Petang semalam gua pegi Tesco Nilai. Ada beberapa item yang on sale at a really good price. Seperti biasa, item tersebut ada yang kategori keperluan dan ada yang kategori gatal. Gatal nak beli. Rugi tak beli sebab the offer is very good.
Ini barang yang dah lama gua aim nak beli tapi agak mahal. Oleh kerana offer Tesco ini sangat baek maka gua tidak mahu melepaskan peluang. Sila klik the whole parangraph untuk tengok item tersebut jika berminat. By the way, item tersebut ialah yang dalam kotak terakhir.
Tapi gua bukan nak cerita pasal barang tu, tapi gua nak cerita fiil guard (bukan Malaysian) yang sudah bikin gua panas masa di kaunter cashier.
Seperti lazim gua membeli-belah di mana-mana hypermarket, selepas unload barang di atas conveyer belt cashier, gua akan suruh bini gua tunggu kat depan dengan troli yang dah dikosongkan bersama Mikael yang biasanya masih duduk di dalam troli tersebut.
Sedang sang cashier mengimbas (scanning) barang-barang gua, ada satu guard ni sudah datang kat bini gua yang sedang menunggu lalu diminta resit barang yang gua beli. Specifically menunjuk kepada item seperti yang diceritakan di atas. WTF?
Kau nak apa? Gua tanya.
Dia tengok muka gua. Ntah paham ntah tidak apa benda gua cakap.
Bini gua menyampuk, dia nak resit.
Kau tak nampak ke orang tengah scan barang tak abis lagi nih? Nak resit mende? Gua sound guard tu satu kali.
Dia buat muka sardin. Blur. Memang tak paham bahasa.
Dah settle semua payment gua tanya lagi, Hah, kau sibuk nak apa tadi? Resit?
Gua pun bagi resit yang dah umpama tiket loteri 18juta tu kat dia. Dia sign ntah kat mana-mana dan bukannya pada specific item yang gua beli tu pun.
Sebelum blah gua sound lagi sebijik, Kalau aku nak mencurik pun takkan lah aku nak bawak anak-bini aku sekali, lalu ikut sini pulak tu (cashier counter).
Dan dia masih dengan wajah sardin yang blur. Memang sahih tak paham bahasa.
Ya, mungkin memang dia hanya menjalankan tugas tapi agak-agaklah sikit beb. Nangui betul.
Gua semak jugak sekeliling tengok-tengok kot ada hidden camera untuk rancangan Boiling Point. Tak ada. Nasib baik. Confirm guard tu yang gampang semulajadi.
Kesimpulan:
1. Pihak Tesco sila beri perhatian berkaitan pengambilan security guard yang sebegini. Anda telah berjaya menaikkan darah customer anda.
2. Pendatang asing yang nak berkerja di Malaysia, sila belajar Bahasa Kebangsaan negara Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Monday, October 31, 2011
RESIT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
PPSMI! kehkehkeh
garang la awak ni....
Tesco memang cilaka. always keep review ur receipt before u go home. selalu aku kene tipu harga. dah mcm bebal customer servis kalu kene sound makan duit haram sebab tipu customer.
fa-t: iye tak iye jugak eh.
gafaro: saya memang garang, grrr... (sambil gigit rantai pagar).
kookabooras: huish... itu memang cilake tu. terpaksalah aku check harga dulu dengan scanner kat tiang tu.
yg bikin panas lg bila dia ketuk2 kotak tu smbil ckp "resit. resit. resit"
#*&%x:&@
Kenapa tak balas balik kat dia sambil ketuk-ketuk kepala dia dan minta "Passport! Passport! Passport!".
Oya... satu lagi... lepas ni wa datang rumah lu tumpang basuh kereta ek. Guna penembak tu.
mamabio: beliau ini adalah mangsa kebengapan guard yang dimaksudkan.
najwa aiman: iye tak iye lah, next time bebeh. nak basuh keta? buleh no problem... errr... boleh kontra dengan bil IWK tak? kehkehkeh...
Cashier tak backup ke? Ke dia pun sengal?
muhaimin: itulah pasal, sama selenge barangkali.
Gua pun buat apa lu buat Bro, mintak eina pergi depan ngan anak2 masih dalam troli. Nasib la kalau ada guard datang tanya "resit" untuk anak2 gua. Hehe. Tapi guard kat apartment gua pun bangang jugak. Cerita lain.
Post a Comment