Aku dengan Raddy dulu memang sahabat baik sejak dari belum akil baligh. Macam mana boleh sahabat baik? Aku pun tak berapa ingat. Kitorang memang into kerja-kerja melukis nih. Kira, kalau orang tanya hobi, kami akan jawab melukis dan bukan mengumpul setem atau makan Super Ring.
Kelas Pendidikan Seni memang yang paling digemari. Orang lain pakai watercolor cap Panda, kitorang pakai poster color cap Buncho yang dalam botol tu. Hah! Yang paling artist lah dalam kelas 6 Bakti itu jam. Padahal takdelah hebat sangat pun, gaya mesti gempak.
Kalau pihak sekolah nak lukis mural pun nak suruh kitorang. Ingat best ke melukis kat dinding? Lukis benda bukan-bukan pulak tu, carta pendidikan hape ke jadah ntah. Penat mendongak siol. Pakai berus kecik, bila nak sudah?
Raddy suka lukis kartun dan aku jugak suka lukis kartun. Raddy ajak pergi Creative Enterprise. Ala, yang buat majalah Gila-Gila, Bambino dan novel-novel tebal macam Kamus Dewan tu. Creative Enterprise letaknya di Bangsar. Jauh tu dari Keramat. Kena naik dua bas. Memula Bas Sri Jaya sampai Chow Kit, pastu Bas Mini sampai Bangsar. Rel LRT belum ada itu jam. LRT tu hape pun kitorang haram tak tau.
Sampai Bangsar mesti beli air botol Kickapoo dulu. Mendaki tu nak sampai Creative Enterprise punya ofis. Kitorang berbengkel dengan Rejabhad (arwah). Aku bukan fan sangat pun pakcik nih. Kartun dia tak cantik. Tak sebest kartunis Ujang, Kulat atau Li. Tapi dah dia sorang je sanggup nak ajar budak-budak mentah macam kitorang nih melukis kartun, aku pun on je lah. Nasib baik free.
Pak Jab ajar segenap aspek melukis kartun. Kitorang start dengan kartun 1 kotak. Asas katanya. Idea, karekter, kedudukan kotak dialog dan lain-lain yang aku sebenarnya dah tak ingat. Kitorang kena draf pakai pensel pastu baru trace dengan pen melukis. Huih, itu jam pakai pen DR. Waterproof tu! Kira kalau air liur kelekaan menitik atas drawing masa melukis takde hal lah. Kat Central Market je ada jual pen nih, ke kitorang je yang tak tau kat mana tempat lain nak carik pen ni.
PILOT Drawing pen DR
Dan selama ntah berapa lama aku dan Raddy ke bengkel Pak Jab, hanya satu je kartun aku yang keluar Gila-Gila. Ada aku simpan, nanti bila senang aku scan nak eksyen kat korang. Dalam masa itu juga, dapat jugaklah kitorang autograf kartunis-kartunis pujaan kitorang tu. Perasaan yang paling best dalam dunialah masa tu. Boleh eksyen kat kengkawan.
Nota: Sampai sekarang aku guna pen DR untuk melukis. Lukis apa jangan tanya!
Thursday, January 22, 2009
CREATIVE ENTERPRISE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Arwah Pak Jab tu ramah orangnya kan? BTW, lekas2 sket scan kartun tu. Wa tak tau pun lu punya kartun masuk situ beb! Ni mesti keluaran selepas 1990 punya ni. Patut le aku tak tau sebab lepas 1990 wa dah stop beli Gila-Gila. Dah rasa tak best macam zaman ada kartunis Don yang femes dengan Pendekar Mato Tige tu. Wa minat banget kartun tu!
wuish, citer lama ni, ni citer zaman baru lepas bersunat nih.. malu siott.. hehehe.. skang aku dah tak pakai dah pen Dr tuh.. mahal!!hehehe..
najwa: alah kartun satu kotak kecik je. nanti gua percepatkan usaha meng'scan' artwork gua yang terpublished tu insyaallah. tahun bila punya keluaran gua tak pasti.
raddy: hahahaha those were the days...
itu kira artwork master piece tuh...
mohamadkholid: masterpiece? dak aih... master of puppet je. kehkehkeh... terima kasih kerana menjenguk.
thx pye sb share cite zaman muda2 korg.. kalau u x cite, mesti smpai skrg i x tahu yg raddy ada bakat terpendam..hehe..or bakat terpadam??
wife raddy: kehkehkeh... we guys do have our best-kept secrets macam korang heheheheh... and for the record, bakat tu tak terpadam, dia cuma dah evolve jadik bakat lain pulak...
Post a Comment