Thursday, December 30, 2010

ESOK CUTI



Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya.
Selamat bercuti saya ucapkan kepada rakyat Malaysia.


Nota: Kepada Norshahrul Idlan (jersi no.9), selamat berbulan madu.

Thursday, December 23, 2010

TELEFON BIMBIT



Dewasa kini, telefon bimbit atau henfon dilihat sebagai satu barang keperluan dan bukan lagi barang mewah. Budak-budak sekolah pun dah pandai pakai henfon sekarang nih. Itu mak-abah diorang punya hal lah, aku taknak ambik pot. Hak masing-masing.

Henfon juga boleh didapati di banyak tempat daripada semurah-murah harga, hinggaah ke sebapak-bapak mahalnya. Again, sukatilah siapa nak pakai henfon yang berapa harga pun. Hak masing-masing.

Dalam pada itu, mungkin ada yang tidak tau atau taknak ambik tau perihal etika penggunaan henfon ini. Bila kita kata etika menggunakan henfon ada pula yang bertanya, "Ada ke etika menggunakan henfon?". And worse still, "Etika tu apa?". WTH? (Where's The House?).

Antara etika-etika yang biasanya kita abaikan atau tidak sengaja abaikan ialah:
1. Silent/Off henfon masa meeting dan solat.
2. Texting while riding or driving.
3. Pasang volume ringtone sekuat-kuat alam dengan ringtone yang annoying ya amat.
4. Dengar lagu guna speakerphone instead of pakai earphone di tempat awam.
5. Sewenang-wenangnya memberi nombor henfon kepada ntah sapa-sapa tanpa meminta kebenaran daripada tuan punya badan.

Aku nak fokus yang nombor 5.

Ini memang satu kepantangan yang aku tak boleh tolerate. Pada aku, henfon aku ialah barang untuk kegunaan dan urusan personal aku. Nak cakap hal kerja/pejabat, sila talipon pejabat, dalam waktu pejabat. Panggilan hal kerja/pejabat yang tersangat urgent di luar waktu pejabat daripada bos saja yang wajar dilayan, sepatutnya.

Lainlah kalau henfon kita di sponsor oleh pejabat, maka tak boleh tidak, kita perlu menjawabnya walaupun kita sedang gigih memerut tatkala itu, kan?

Yang passing nombor henfon orang sesuka hati tu satu hal. Yang mintak tu pun satu hal. Dah dapat, main suka-suka je nak talipon orang tanya hal kerja/pejabat pada waktu happy hours kita dengan family. Oi, pakai otak sikit bolehkah? Dahlah kau ni ntah sapa-sapa, talipon pulak time-time maghrib tak pun time orang tengah tengok CSI:Miami. Tak wajar ke aku membenci tindakan mereka yang umpama keldai? Kena pulak benda yang ditanya adalah benda yang tidak kritikal, yakni talipon kat opis esok pun bolehlah woi... takyah nak call orang malam-malam sangat. Blaadiful.

Namun sakit hati aku tetaplah kepada punca perkara tersebut - si gampang yang bagi nombor henfon aku sewenang-wenangnya kepada any Tom, Dick and Harry atas dasar kerja katanya. WTF? (Where's The Funfair?).

Sila hormati privacy orang sekeliling anda. Always ask the person's approval before you tend to disperse any of their information to others or strangers especially. Benda-benda rasional macam ni bukan perlu pakai banyak tenaga atau IQ nak pikir pun, kan?


Nota: Adakah balik kerja lambat itu bagus atau tidak bagus? Ada dua perspektif.
1: Ada kata bagus sebab itu menunjukkan betapa komitednya seseorang itu kepada kerjanya.
2: Ada kata tak bagus sebab itu menunjukkan kelemahan seseorang itu menyudahkan kerjanya dalam waktu kerja.
Korang pilihlah.

Tuesday, December 21, 2010

KEDAI MAKAN ARJUNA

Bungkus ye, bagi saya nasik goreng kampung dua, daging masak merah satu, sup sayur satu. Minum sini, teh o ais.

Sambil-sambil minum dan pekena rokok sempat jugak gua usha gerai nasik lemak si Arjuna nih. Tak cukup-cukup memasak kat dapur dalam kedai, kat luar ni siap naik kanopi kecik jual nasik lemak pulak. Jenis lauk goreng on-the-spot, panas-panas. Cepatlah brader Arjuna ni pegi haji nampak gayanya.

Nampak macam menarik jugak nasik lemak tu. Orang tak putus-putus datang beli. Mesti sedap. Next time bebeh, gua kata dalam hati.

Brader cashier muka tension datang bagi bungkusan makanan. Boleh tahan lembab. Gua bayar, gua balik.

***

Loh! Mende nih? I order nasik goreng kampung, apasal jadi nasik putih kampung pulak nih?

You dah lapar sangat ke? Tak, jawab bini gua.
Jap, I nak pegi balik suruh dia goreng.
Gila? Gua dah bayar untuk nasik goreng kampung nih. Kalau nasik putih baik gua suruh Mikael je yang masak. Nasib baiklah dekat jugak kedai tu. Cinabeng punya Arjuna.

Dalam keta gua dah standby glove tinju kalau-kalau brader cashier muka tension tu cuba berdolak-dalik dengan hal yang baru berlaku ni.

***

Hah? Ye ke? Alamak, sori bang. Diorang terlupa la nih. Tunggu kejap ye bang.

Pelan-pelan gua sorok glove tinju gua bawah meja sambil buat-buat nyala rokok.

