibukota. Maka atas dasar itulah gua cuba-cuba mencari majalah yang masuk akal untuk dibeli sekali dengan rokok dengan harapan juruwang tidak sibuk meminta duit kecil.
Duit not RM50 kalau dibawa ke pasar ramadhan dengan tujuan membeli apam balik adalah satu cara paling mudah untuk mengurangkan pahala puasa si penjual mahupun si pembeli.
Tak ada pulak majalah yang berkenan. Paling best pun majalah Mangga tak pun komik budak-budak zaman sekarang yang cenderung meniru style/stroke anime jepun.
Lantas gua capai saja akhbar The Star dan minta sekotak rokok sambil menghulurkan not RM50 yang dinyatakan tadi.
"Awal lagi dah beli rokok ni pakcik, waktu berbuka lambat lagi", tegur juruwang dengan gaya macam nak-taknak scan barcode rokok tersebut.
Perbincangan:
1. Salahkah gua beli rokok 5jam sebelum waktu berbuka?
2. Adakah puasa gua batal kalau gua beli rokok sebelum waktu berbuka?
3. Apa hak juruwang untuk mempertikai waktu pembelian gua?
Jika anda berminat nak tau, gua tak melenting pun. Gua hanya tersenyum dan berkata, "Petang karang jam teruk kat sini sebab ada pasar ramadhan, awak pun tau kan? Sebab tu saya beli sekarang".
Dan juruwang trainee muda yang macam baru lepas sekolah itu meneruskan tanggungjawab beliau seperti seorang juruwang yang sepatutnya.
Wednesday, August 3, 2011
PUASA
Photo credit to this site.
Minum air sebaik bangun dari tidur.
Sarapan pagi di Restoran Haji Rosli.
Senaman paru-paru selepas makan atau semasa "menunaikan hajat".
Kesemua di atas tidak mungkin (tidak patut) berlaku semasa berpuasa.
Cubaan menguruskan badan boleh berjalan dengan lebih lancar.
Kebergantungan terhadap nikotina lebih mudah dikurangkan.
Rasa mengantuk ya amat yang lebih kuat dari biasa.
Kesemua di atas mudah berlaku semasa berpuasa.
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pembaca budiman sekalian (apahal skema ayat gua nih?).