Monday, August 13, 2012

EASY

Sometimes... correction, most of the times, things are much easier said than done.

You don't push people around to do things right when you're not behaving right.

You don't humiliate people in public when you don't like to be treated as such.

You must stop thinking that you're always right just because you're sitting higher up than others.

You must lead by example or you're just another noisy little cow bell.

You should execute the reponsibility given to you responsibly or you'll just end up being cursed inside out.

You might be able to do wrong things because of your position but the ability won't work in the afterlife.

Therefore, please think before you act, if you really have a brain that is working properly.

Friday, July 20, 2012

FAST

Ramadhan datang lagi.
Gua berazam lagi.
Kali ini sendiri-sendiri.
Cuma bagitau bini.
Gua cerita nanti kalau menjadi.
Taknak bising-bising takut tak jadi.

Ramadhan datang lagi.
Gua berazam lagi.

Tuesday, June 5, 2012

MASA

Demi masa, manusia itu sesungguhnya dalam kerugian.

Kebelakangan ini, saya nampaknya seperti tidak cukup masa untuk diri sendiri. Tidak... saya bukan jenis yang pergi ke spa. Definisi "masa untuk diri sendiri" bagi saya mungkin lucu pada pendengaran orang lain.

Saya suka berkemas, bertukang, berkebun, window shopping dan of course, tido. "Masa untuk diri sendiri" bermakna saya berupaya melakukan aktiviti-aktiviti tadi at my own capacity of time. Namun, rasanya itulah tuntutan orang yang dah berkeluarga. One shouldn't complaint on that "responsibility".

Rasa ini lebih terdetik apabila melihatkan laman depan dan belakang rumah yang mulai semak kerana pokok-pokok tak di trim, rumput + rumpai bermaharajalela tak dipotong, belalang naik tocang makan cili dan macam-macam lagi lah. Projek nak mengecat bilik Mikael pun tak gerak-gerak lagi. Fih, cat pun tak beli lagi!

Pergh, gua kena carik time jugak. Bulan puasa dah dekat dah nih.

Tuesday, May 29, 2012

EXPECTED

Gua dah jangka dah keputusan bidaan nombor panas nih... kehkehkeh. Jangan haraplah.

Monday, May 14, 2012

MACH 5

It's finally here! Been longing for this fully-functional four-wheeled die-cast metal for as long as I can remember. See you this weekend Mach 5 (or maybe sooner hehehe).

Thursday, April 19, 2012

TIDAK SUKA

Ini sekadar luahan rasa. Just to let things off my chest a bit.

I work in the education line but I'm not the one who give lectures. Tiap-tiap hari saya berurusan dengan macam-macam kerenah manusia. Ada yang bagus, ada yang kelakar, ada yang bodoh, ada yang bongkak, ada yang macam saja nak mintak pelempang, ada yang macam saja nak mintak penerajang dan macam-macam lagi. Dah nama pun manusia.

Respond saya towards fiil mereka-mereka ini juga of course berbeza-beza mengikut citarasa semasa dan siapa tuan punya fiil tersebut. Ada antaranya yang berurusan secara depan mata, dalam email, dalam telefon dan ada juga di tengah khalayak mesyuarat.

Dalam environment kerja saya setiap hari, saya paling tidak suka berurusan dengan orang yang berfiil:

1. Sombong tak tentu pasal. Mereka ini sebenarnya tak tau mende, tapi buat-buat tau dan eksyen nak mampos.

2. Menggunakan kabel untuk menjatuhkan orang lain. Bila sabar gua dah tersangat tipis, diorang ni selalu gua confrant face-to-face je. Terkebil-kebil nak menjawab.

3. Bongok yang tak mau nak belajar. Kalau kat tepi tebing curam memang dah lama gua tendang je orang jenis ni.

4. Tidak menghormati orang. Ini mungkin tak cukup didikan sejak dari kecil atau dia ingat dia dah cukup besar atau hebat.

5. Tidak menghormati peraturan. Ini biasa berlaku kepada orang atas-atas. Dia ingat dia boleh buat apa dia suka macam abah dia punya organisasi. Memang penuh kegampangan karakter ini.

Banyak lagi. Cukuplah tu, nanti gelap-gelita pulak hati gua diselubungi kebencian.

Wednesday, March 28, 2012

GREEN


Kredit gambar.

Dewasa kini kerap kita dengar, ramai orang bercakap dan banyak kempen-kempen yang mengajak sejagat ke arah penjagaan alam sekitar. Contoh boleh dilihat melalui penghasilan kenderaan hybrid dan elektrik, tong-tong recycle merata-rata, beg plastik kena caj 20sen, kempen earth hour dan tidak ketinggalan juga apek suratkhabar lama.

Satu yang lazim kita dengar juga ialah Go Green. Pergi Hijau. Sefaham saya, kempen ini menjurus ke arah recycling, reusing dan reducing (3R) penggunaan bahan-bahan yang boleh menambah-jahanamkan mother nature. Antara bahan popular yang disebut-sebut dalam 3R itu (bukan program yang dihoskan oleh 3 awek tu) ialah plastik dan kertas.