Friday, December 17, 2010

TRA... LALALALA



Life is full of surprises. Indeed.
I just received one today.
Alhamdulillah.

Wednesday, December 15, 2010

SELUAR KATOK

Gua ingat bila-bila esok gua nak jumpa satu Menteri ni lah. Harap-harap dia boleh benarkan gua melawat Parlimen. Kalau dia approve, gua cadang nak pakai baju Batman, seluar katok dan Crocs je. Amacam? Ok tak gua punya cadangan dressing? Alah, gaya biasa gua pegi melepak kat kedai mamak dengan Raddy je.

Wednesday, December 8, 2010

KE DEPAN LAGI

Selamat tahun baru kepada yang menyambutnya menurut kalendar Hijrah. Mengaku sajalah, kita tak sambut tahun baru Hijrah ini semeriah kita menyambut tahun baru kalendar Gregorian, kan?

Bila tiba tahun baru ni, orang biasanya bercerita pasal azam. Klise bukan? Azam pula biasanya hendak menjadi lebih baik daripada dulu. Ini juga klise bukan?

Namun, dalam segalanya berkaitan tahun baru itu adalah klise pada pandangan mata kita, masih ada juga yang "cuba tanpa mencuba" untuk menjadi tidak klise yakni tidak mahu berubah. Mereka definisikan diri mereka sebagai istimewa. Tapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa mereka ini stagnant, stationary dan idle.

Masih lagi gemar "berbual secara rasmi" berjam-jam tanpa efektif.
Masih lagi gemar minta petang ini jam 530 untuk kegunaan esok jam 9 pagi.
Masih lagi percaya bahawa menyelesaikan hal pada minit-minit terakhir itu hasilnya akan lebih brilliant.
Masih lagi berperasaan bahawa mereka selamanya akan di atas.
Masih lagi sibuk mengusung labu milik Si Luncai ke hulu dan ke hilir.
Masih lagi mereka ini.
Masih lagi.



Kau takkan sampai ke angkasa dengan hanya berkereta lembu!

Wednesday, December 1, 2010

RUMBLINGS

Dalam satu kolam tadahan yang bersaiz biasa, mana mungkin ia boleh menadah lebih? Kalau dah besar itu, besar itu aje lah kemampuan menadahnya.

Hujan batu di negeri sendiri memang lebih elok. Tapi hujan batu ni susah benar nak dijumpai. Nyatanya, hujan batu memang menjadi kegilaan ramai.

Ana Raffali kata ada hujan bunga di Kuala Lumpur. Tapi jujurnya aku lebih gemarkan hujan batu. Alah, korang pun sama dengan aku, jangan nak bohong.

Penat jadi pesawah padi ni sebenarnya. Kita menanam padi macam nak gila, yang kayanya peraih.

Keupayaan akal manusia adalah sangat hebat sebenarnya. Dah banyak kali aku baca bahawa manusia baru hanya menggunakan sedikit saja daripada keupayaan sebenar akal. Sesuatu ujian akal memang jauh lebih hebat daripada ujian memandu.

Bangau dan burung kakak tua memang banyak kat sini. Menjengkelkan.



Kepala segala angkasawan pun ada. Tapi mereka ini lebih gemar ke matahari. Hah? Benar, mereka lebih gemar ke matahari. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada mereka.

Aku pasti korang tak paham satu haram pun mesej entri ni.
Kurt Cobain kata Tidak Mengapa (Nevermind).
John Lennon kata Biarkan Saja (Let it be).

Friday, November 26, 2010

HAI

Hai.
Saya sangat sibuk dewasa kini.
Namun begitu, saya dapati saya semakin kacak saban hari.

Sekian, terima kasih.


Nota1: Jika anda tertanya-tanya ke mana saya pergi tanpa sebarang entri terkini.
Nota2: Jika anda rasa entri ini macam cilaka, ia memang sengaja dibuat sedemikian rupa hahaha.

Friday, November 12, 2010

LAJU PUNYA

1. Mikael terjatuh dari katil akibat melompat-lompat dengan perasaan riang-ria. Kepalanya ada koyak 1 inci. Nasib baik tak dalam. Luka dah baik. Sekarang batuk dan selsema pulak. Semalam muntah banyak gila atas tikar. Demam tumbuh gigi dah nak baik rasanya.

2. Akibat dari perkara 1 di atas, gua terpaksa ulang-alik Keramat-Bangi untuk ke pejabat sebab kitorang letak Mikael kat rumah mak gua. Letih siot travelling.

3. Sekarang adik ipar gua Yom Zuraima sedang bertarung di Labour Room, lapor mak gua sebentar tadi. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan selamat. Gua tau adik gua mesti cemas punya dalam bilik tu. Gua dan mak gua syak kitorang akan bertambah ahli keluarga baru lewat petang ni.



4. Senibina Masjid Besi di Putrajaya memang mengagumkan. Sebaliknya, Haji Tapah di Precint 15 pula memang macam gampang.

5. Gua tak sempat nak godek lagi laptop baru itu ari. Gua punya sibuk mengalahkan Barrack Obama.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 26, 2010

ATAS RIBA


Kali terakhir aku membeli komputer ialah pada tahun 1998 atau 1999 dulu. Heh, dekat 10 tahun tu! Masa tu masih belajar. Desktop PC yang klon. Jenis letak atas meja punya. Masa tu masih mintak duit kat bapak lagi. Masa tu harga sebijik komputer boleh beli dua bijik komputer hari ini. Laptop apatah lagi! Aku bukan beli satu set PC pun sebenarnya, tapi cuma upgrade CPU sedia ada sebab PC lama dah tak mampu nak tampung "kehebatan" kerja-kerja programming dan graphic rendering aku.

