Tuesday, March 31, 2009

LIVE FAST, DIE YOUNG

Live fast, die young.

Aku pernah nampak tagline ni kat t-shirt sapa ntah aku pun tak ingat. Dan aku pasti korang pun pernah nampak tagline ni kat mana-mana yang tak semestinya kat t-shirt mamat yang aku nampak tu.

Am I living too fast? I don't know. But things are moving very fast in my life right now. I only have one brain, one body, a pair of hands and legs to cope up with my so called "fast life" now. Too many things to do with too little time. I don't want to die young.

Live fast, die young.
I hope this saying is very very wrong.

Friday, March 27, 2009

Wednesday, March 25, 2009

MESYUARAT

Aku duduk sebelah Halimi dalam mesyuarat tadi. Gampang lama mesyuarat tu. 3 jam! Haa... korang pernah mesyuarat sampai 3 jam? Tapi rekod aku kat sini pernah lebih daripada 3 jam tu. Fuh.



Halimi adalah yang paling pening dan paling banyak kerja untuk Hari Terbuka nanti sebab dia Pegawai Pentadbiran. Habis satu kampus ni diletakkan di bawah pentadbiran beliau. Hahaha... nasib baik aku tolak jawatan tu dulu. Beriya benar bos aku offer jawatan tu kat aku sebelum Halimi masuk. Aku dah tau dah penyakit duduk kat tempat Pegawai Pentadbiran tu, sebab tu aku tolak awal-awal. Tapi, sampai sekarang Halimi tetap tak kurus pun?

Aku dan Halimi suka duduk sebelah-menyebelah dalam mesyuarat ni untuk mengendurkan keadaan yang tegang ntah hapa-hapa tu. Kebetulan juga kami ditugaskan menjaga portfolio yang sama iaitu sebagai co-ordinator dewan pameran. Kami juga gemar buat lawak bangsat untuk menghilangkan kebosanan mesyuarat sesama kami.

Seperti biasa, banyak benda yang Halimi kena buat. Itulah, inilah, begitulah, beginilah dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba pengerusi mesyuarat tanya,
"Amacam Mi(nama manja Halimi)? Boleh ke semua ready hari Khamis nanti?"

Halimi menjawab selamba,
"Tengoklah, insyaallah kalau saya tak datang bulan hari tu, bolehlah kot".

Halimi sebenarnya ialah seorang lelaki normal yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak. Dan itu adalah lawak yang paling bangsat dan tak kelakar pernah aku dengar seumur hidup aku.

Monday, March 23, 2009

JAHANAM

Lagi-lagi kau tanya aku.
Lagi-lagi kau tanya aku.
Aku ni macam jawapan FAQ (Frequently Asked Question) kau ke?

Jawapan yang kau cari ada sebenarnya.
Ada dalam kepala hotak kau.
Tapi kau taknak mencari.
Kau taknak bertanggungjawab.
Tidak kepada jawapan itu.

Habis?
Aku yang kena bertanggungjawab?
Mana kau belajar semua itu?
Sebab aku taknak belajar di situ.
Dan aku takkan benarkan anak aku belajar di situ.



Pergi jahanam sama engkau.

Friday, March 20, 2009

SAMPAI SEKARANG

Ada sesetengah benda yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari aku yang aku tak berapa nak paham sampai sekarang. Antaranya:

1. Kenapa dalam tandas awam, ada orang flush sebelum kencing. Oklah, nak bersihkan mangkuk tandas yang kotor barangkali. Tapi, lepas dia kencing, haram tak flush. Bukan ke sepatutnya, lepas guna kena flush? Barulah mangkuk tandas tu bersih, kan?

2. Ada sesetengah orang, time khutbah Jumaat bersembang-sembang bukan main rancak. Tak pun, melepak makan cendol kat luar pagar. Orang qamat baru menggelabah nak gerak pegi masjid. Bukankah khutbah itu sebahagian dari solat Jumaat?

3. Kenapa ada sesetengah kereta meluncur laju macam ribut di lane kanan dan bila sampai tol menggelabah nak pancung ke lane paling kiri lalu menyusahkan orang yang nak masuk lane Touch n Go dan Smart Tag?

4. Kenapa tak check dulu balance duit dan power bateri Smart Tag anda sebelum memasuki lane Smart Tag lalu menyusahkan orang di belakang yang kena reverse untuk ke lane sebelah?

5. Kenapa ada sesetengah orang kita suka nak menyusahkan perkara yang mudah dalam ajaran Islam sehingga membebankan? Contoh terbaik dan termudah ialah urusan perkahwinan. Berapa dulang hantaran, berapa duit hantaran dan tema warna majlis yang lebih disibukkan berbanding benda yang wajib iaitu bernikah.