Untuk plastik kita digalakkan untuk kumpul dan hantar ke recycle centre yang berdekatan atau berjauhan. Kalau malas nak hantar, kumpul je dalam satu plastik hitam dan letak je kat tempat sampah depan rumah bila dah penuh. Yang ini memang aku buat. Dan aku tau pengutip sampah pasti tersenyum gembira.

Untuk kertas pun sama jugak macam plastik, cuma kita juga boleh kurangkan penggunaan kertas (especially di pejabat) dengan menggunakan both sides of the paper. Jangan eksyen sangat nak print tu macam nak buat thesis (one-sided printing).

Kat opis aku pun ada group yang sibuk mencanang-canangkan kempen Go Green nih. Baguslah. Aku sokong. Tapi pada aku kalau kau nak go green, you should just go at your own initiative. Takyah nak kecoh-kecoh pun sebenarnya. Just do it. Lead via example.

Yang bestnya pulak, ada antara individu yang kononnya going green sangat (sambil semua jari tangan kat bahu) tidak walk the talk. Kempen bukan main pung-pang-pung-pang, dalam meeting bukan main pung-pang-pung-pang, belakang, dok membazir kertas macam shaiton. Hairan sungguh.

Moralnya, janganlah sibuk-sibuk nak suruh orang Go Green kalau diri sendiri pun tak berapa nak pegi Green. Akhir kata, renung-renungkan dan selamat menghijau!

Thursday, March 15, 2012

KESUKAAN

Di sini disenaraikan beberapa perkara yang menjadi kesukaan/kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia, berdasarkan pemerhatian saya.

1. Suka memperlahankan kenderaan untuk menonton eksiden. Yang sibuk menolong biasanya orang tow truck.

2. Suka berangan bila traffic light dah hijau dan sibuk nak jadi Schumacher bila lampu dah merah.

3. Suka komplen bila tempat awam seperti tandas, jalanraya, taman permainan dikotori sampah-sarap tapi tidak rasa bersalah apabila membuang sampah merata-rata. Paling gampang, dah kencing pun malas nak flush dan dengan selamba badak bukak tingkap kereta lalu membuang sampah keluar tingkap.

4. Suka memandu di lane tengah atau lane laju dengan kelajuan yang tidak wajar lantas membebankan pengguna lain. Mereka selalu ingat mereka dah cukup laju untuk duduk tengah-tengah highway. Ingat kau highway star?

5. Banyak penunggang motosikal main suka keluar je dari simpang tanpa berhenti. Bagi signal apatah lagi. Tak pikir ke kalau kena sodok dari belakang siapa yang teruk?

6. Hal yang sama juga lazim berlaku di roundabout. Main suka nak keluar je.

7. Masih banyak yang tak tahu (atau purak-purak tidak tahu) bahawa kita perlu berhenti secara automatik di zebra crossing apabila ada orang melintas. Tak kiralah lampu isyarat tu rosak atau tidak.

Itu saja buat masa ini. Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 14, 2012

P3-21A

Itu codename model kereta Proton yang dijangka bakal dilancarkan hujung bulan Mac ini.

Ini teori saya.
Rasanya Proton design model baru ni daripada frame Lancer/Inspira dengan beberapa enhancements. Ada few similarities yang saya kesan (atau mungkin saya yang perasan). Antaranya ialah chassis, paddle-shift, boot space dan tyre lock-nut.

Sekali pandang, itulah seorang layman macam saya nampak. Walau apapun asal-usul dan hasilnya kelak, selamat maju jaya saya ucapkan kepada Proton!

Friday, March 9, 2012

PRESSURE

Ada orang pernah kata, "Kerja ni kena ada pressure, kalau takde pressure tak syok".

Memanglah ada benarnya. Kadangkala. Tapi kalau pressure yang jenis bahalul, atau saja-saja dibuat pressure, itu dah bukan lagi syok tapi dah jatuh bongok.

Aku ada satu prinsip dalam kerja. Kita perlu sentiasa cuba mencari jalan untuk memudahkan (proses) kerja supaya perkhidmatan lebih efisyen dan lebih efektif. Benda yang mudah janganlah dibuat jadi susah.

Dengan itu, barulah kita ada masa untuk memikirkan lebih banyak idea untuk mengoptimumkan performance organisasi. Tak gitu En. Najwa Aiman?

Tahukah anda bahawa terdapat kajian mengatakan kita boleh mati akibat berkerja dengan orang bangang (working with idiots can kill you)?

Tuesday, March 6, 2012

NILAI

Dalam perjalanan pulang ke rumah petang semalam.

Mikael: Kita nak pegi mana ni bapak?

Bapak: Pegi mana? Balik rumahlah.

Mikael: Buat apa balik rumah?

Bapak: Buat apa? Balik rumah, makan, tido lah. Kenapa? Awak nak pegi mana?