Aku bukan PC game addict. Aku cuma main game standard yang ada dalam PC tu je yakni Solitaire dan 3D Pinball. Abis hebat game yang aku install pun masa tu ialah Mortal Kombat 3 (MK3). Diablo ke, Duke Nukem ke, Sim City ke, Daytona ke, memang takde dalam PC aku. Jangan si Fendi (kawan aku), siap beli set stereng dengan pedal untuk main Daytona tu!

Dan aku tak pernah beli atau memiliki PC sejak dari tempoh itu hinggalah ke hari ini. PC bukan keperluan penting pada aku barangkali. Prinsip aku: Kerja ofis buat kat ofis je lah. Kat rumah kalau teingin nak pakai PC, belasah je lah adik aku punya. Aku bukan PC addict pun. Entahlah, dah jelak ngadap PC dari zaman belajar dulu gamaknya.

Namun dewasa kini, keperluan menggunakan PC itu datang kembali. Macam-macam faktor yang mempengaruhi keperluan itu.
Mungkin sebab aku dah duduk sendiri maka tak bolehlah nak belasah PC adik aku. Takkan nak belasah PC si Padil (jiran aku) pulak?
Mungkin juga sebab kadang-kadang Shidah terpaksa bawak balik keje ofis tapi tak boleh nak buat sebab takde PC.
Mungkin juga sebab aku berbulu dengan ofis aku yang suruh buat keje bukan-bukan tapi taknak bagi laptop untuk memudahkan kerja aku. Kemut.
Mungkin juga sebab aku teringin nak menajamkan semula skill photo editing aku.
Ahhh, macam-macam mungkin yang berkemungkinan.

Harap-harap kompeni En. Mohd Dell tidak berbohong apabila mereka memaklumkan kepada aku bahawa PC jenis boleh letak atas riba yang aku order tu akan sampai hari ini.

Gambaran perasaan aku sekarang adalah umpama seorang budak lelaki kecil yang dibawa ke Toys R Us dan dibenarkan untuk memilih sebarang permainan yang aku mahu.
Ya, itulah perasaannya.


Update: Abah saya baru confirm yang laptop saya dah sampai. Yeay!

Friday, October 22, 2010

KACANG BANDUNG



Rasailah kelazatan Kacang Bandung!
Kesedapannya tidak terbendung!



Sila semak sini untuk maklumat lanjut. Semak juga senarai ejennya, eheh.

Wednesday, October 20, 2010

2112 (DUA-SATU SATU-DUA)

Temnelxavac mengaru-garu kepala. Ini tetap perlu dilakukan, getus hatinya. Ini demi keselamatan makhluk Tuhan di Gmordor. Aku bertanggung jawab sebab apa-apa hal aku yang kena tanggung dan aku yang kena jawab. Aku harus segera bawa perkara ini kepada Kumpulan Kakonoiyo.

Aneh sekali apabila Kumpulan Kakonoiyo bersetuju. Aneh adalah merujuk kepada aspek kesediaan mereka untuk dipuji atau dimaki kerana bersetuju dengan cadangan Temnelxavac. Tiadalah pula Temnelxavac ketahui sama ada mereka bersetuju dengan banyak soal atau tanpa banyak soal kerana dia pasti mereka telah berbincang sesama mereka.

Dan Temnelxavac pun membawa pula usul yang telah dipersetujui Kumpulan Kakonoiyo kepada Bepaduvew. Bepaduvew dipertanggung jawabkan pula untuk memaklumkan kepada semua makhluk Tuhan yang paling seksi di Gmordor (dengar: lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi - Mulan Jemila).

Seperti yang dijangkakan, semua makhluk Tuhan di Gmordor memang akan menyampah dan marah. Dan Kumpulan Kakonoiyo dan Bepaduvew lah yang paling hebat dikecam kerana mereka di barisan hadapan. Temnelxavac langsung tidak masuk gambar. Dan beliau didapati masih bebas berkeliaran di daerah Nioshimayasaki tanpa gusar.

Cobaan... kata Kumpulan Kakonoiyo apabila banyak makhluk Tuhan di Gmordor mencemuh. Tak semua orang suka dengan perubahan, kata mereka. Perubahan seharusnya ke arah kebaikan dan bukan keburukan kata Singasongsong, salah seorang rakyat Gmordor yang boleh dikira baru juga mendapat IC Gmordor.

Dalam pada itu, ada juga salah seorang ahli Kumpulan Kakonoiyo yang melatah tak tentu arah. Ah, itu memang lazim beliau. Tiada apa yang menghairankan di situ.

Nirvana kata Tidak Mengapa, kita lihat saja apa keputusan akhir Kumpulan Kakonoiyo pada hari 15 menurut kalendar al-Gnilek. Teruskan atau batalkan.

***

Tidak semua 1 (Satu) itu bagus. Kadangkala 2 (Dua) jauh lebih bagus dari 1 (Satu). Terpulang dari perspektif mana anda melihatnya.

Friday, October 15, 2010

SUP TULANG 101

Entah dari mana Abang Azri boleh dapat ilham dengan konfiden mintak tolong kitorang masak sup tulang untuk majlis aqiqah cucunya, aku pun tak tau. "Kitorang" adalah merujuk kepada jiran-jiran sepakat membawa berkat beliau.