Skarang dah pukul 1 tengah hari. Kenapa aku tak gerak lagi untuk sembahyang Jumaat? Hah, nak gerak lah ni... hehehe.

Thursday, March 19, 2009

MUZIK YANG BERDIKARI

Sejak kebelakangan ni, banyak betul band-band dan individu berdikari (independent) yang tiba-tiba menjadi sebutan di arus perdana (mainstream). Malah, semakin popular juga lagu-lagu mereka di radio dan tv. Antaranya ialah Hujan, Meet Uncle Husain, Estrella, Bittersweet, Laila's Lounge, Butterfingers, Pesawat, Grey Sky Morning, Bunkface, Estranged dan macam-macam lagilah. Yang terbaru dan menarik muziknya di halwa telinga aku sekarang ialah, Yuna.


Hujan. Gambar dipinjam dari http://hujankeuk.blogspot.com/

Mereka bukan baru. Cuma baru dikenali di arus perdana. Baru diberi pendedahan oleh media. Kenapa? Mungkin media dan orang industri mainstream baru sedar akan kehadiran mereka ini ataupun dulu buat-buat tak sedar. Ini pendapat aku. Mereka-mereka ini (indie band) telah pun bermain muzik di gig dengan berbekalkan muzik yang dicipta dan direkod sendiri.

Pada aku, mereka semua berbakat. Masing-masing ada "signature" dalam muzik yang mereka bawakan. Malah, berani aku katakan bahawa kebanyakan band-band ini sebenarnya jauh lebih berbakat daripada yang sedia ada dalam mainstream. Bukan maksud aku semuanya tak bagus dan tak berbakat dalam mainstream. Jangan nak gosipkan statement ni pulak. Ini pendapat aku.

Tidak dinafikan bahawa kemenangan Estranged pada Anugerah Juara Lagu 2007 yang lalu sebenarnya menjadi pembuka mata untuk orang kita bahawa independent musician di negara kita sebenarnya berkualiti. Lepas tu Meet Uncle Husain pulak menang. Kenapa? Kerana mereka (independent musician) sebenarnya adalah nafas baru industri muzik negara kita. Ini juga pendapat aku.

Selama ini kita dok puja artis seberang (Indonesia) sampai sponsor pun liat nak sponsor artis Malaysia untuk show atau konsert. Macam best sangat semua yang datang dari sana. Kita sebenarnya tidak mahu mengaku kebolehan dan taknak bantu orang kita sendiri. Masalahnya mereka bagus dan berbakat. Kenapa tak bagi peluang?

Dan sekarang aku rasa ini tidak akan menjadi masalah besar lagi (harap-harap) di masa akan datang kerana pendedahan yang semakin meluas oleh media (nampak gayanya lah). Ingat, mereka juga punya followers yang ramai. Kalau ada showcase, biasanya fullhouse. Apa? Tak cukup untung ke kalau sponsor?

Oleh itu, sokonglah scene music kita. Show your support by purchasing their EPs or albums so that they can produce more good music for us. Takyah buang duit nak undi peserta program-program realiti sebab yang menang belum tentu bagus dan yang tak menang tak semestinya tak bagus, kan? Ini juga pendapat aku.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 18, 2009

B4

Di suatu petang Jumaat yang tak berapa hening, kami semua diarah ke dorm B4. Ia terletak di Blok B. Aku pada ketika itu menginap di A5. Blok dan bilik yang bertentangan tepat dengan B4. Takde masalah. Senapas je dah sampai. Tapi aku kesian pada kawan-kawan yang menginap di blok lain. Kebarangkalian untuk mereka lewat tiba amatlah tinggi. Kalau lambat, dah tentu kena.

Kami yang sudahpun berkumpul dalam B4 masing-masing dalam kekeliruan. Pada masa yang sama kedengaran bunyi tapak kaki larian kelam-kabut di tingkat bawah menaiki tangga. Kawan-kawan aku lah tu.

B4 ialah dorm senior yang paling digeruni pada masa itu. Barangsiapa yang dipanggil ke B4 pasti nahas. Tak kiralah kena pow ke, kena kemas bilik ke, kena picit badan senior ke, kena hantar makanan ke atau apa-apa sahaja arahan yang menyakitkan hati. Kami tidak boleh melawan kerana kami Form 1 dan mereka Form 5. Kami kecil dan mereka besar. Kami takut dan mereka berani. Pada masa itulah.

Di dalam B4 kami disuruh beratur. Semua kami satu batch disuruh beratur dalam dorm itu. Tiba-tiba soalan dari Gayah (salah seorang senior yang amat digeruni namun dia adalah star main bola & ragbi) berbunyi,

"Siapa monchoi (mengadu) kat HM (HeadMaster) Form 5 anor (isap rokok) dalam tren ke Selatan?"

"Baik korang mengaku!" bentaknya lagi.

