Friday, November 4, 2011

THE 5TH

Khutbah Jumaat minggu ini biasanya tidak akan lari dari cerita ibadah haji sebab Ahad ni Raya Haji. Tidak adik-adik, Raya Haji bukan hanya untuk orang yang dah pegi haji sahaja.

Bersempena dengan itu, kebanyakan perkara yang dikhutbahkan adalah perkara yang dah biasa kita dengar sejak dari kita kecik-kecik dulu. Namun, dalam pada itu ada juga beberapa ilmu baru yang mungkin kita baru discover.

Terkenang juga individu-individu yang dah mengerjakan haji. Biasanya yang dah berstatus warga emas. Namun ada juga yang masih dalam kategori belia tapi sudah mampu menunaikan haji.

Teori gua ialah, biasanya warga emas yang mampu menunaikan haji adalah mereka yang telah berkemampuan. Of course. Untuk rukun dan syarat haji yang sahih, sila rujuk kepada pakar atau buku teks sekolah.

Mampu dalam konteks yang cuba dikupas ialah mereka sudah langsaikan tanggungan-tanggungan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Dan lazimnya, itu mampu dilakukan apabila kita dah boleh draw EPF 50 tahun ataupun yang full swing punya EPF yakni apabila umur kita 55 tahun. Biasanya lah... Logik?

Bagi yang kategori belia pula, mereka barangkali telah mempunyai insurans yang cukup untuk menampung segala kos yang ditinggalkan kepada waris if anything bad happens to them while performing Hajj. Logik?

Ingat, ini cuma teori gua aje. Kalau yang dah memang mampu dek kerana simpanan itu memang totally out of the league lah kan?

Kepada muslimin dan muslimat yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang mabrur saya ucapkan. Kepada muslim yang lain, kejarlah ibadah yang mampu kita lakukan bersempena Zulhijjah ini.

Kalau mampu gua akan cuba berpuasa esok (9 Zulhijjah) sebab pahalanya umpama berpuasa selama 60 tahun!

3 comments:

kuchalana said...

jauh betul fikir..

cuba jwb soalan Dato Juanda..

mana nak letak golongan Seksualiti Merdeka Di Arafah?

Najwa Aiman said...

Nak cuba jawab soalan Dato Juanda: Kalau dia orang dah sampai ke Arafah untuk ibadat haji, insyaAllah... Dia orang dah berhijrah menjadi penentang program Seksualiti Merdeka le tu... InsyaAllah...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

abis yang gua tak g padang arafah ni kra support Seksualiti Merdeka ke?