Dan berkumpul lah aku, Shamsul, Midi, Halim dan Padil sekitar petang sebelum Maghrib di rumah Abang Azri. Masing-masing memang tak cukup atau mungkin takde ilmu langsung dalam hal-ehwal memasak sup tulang nih. Melantak sup reti lah. Pun begitu, kami tetap buat-buat reti, berkat kerajinan menonton channel AFC selain rancangan masakan chef-chef tempatan.

Rebus daging dulu kasi empuk katanya. Lepas tu tumis bahan-bahan rempah dan masukkan dalam rebusan daging tadi. Aku angguk je lah buat-buat reti padahal satu haram tak tau metodologi sebenar penyediaan sup tulang. Rebus ni mau 2-3 jam katanya. Bila angkat, isi luruh dari tulang barulah ready sup tu. Fuh, macam masak lemang bunyinya. Aku bantai angguk lagi.

Dalam pada itu ada juga idea bernas untuk mencopet sikit isi-isi daging untuk dibuat BBQ. Sambil-sambil tunggu daging empuk, kita mainlah bakar-bakar katanya. Kami sepakat bersetuju. Dan Padil ditugaskan untuk buat marinade daging tersebut sebab dia memang suka hal-ehwal sebegini.

Lepas Maghrib, Shamsul start naik api untuk BBQ. Yang lain-lain mula nak menumis rempah-ratus. Macam-macam fatwa keluar masa nak menumis. Masuk itu dulu lah, ini dulu lah, padahal main belasah je.

Paling best masa masuk biji pelaga. Meletup-letup macam mercun pop-pop. Keadaan panik menyebabkan kami lari bertempiaran sebelum kembali ke periuk untuk mengeluarkan semula sebahagian biji pelaga tersebut. Apa taknya? Api panas bukan main, pastu tuang sepeket biji pelaga. Sukatan pun main belasah je masuk ikut suka. Nasib baik tuan rumah tak nampak, kalau tak mau kena halau balik kitorang.

Si Midi lagi out, kalau boleh semua bahan yang ada nak dimasukkan sekali. Kalau ada lapan peket kayu manis tu, lapan-lapan peket nak dimasukkannya. Gila apa mamat nih?

Si Halim bertugas selaku pengacau tumisan rempah yang jitu. Nasib baik tak bocor periuk si Padil dibuatnya. Takut hangus jadi kerak kat dasar periuk katanya. Aku percaya sebab dia kerja kat MINT (nuklear). Mesti dia dah biasa dengan kerja kacau-mengacau bahan radioaktif. Inikan sup tulang? Heh, apalah sangat?

Yang lain tu tolong-tolong mana reti je lah. "Mana reti" adalah merujuk kepada elemen yang tidak merosakkan sup.

Hang marinade dengan apa daging ni Padil? Hang letak black pepper sekali ka?
Besa lah, garam, kunyit dengan... apa dia tu...
Black pepper?
Bukan.
Habih tu apa? Ni black pepper lah ni kan?
Bukan... alah... apa dia tu...
Lada hitam?
Haaa! Lada hitam!
Black pepper dengan lada hitam tu samalah woi!
Huahahahahaha... (ramai-ramai termasuk Padil)

Daging BBQ tu aku tak tipu, memang rasa arang. Pun begitu, licin jugak kami kerjakan. Tapi rasa sup tulang tu memang tidak mengecewakan. Nak kata sedap sangat tu takdelah, tapi bila makan tu, rasalah macam sup tulang dan tak rasa macam gulai lemak.

Tapi aku percaya, next time kalau kitorang masak sup tulang lagi mesti rasa dia tak sama dengan yang kitorang masak malam tu.

Tuesday, October 12, 2010

ITU

ilmu itu bekal
dangkal itu bebal
depan itu jujur
belakang itu khianat
lawan itu kiri
turut itu kanan
buka itu tipu
tutup itu benar
sorok itu keji
tonjol itu dedah
duit itu raja
fulus itu dewa

nafsu itu nafsu

Friday, October 8, 2010

BOS PRIMIGENIUS


Gambar dipinjam dari sini.


Kenapa tak boleh?
Tak bolehlah... sebab dia sangat suci.
Suci apa bendanya?
Eh, sukahati kamilah nak kata dia suci ke hape.
Itu kamu... kami tak anggap dia suci pun.
Itu kamu... pada kami dia teramat suci.
Tapi ketaksuban kamu telah membawa kepada konflik toleransi.
Kami tak suka kesucian dia dicemari.
Habis tu, sebab kamu rasa dia suci, kami semua terpaksa ikut rasa kamu?
Hormatlah sikit...
Di mana pula hormat kamu?
Beginilah, bayangkan jika kami letakkan dia yang sangat suci bagi kami di sebelah dia yang sangat haram bagi kamu. Apa perasaan kamu?
Kami tidak akan sentuh yang sangat haram itu dan yang sangat suci bagi kamu itu kami teruskan jika tidak ada rasa was-was. Bergantung kepada keadaan.
Apa perasaan kamu jika ia benar-benar berlaku?
We walk away.
Itu kamu, tapi kami tidak mahu walk away. Kami mahu dihormati.
Hormat bukan diperolehi dengan cara begitu.
Itu saja caranya kerana kamu gemar menyisihkan kami yang kecil. Kami cuma perlu menghipnosis ketua kumpulan untuk menyebelahi kami.
Jika kamu berjaya dengan hipnosis itu maka itu adalah antara ketua kumpulan dengan Pencipta.
Tetap, itulah yang akan kami lakukan.
Kamu memang akan berkeras begini selagi kamu belum dibuka untuk menerima cahaya kami.
Tak payah risau, cahaya kami lebih terang dari cahaya kamu.
Terpulanglah. Kelak jika sudah nampak cahaya kami, kita berbual semula.