Mikael: Pegi Tesco.

Bapak: Pegi Tesco? Ada apa kat Tesco tu?

Mikael: Kat Tesco ada Nilai.


Kepada pihak Tesco, sila bayar promosi ini.

Kepada pembaca, maksud Mikael sebenarnya ialah, kat Nilai ada Tesco. Samalah juga maksudnya macam kat Alamanda ada Carrefour, kat Keramat ada Jusco dan kat kedai red lion (Great Eastern Mall) ada kedai giraffe (Toys R Us).

Sekian, terima kasih.

Monday, March 5, 2012

RUMPUT

Aku ingat nak bela lembu atau kambing lah kat luar pagar rumah. Rumput dah panjang tak potong-potong lagi. Kalau ada haiwan peliharaan yang makan rumput, boleh jugak diorang tolong makan rumput yang panjang tu.

Err... kalau nak bela lembu atau kambing kat kawasan perumahan kena mintak permission MPKJ ke ah?

Wednesday, February 29, 2012

SAJE

Sempena tarikh tahun lompat yang empat tahun sekali ni, sajalah saya nak ada entri walaupun takde isi huahahaha...
Sekian, terima kasih.

Wednesday, February 8, 2012

KIDDO

Saya dianugerahkan saiz fizikal yang boleh dikategorikan sebagai petite dan wajah awet muda selain sentiasa kacak dan bergaya. Period.

First impression manusia-manusia yang baru pertama kali bertemu dengan saya biasanya akan ingat saya ini budak 20-an. Kelakar jugak, lebih-lebih lagi bila tiba musim saya rajin untuk mencukur licin facial hair saya.

Ini ada satu kisah berkaitan mukadimah saya. Cerita berlaku masa saya diarahkan untuk menghadiri Young Executive Seminar (YES) 2011 di PWTC. Ya, even bos saya pun tertipu dengan wajah awet muda saya muahahaha.

Anyway, biasalah bila pergi seminar nih mesti ada kenal-berkenalan, borak-berborak dan of course makan-makan. Satu yang obvious ialah majoritiy of the participants adalah below 30's or maybe 25's. Iyelah, dah namanya pun Young Executive Seminar kan?

Barulah si Aiman ni masuk cerita. Dia ni duduk sebelah saya dalam salah satu session. Budak lagi, barely 23 kot? Lepas sesi cakap-cakap habis, sesi makan pulak. Again, saya duduk semeja dengan dia dan geng-geng yang lain. Kat table tu salah sorangnya ialah organizing committee. Brader-brader punya type lah.

Brader organizer tanya saya soalan lazim ice-braking seperti keje kat mana? Dah berapa lama? Buat keje apa? etc etc. Bila gua bukak mulut cerita experience keje gua semua, si Aiman ni dah ter-lopongiseng (terlopong).

Hehehe... saya perasan dia terkejut, lebih confirm lagi ialah bila dia tanya, 10 tahun keje ke campur belajar sekali? Apa barang punya soalan nih? Belajar tu belajar lah, kerja tu kerja lah. Hehehe saya gelak eksyen lagi sambil menjawab dah 10 tahun kerjalah. Terus dia tunduk tak banyak cakap lagi dah. Segan barangkali. Sebelum tu bukan main pung-pang-pung-pang lagi bersembang.

And here is the kicker. It happenned that kawan sebaya si Aiman ni ada join salah satu program pengajian di tempat keje gua. Based on the intake batch he mentioned, tidak syak lagi memang gua lah yang proses admission kawan dia tu hehehehe.

Saya rasa mesti si Aiman tu ingat saya ni baya-baya dia je agaknya masa mula-mula jumpa tadi. Haaa... betul tak saya cakap dalam perenggan mukadimah entri ni tadi?

Itulah saja cerita saya. Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 31, 2012

TREADMILL

Apa tujuan wujudnya prosedur?
Apa tujuan wujudnya aliran kerja?
Apa tujuan wujudnya proses urus tadbir?
Apa tujuan diletakkan manusia yang diamanahkan untuk menjaga semua di atas?

Sekarang saya hanya ada satu jawapan saja. Begini bunyinya:

Rules are meant to be broken.
The person placed to ensure the compliance of rules are scapegoats.
Out of these two, miracles are expected from it in order to improve our quality of deliveries.

Godspeed.

Tuesday, January 24, 2012

CURIK

Gua curik-curik bogging je nih, padahal bukannya ada benda nak update pun hahaha...
Di kesempatan ini saya ingin menujukan ucapan kombo yang berbunyi:
1. Selamat Tahun Baru 2012
2. Selamat Tahun Baru Cina

Jangan cuba nak tanya hal kerja. Tak habis-habis. Begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampos.

Gute nacht!

Sunday, January 15, 2012

COBA

Gua tengah mencoba je nih.
Masih lagi jakun dengan keupayaan talipon pintar.
Sekian, terima kasih.