Kami semua terpinga-pinga tidak tahu nak jawab apa. Aku lagilah tak tau langsung. Dah tentu aku naik bas SKS balik KL. Apa barang aku nak naik tren pegi Selatan? Selatan pulak tu!

"Siapa monchoi kat HM mengaku skarang!" ntah sapa pulak bersuara menjerit-jerit.

Dalam masa yang sama ada pulak malaun yang buat-buat terajang locker dan tendang tong sampah. Nak kasi gerun lebih lah konon.

Kami masih bungkam dan ada yang saling toleh-menoleh antara satu sama lain tanda tidak faham dan takut pun ada.

"Kalau korang taknak mengaku, ketuk-ketampi (ear squats) 100 skarang!"

Dan kami pun ketuk-ketampi beramai-ramai. Sesi soal-jawab di atas berlangsung entah berapa lama dan masih tiada jawapan. Dan menurut perkiraan aku adalah sekitar 450 kali kami kena ketuk-ketampi. Namun, sampai ke sudah mereka tidak tahu siapa yang monchoi kat HM.

Bosan dengan ketiadaan jawapan, maka kami disuruh balik dengan cara BERJALAN ITIK sampai ke dorm masing-masing. Gampang betul arahan tersebut. Sekali lagi aku kesiankan kawan-kawan aku yang duduk di blok lain. Dahlah jauh. Kena turun-naik tangga lagi. Gampang sungguh mereka itu.

Dan pagi esoknya, aku rasa kaki aku macam diikat dengan seekor lembu setiap satu. Sakit nak berjalan dan turun-naik tangga toksah cerita.

Tuesday, March 17, 2009

APA JADI?

Israel serang Palestin. Banyak kematian insan tak berdosa. Ada yang kata genocide, holocaust, massive killing dan semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama iaitu pembunuhan dan kematian.

Seperti biasa, bila berlaku sesuatu berkaitan kekejaman Israel, orang kita mula melaungkan kempen memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel. Pengeluar produk-produk yang diboikot ni menyumbang kepada pembunuhan di Palestin katanya. Macam mana tu? Melalui penyaluran dana keuntungan menjual produklah. Ooo...

Kita memang tak boleh nafikan bahawa Yahudi yang mengawal ekonomi dunia dan tidak keterlaluan jika aku katakan mereka yang mengawal dunia hari ini (bukan dalam konteks Pencipta). Kebanyakan perkara yang kita guna, tonton, puja dan dengar adalah ciptaan Yahudi. Nak buat macam mana? Dah memang mereka dikurniakan kecantikan dan kebijaksanaan akal sejak azali lagi.





Berbalik kepada boikot. Aku terus-terang cakap memang seorang penggemar tegar McDonald's dan Starbucks Coffee. Alah, ada antara korang pun sama kan? Jangan nak bohonglah. Namun, alhamdulillah hingga ke hari ini, aku rasa dah ntah berapa bulan aku tak jamah burger McD dan kopi Starbucks. Sticker VIP Drive-Thru McD pun aku dah cabut dari windshield kereta aku.

Aku serius memboikot dua produk nih sebab rasanya ini saja yang termampu aku lakukan buat masa ini. Korang macam mana? Boikot serius ke boikot-boikot ayam?


Nota: Rasanya aku OK je tak makan kat McD atau minum kat Starbucks.

Monday, March 16, 2009

SAY NO MORE



Aku teringat satu mamat kat opis aku baru-baru ni kutuk Liverpool main macam budak skolah katanya. Aku cuma tersengih sebab aku tau I'll Never Walk Alone. Dia fanatik Manchester United.

Aku tak sabar nak jumpa dia hari ni.

Thursday, March 12, 2009

JEBAT

Masuk! Masuk!
Yang belakang tu rapat lagi! Rapat lagi!
Tolong buat 2 baris!

Ting!

Bangkok Bank! Bangkok Bank!
Bangkok Bank turun sini!
Bangkok Bank turun sini!

Masuk! Masuk!
Yang belakang tu rapat lagi! Rapat lagi!

Aku mula cemas memikirkan cara untuk mengesot keluar dari posisi tempat duduk paling belakang. Jebat sudah mula nak bergerak. Alamak, macam mana nak turun ni? Kena bayar tambang sekali lagi ke?

...

Wednesday, March 11, 2009

TENTANG KUASA

(Sila baca entri ini dalam nada serius)



Kita boleh salahkan pemimpin politik yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik, tidak membawa suara rakyat ke tengah dan tidak mengendahkan keluhan rakyat kerana kita yang memilih mereka untuk menjadi pemimpin dan tidak lupa memberi mereka kuasa (authority). Memang sesungguhnya, kita berhak mempertikaikan kredibiliti kepimpinan mereka.