Nota: Happy birthday John Lennon.

Tuesday, October 5, 2010

GODSPEED



+Godspeed.
+Selamat maju jaya.
+All the best.
+Good luck.
+Semoga berjaya.


Nota: Cilake punya cukai.

Monday, October 4, 2010

KANTOI

1 Oktober 2010 (Jumaat)

SMS1 kepada Ado: Kau ada nak beli kek ke untuk Shidah Ahad ni?
Excerpt: Percubaan melontarkan idea komplot.

SMS2 dari Ado: Tak kot. Bazilah nak buat apa ntah. Aku beli aiskrim je kot.
Excerpt: Penerimaan idea komplot masih samar.

SMS3 kepada Ado: Kalau kau tolong belikan kek boleh? Saja nak surprise. Kalau nyusah, abaikan.
Excerpt: Percubaan mengajak berkomplot.

SMS4 dari Ado: Ok, insyaallah.
Excerpt: Idea komplot diterima. Yeah!

***

3 Oktober 2010 (Ahad) - Beberapa jam sebelum eksesais komplot

SMS1 dari Ado: Salam, makan tengah hari jangan dilupa blablabla...
Excerpt: Peringatan jemputan open house dari adik ipar aku.

SMS2 dari Ado: Salam. Nak tulis apa atas kek?
Excerpt: Pertanyaan tentang komplot kami nak surprise Shidah.

Kedua-dua sms telah dibacakan oleh Shidah semasa aku sedang memandu. Cheh! Komplot lah sangat. Foul.

***

Tulisan di atas kek yang sedap itu:
Kantoi! Happy Birthday Kak Shidah

Nanti tahun depan gua cuba komplot dengan pendekatan yang lain pulak.


Nota1: Ayat-ayat dalam sms telah dibuat beberapa pindaan untuk melindungi fakta-fakta tertentu namun konteks masih kekal.
Nota2: Jangan tanya gua kenapa adik ipar gua dipanggil Ado walaupun nama beliau Khairul Anwar.

Thursday, September 30, 2010

PLEASE

You're paid according to your responsibility.
So please be more responsible.

You're appointed to be a leader.
So please lead like a leader.

You demand respect.
So please gain it.

In case you didn't realize,
we're actually always in the middle.
There's always better.
There's always worse.
No matter what we do.
No matter who we are.
The best will always be the Almighty.
So please live with it.

Because we're just humans.
So please accept the fact that humans make mistakes.
Please admit your mistakes.
Please apologize for your mistakes.
Please learn from your mistakes.

Only then comes a responsible leader.
Only then comes a good leader.
Only then comes respect.

If you ain't human, please deny this.

Wednesday, September 29, 2010

KWIK WAN

1. Kalau betul Forensik PDRM perlu 2 minggu untuk dapat keputusan ujian DNA, maka sudah sampai masanya mereka membeli peralatan ujian yang baru dan lebih canggih.

2. Pengusaha taska yang tak berlesen tu bawak-bawaklah mendaftar dan dapatkan lesen. Dan jagalah anak-anak yang dipertanggung jawabkan oleh ibu bapa itu dengan baik.



3. Apa sudah jadi dengan Lotus Racing sama Proton?

4. Melaka tengah buat kolam anjing laut yang dijangka akan menjadi tarikan pelancong. Huh?

5. Sila faham ini: Yahudi dan Zionis adalah sama tapi berbeza.

6. Dulu masa Carlsberg sponsor Liverpool bos aku yang penyokong MU kata: Selagi Liverpool tak tukar sponsor, selagi itu Liverpool tak boleh menang title. Tapi sekarang Standard Charted yang sponsor Liverpool.

Monday, September 27, 2010

BIAR GAMBAR YANG BICARA


Ini anak saya, Mikael. Kacak bukan? Gambar ini diambil pada 1 Syawal yang lalu. Lantas anda masih tertanya-tanya dari mana datangnya genetik kacak yang ada pada beliau?
Tentulah dari bapanya, jawab saya selamba.


Nota: Selamat Hari Jadi saya ucapkan kepada isteri saya.

Tuesday, September 21, 2010

WORK



Bapak: Tok mana?

Mikael: Work.

Bapak: Opah mana?

Mikael: Work.

Bapak: Nenek mana?

Mikael: Work.

Bapak: Mama Zie mana? (Mama Zie ialah penjaga Mikael di nursery)

Mikael: Work.

Bapak: Ilhan mana? (Ilhan ialah rakan Mikael di nursery)

Mikael: Work.

Bapak: Car mana? (Car ialah kereta mainan Mikael)

Mikael: Work.

Bapak: Mickey mana? (Mickey ialah softoy Mikael)

Mikael: Work.

Bapak: Bapak mana?

Mikael: Work.

Monday, September 20, 2010

MENGEJAR ATAS

Aku menghadapi kesengalan tahap tinggi untuk berkerja selepas cuti beraya seminggu yang lalu. Sengal campur malas memang satu kombinasi yang sangat mantap untuk menjahanamkan kadar produktiviti kerja manusia.

Pembunuhan tycoon usahawan kosmetik negara dan 3 rakannya sebelum Aidilfitri baru-baru ini adalah suatu tragedi dan jenayah yang harus dikeji. Semoga orang-orang jahat tersebut dijatuhkan hukuman yang sewajarnya.

Setakat semalam hanya Memen dan Ado (adik ipar aku) sahaja yang dah datang beraya ke rumah aku. Aku mengesyaki minggu ini rumah aku akan ditandangi para jiran tetangga atau mungkin itu cuma permainan perasaan aku aje hahaha.

Buat julung-julung kalinya En. Afdlin Shauki Aksan membalas SMS Hari Raya aku dan aku berasa sangat terharu walaupun aku tak suka bau gaharu mahupun ikan cencharu.

Aku rasa bersalah dan segan sama Huzaimi dan Alin sebab Mikael telah membuli anak beliau, Audi Maisara semasa kami berhari raya di rumahnya. Maaf zahir batin je lah bro. Boleh tahan jugak anak aku tu rupanya.

Aku tidak bercadang untuk buat open house tahun ini sebab tak larat. Siapa nak datang raya, datang je lah tapi jangan expect dishes yang extravaganza. Namun cadangan ini mungkin boleh dipinda semula jika terdapat permintaan yang tinggi ataupun jika diarahkan oleh pihak atasan yakni para Jedi kami (ibu bapa).

Kemeriahan open house rumah Mak Lang Shidah di Shah Alam semalam adalah mirip kepada kenduri kahwin.

Surprisingly anak aku sukakan kuih semperit yang aku suka. Excellent taste my son, excellent.

Raya tahun depan aku ingat nak beli mercun roket sekotak lah. Itupun kalau boleh dapat stok.

Akhir kata, selamat kembali ke alam nyata saya ucapkan.

Friday, September 17, 2010

NOTA KECIL

Do you know what I miss most this year of Raya?
Yasmin Ahmad's advertisement.
There are a few trying hard to be somewhat like her's but it just didn't work, at least for me. I don't know about you guys.

Al-fatihah to arwah Yasmin Ahmad and all those Muslims who already left us.

Wednesday, September 8, 2010

1431

Seperti anda semua sedia maklum, Hari Raya bakal menjelma dalam sehari-dua nih. Atas dasar itu ingin saya maklumkan bahawa saya akan bercuti mulai esok sehingga 19 haribulan. Yakni bercuti dari kerja pejabat dan juga bercuti dari memblog.

Silalah ke blog lain jika nafsu membaca blog anda sudah tidak boleh ditampung lagi kerana janganlah harap saya nak tulis sebarang entri sepanjang tempoh bercuti nih.



Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
dari: fairudz+rashidah+mikael



Nota: Berhati-hati di jalanraya dan lebuhraya semasa beraya.

Tuesday, September 7, 2010

FEEL & MOOD

Feel raya aku masih belum sampai lagi sebenarnya. Cuma semalam baru start nak warm-up sikit bila tengok ada yang dah start nak cuti hari ni.

Pagi ni geng maintenance pasang lagu raya pulak kat PA system. Naik la sikit mood raya tu. Tapi lagu-lagu yang dipasang agak potong sikitlah. Bukan apa, gua jenis yang evergreen bila bab lagu raya ni. Lagu-lagu raya zaman hip-hop ni tak berapa boleh nak pegi lah. Mungkin itu selera budak maintenance tu kot? Layan je lah.

Iklan raya pun ada kontroversi tahun ni. Macam-macam. Tapi aku tak menolak kemungkinan adanya unsur atau pengaruh Freemason dalam Tivitiga. Semak balik set AJL tahun lepas. Obvious. Cuma dalam kes iklan raya tahun ni dia tersirat sikit. Kebetulan? I doubt it. Masing-masing ada akal kan? Fikirlah sendiri.

Mungkin jugak feel aku tak sampai lagi sebab aku belum shopping raya untuk aku? Possible jugak. Ah, kalau sempat aku shopping lah. Tak sempat, sudah.



Sehingga waktu ini satu "berita baek" pun belum diterima lagi. Pukul 11 kejap lagi ada staff briefing pulak. Ntah hape diorang nak kelentong kitorang lagi tak tau lah aku. Aku personally rasa they actually don't care because they've been paid handsomely already. Sebab tu diorang tak berapa nak peduli pasal hal orang-orang bawah nih. Takpelah, setahu aku orang yang menganiaya orang ni takkan boleh ke mana punya.

Dan korang masih hairan mengapa mood raya aku belum full swing lagi?

Friday, September 3, 2010

24

Diam tak diam, sedar tak sedar, dah nak raya dah minggu depan. Laju benar rasanya tahun nih. Serius punya laju.

Seperti biasa-biasa, gua laki-bini memang tak pernah risau pasal hal-ehwal balik kampung nih. Pasal trafik jam baik, pasal duit tol baik. Dua-dua takde kesan. Maklumlah, orang Kolumpo... hahaha. Tiap-tiap minggu kitorang "balik kampung". Yang kitorang risau cumalah kalau ada baju raya atau barang-barang penting tertinggal. Bernanah nak patah balik beb!

Acara Pimp My Crib rasanya dah hampir nak selesai. Tinggal sikit-sikit je lagi nak touch-up.

Acara Kuih Raya rasanya bini gua dah settlekan semuanya. Gua memang tak ambik port sangat perihal kuih-kuih raya nih. Yang penting kuih semperit yang adik ipar gua jual memang lazat!