Bagaimana pula jika pemimpin sedia ada yang melantik pemimpin baru. Bukan dibuat dengan suara rakyat. Dibuat atas dasar kegemaran pemimpin. Dah tentu mereka juga dilantik berserta dengan kuasa. Tetapi bezanya, mereka tidak perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik, tidak perlu membawa suara rakyat ke tengah apatah lagi mengendahkan keluhan rakyat. Tapi mereka diberi kuasa. Ada kredibiliti atau tidak, mereka tetap mempunyai kuasa.

Apa pula nasib rakyatnya?

Jujur dan jelasnya, tidak bernasib baik.

Lebih memalukan apabila mereka ini seperti menjadi semakin taksub akan kuasa yang diberi. Mereka fikir mereka sudah above the law. Mereka fikir mereka boleh buat apa mereka suka dengan kuasa yang ada. Don't let me start with "lead by example" or "a leader should be a role model".

Lebih menjengkelkan, rakyat tidak akan boleh memilih pemimpin baru walaupun sudah beberapa penggal datang dan pergi tidak seperti kita berhak memilih pemimpin politik. Malah, jika didongak ke atas lagi, kotak dangkal pemikiran mereka berbunyi, mereka yang sudah di atas mana mungkin turun ke bawah? Tetapi terma itu hanya sah untuk yang paling mereka gemari sahaja. Yang mereka tak berapa nak gemar sewenang-wenang dinyahkan.

Ya aku tahu memang semuanya begitu. Tetapi, cukup-cukuplah menunjukkan kedangkalan fikiran tu. Cubalah melihat dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh.

Adakah mereka ini sedar bahawa tanpa komitmen rakyat jelata marhain ini mereka tidak akan boleh ke mana? Tidakkah mereka juga sedar bahawa mereka dengan pantas boleh tumbang jika rakyat jelata marhain ini sudah tidak berminat lagi memberikan komitmen?

You are most appreciated when you are gone. Be gone and let them learn the lesson in a hard way.

Gone where? Tsk...

KAU INGAT KAU SIAPA?

Suka hati nak suruh-suruh orang.
Kerja yang bukan kerja aku.
Pada aku, kau umpama anjing yang hina.

Aku tak suka engkau.
Aku sangat benci engkau.
Aku harap kau akan rot in hell.
Aku harap kau akan dibalas setimpalnya oleh Tuhan.

Jangan sampai aku jadi kurang ajar.
Jangan sampai aku maki-hamun kau 24 jam sehari.
Jangan sampai aku ludah muka engkau.

Kau ingat kau siapa?


Nota: Astaghafirullah

Tuesday, March 10, 2009

SIMPANG

Depan itu
menanti simpang
yang harus dipilih
antara cabangnya

Di sini
terbuku dilema
yang belum terlerai
dari kusutnya

Belakang itu
pelbagai jiwa
yang amat mengasihi
hebat cintanya

Namun aku
masih di sini
setia berfikir
di simpang itu


Nota: Sila dengar lagu Persimpangan - Wings/Teori Domino untuk mendapat feel

Tuesday, March 3, 2009

MASIH ADA

Dalam ini
ada jiwa
Jiwa yang goyah

Goyah itu
ada semangat
Semangat yang kuat

Kuat ini
ada pintar
Pintar yang bungkam

Bungkam itu
ada tanda
Tanda yang dalam

Dalam ini
masih ada

Monday, March 2, 2009

HILANG PENAT

Kebelakangan ni badan aku semacam tak cukup rehat je rasa. Pantang bertemu bantal, tidur pasti datang menyambut.

Bila dipikir balik, memang penat badan aku ni barangkali. Apa tidaknya, pagi-pagi buta dah kena bangun. Kena keluar rumah seawal 645 pagi. Lambat, traffic jam macam setan kat Jelatek. Aku biasanya akan sampai ofis tatkala warga kuarters pun masih belum sampai. Sengal.

Petang jam 6 petang mesti gerak balik walaupun aku sepatutnya boleh balik jam 515 petang. Tak ada maknanya keluar ofis time tu. Lagi sakit jiwa. Dari Komuter UKM ke roundabout tol Bangi mau setengah jam! At least kalau aku keluar pukul 6 petang, 15 minit dah sampai. Kenapa? Rush hour barangkali. Tapi, tak pernah nampak pulak Jackie Chan kat situ, e'eh.

Sampai rumah dah maghrib. Bergurau-senda dengan anak, makan, basuh botol susu, baca paper, bergurau-senda dengan anak, dah pukul 1030 malam. Waktu tidur.

Tapi, semalam aku baring sebelah Mikael. Dan tertidur. Rasanya aku berdengkur. Sayup-sayup aku terdengar Mikael meng'agah' aku. Nak ajak bergurau agaknya.


Dan letih aku serta-merta hilang melihatkan wajah comel itu.