Acara Baju Raya kitorang tiga beranak dah settle. Gua pakai baju melayu yang si Huzaimi sponsor masa gua jadi pengapit dia itu ari je. Baju Mikael nenek dia dah jahitkan. Kasut raya Mikael pun dah dapat. Baju mak Mikael pun dah settle. Selipar raya gua je tak dapat lagi. Dah haus dah tapak Crocs Offroad gua nih.

Acara Pimp My Ride masih berada dalam status dilema, yakni, tertakluk kepada hal-ehwal lebihan kewangan. Tak penting sangat pun cuma gatal aje.

Acara Kemas Laman masih belum berkesempatan. Padahal mesin rumput bapak aku dah handover lama dah. Aku je yang handful. Alasan lazim orang makan gaji: Sibuk, takde masa.

Dalam pada itu, dengar cerita kitorang akan ada berita baik sebelum raya nih. Tak taulah berapa baek punya baek. Harap-harap ia jatuh kategori sangat baek lah hendaknya. Baru bermakna sikit hari raya ni hahaha.

Gua syak weekend nih shopping complex akan pack macam gampang. Semua last minute shopping punya hal. Kalau tahap kesabaran anda hanya 3 per 10, baik lupakan saja aktiviti nak pegi shopping weekend nih. Tak pun, bawak bekal air sirap limau dengan KFC masa bershopping tu.

Gua juga mengesyaki pusat servis kenderaan juga akan turut sesak. Iyelah, nak balik kampung katanya... kenalah servis kereta tu dulu. Part ni gua dah kautim masa awal puasa itu ari dah.


Yang tulis Arab ni ialah doa berbuka puasa.

Dan gua tiga beranak masih kekal belum pernah berbuka puasa di luar langsung sehingga Ramadhan ke-24 ini. Sama ada ia satu pencapaian atau kegagalan, terpulang kepada tafsiran anda.

Selamat berbuka puasa!

Wednesday, September 1, 2010

MS PAINT

Korang tau tak "MS Paint" dengan "Paint" itu tidak sama. Bila kata namanya dah tak sama, apatah lagi kata kerjanya? Memang confirmlah tak sama, kan?


Gambar dipinjam dari freefoto.com

Gua sebenarnya memang dah biasa dapat tender mengecat rumah orang tua gua sejak zaman gua sekolah-sekolah dulu. Yang pilunya, arahan mengecat selalu datang tatkala bulan Ramadhan. Masa bulan Syaaban taknak pulak disuruhnya gua mengecat. Haus siot tak boleh minum.

Selalunya gua memang dapat "turn-key" tender. Dari membeli cat kat hardware, mengalih perabot, mengecat, sampailah mengemas. Duit je diorang supply.
Harga cat = RM120/satu tong.
Harga upah = Kau gila nak caj?
Pengalaman = Keletihan yang tidak terperi.

Tahun ini gua amat terpanggil untuk mengecat rumah gua. Iyelah, dah berapa tahun duduk masih kaler standard putih tu jugak, bosan seh! Lagipun, gua cuma perlu beli cat saja sebab perkakas-perkakas lain memang dah ada. Akhirnya gua pun nekad untuk mengecat rumah gua tahun ini.

Pengalaman lalu mengecat rumah orang tua gua memang sangat berguna masa gua mengecat feature wall kat rumah gua cuti panjang itu ari. "Feature wall" ye, tuan-tuan dan puan-puan. Rumah mak gua ialah, "the whole wall". Korang pasti berkata: Apa sangat mengecat feature wall berbanding the whole wall, kan? Betullah tu sebab gua pun fikir macam gitu.

Namun sangkaan itu ternyata meleset. Apatah lagi pengalaman lalu itu merujuk kepada keadaan badan yang masih gagah dan umur yang masih mentah. Gua hampir terlupa ketelitian yang diperlukan untuk mengecat. Bezanya kali ini ialah gua mengecat belah malam supaya gua boleh minum sesuka hati tanpa perlu risau ditangkap JAIS. Disamping untuk mengelakkan daripada gua mendapat bantuan percuma yang tidak diperlukan daripada Mikael.

Tapi itulah, nak mengecat time bulan puasa jugak. Alasan standard orang makan gaji ialah: Sibuk, takde masa. Mungkin jugak feel dia lain sikit kalau mengecat dalam bulan puasa nih barangkali?

Overall, gua berpuas hati dengan pencapaian dan hasil mengecat gua. Dia punya penat memang padu beb, tapi dia punya kepuasan adalah lebih padu daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Thursday, August 26, 2010

CUTI PANJANG

Esok 27 Ogos, Selangor cuti - Nuzul Quran. Selasa depan 31 Ogos, satu Malaysia cuti - Merdeka. Hari Isnin 30 Ogos, gua cuti. Jumlah cuti yang bakal gua tempuhi termasuk weekend - 5 hari! Pergh, memang terbaek di ladang-ladang dan lautan dalam.



Walau bagaimanapun, gua dah ada macam-macam plan dan perkara yang perlu diselesaikan sepanjang 5 hari cuti nih. Harap-harap semua dapat dibereskan dengan jayanya seberjaya Bas Srijaya suatu ketika dulu.

Laju betul tahun nih, sedar-sedar dah nak raya. Rasanya macam baru je kelmarin gua teropong tengok anak bulan dengan orang NASA dekat Port Dickson. Sehingga ke hari semalam, gua belum pernah berbuka dengan fast food. Dan sehingga ke hari semalam juga, gua belum pernah berbuka di luar pun lagi. Hebat bukan?



Baju raya dah settle. Kasut raya anak dah settle. Kasut raya bapak dengan mak si anak je yang belum settle. Gua ingat nak mintak En. Chuck Taylor custom satu kasut untuk gua, tapi sampai hari ni dia tak respon. Sekali gua semak rupanya dia dah "check-in and never check-out" tahun 1969 dulu. Patutlah tak berbalas SMS gua.

Mikael dah bebas HFMD, alhamdulillah. Cuma tinggal batuk dan selsema saja yang belum hilang. Harap-harap pulih sepenuhnya lah weekend nih.

Selamat berbuka puasa.
Selamat menghayati Nuzul Quran.
Selamat Hari Merdeka.

Wednesday, August 25, 2010

JENGKEL

Orang yang keje pejabat mesti pernah tengok telefon pejabat, kan? Tak pernah? Korang keje kat mana yang tak pernah tengok telefon pejabat tu?


Contoh rupa telefon untuk marhain-pejabat.

Tak mengapa, bukan salah anda jika anda marhain-pejabat yang tidak dibekalkan telefon untuk berkomunikasi. Malah, mungkin juga ada antara anda yang dikerah menggunakan telefon bimbit peribadi untuk kegunaan rasmi pejabat dan anda tidak boleh claim. Keji bukan?

Telefon pejabat juga ada kasta. Tak percaya? Sila semak telefon anda dan kemudian semak pula telefon bos anda. Ada perbezaan? Bukan kasta ke namanya tu? Iyelah, telefon marhain-pejabat adalah yang paling kodi sekali sebab hanya untuk/boleh buat internal call saja. Telefon bangsawan-pejabat adalah yang paling hebat sekali sebab selain boleh buat internal call, ia juga boleh buat external call, ada caller ID untuk mengecam panggilan palsu dan ada fungsi speakerphone.


Contoh rupa telefon untuk bangsawan-pejabat.

Sebut pasal speakerphone, aku pernah diberitahu oleh seorang rakan bahawa speakerphone gunanya adalah untuk tujuan conference. Maksudnya, untuk perbualan 2-hala yang lebih daripada 2 orang. Adalah kurang sopan sebenarnya bercakap menggunakan speakerphone jika perbualan itu hanya melibatkan 2 orang saja. Etika beb, etika.

Namun, itulah yang berlaku sama ada para bangsawan-pejabat di tempat aku ini sedar ataupun tidak. Terus-terang cakap, ia memang sangat menjengkelkan. Apa? Berat sangat sangat ke gagang telefon tu nak diangkat? Apa? Sibuk sangat ke dua-dua belah tangan kau sampai tak boleh nak angkat gagang tu?

Dan yang paling menyakitkan hati sebenarnya ialah apabila mereka cakap terpekik-pekik. Kita gagang pegang kat telinga nih, dia terpekik-pekik bercakap. Kau tak sakit hati ke?

Speakerphone itu tidak salah malah eligibility mereka yang diberi speakerphone itupun tidak salah. Dah bangsawan-pejabat katanya, mestilah barang yang elok-elok dan class-class saja untuk mereka kan? Takde masalah. Masalahnya ialah etika mereka menggunakan speakerphone tersebut.



Namun mesejnya di sini ialah, kesopanan dan kesusilaan tidak mengenal erti status. Kalau kau jenis suka nak terpekik-pekik dalam telefon, baik kau pakai megaphone aje, kan? Tertanya jugak aku, diorang ni suka ke kalau orang cakap terpekik-pekik kat telinga diorang dalam telefon?


Nota: Percaya atau tidak, kalau seseorang itu senyum semasa bercakap dengan kita dalam telefon, kita boleh tau yang dia sedang senyum melalui ton suara dia.

Monday, August 23, 2010

PENILAIAN



Aku baru balik dari satu sesi yang tak pernah aku hadiri selama aku berkerja di sini. Bukan aku mengelat, tapi inilah the very first time tempat kerja aku dibuat penilaian oleh orang luar selain daripada financial auditor yang memang datang tiap-tiap tahun tu. Menariknya sesi ini ialah, ia dilaksanakan secara total iaitu merangkumi kategori pengurusan, teaching staff, students dan support staff. Aku kategori yang last tu.

Kami diminta memberi penilaian secara bertulis terhadap pihak pengurusan. Alah, macam survey form yang biasa korang buat tu lah. Selepas sesi mengisi borang, kami "berbual-bual" pulak dengan panel. Oh ya, panel adalah satu kumpulan neutral yang melapor terus kepada TKP. Sesi ini hanya dihadiri oleh kumpulan marhain, yakni tanpa pihak pengurusan.

Lantang juga mereka yang bersuara tadi. Aku tersengih-sengih je lah mendengar rintihan dan komplen mereka. Namun point-point yang disuarakan itu pada hemat aku, kurang tajam. Bottom line kebanyakan komplen yang dilontarkan adalah pasal gaji tak naik-naik seperti yang dijanjikan. Itu saja sebenarnya. Walhal, banyak lagi benda mengarut yang lain. Aku tersengih lagi.

Khabarnya, mereka datang membuat penilaian kerana terdapatnya komplen yang dah sampai kepada menteri. Siapalah yang rajin benar menulis surat layang kepada menteri dan pihak tertentu nih? Lucu juga fiil mereka-mereka nih.

Komplen itu yang utamanya ialah mengomplen pihak pengurusan. Aku dah bagi markah yang selayaknya pihak pengurusan aku terima dek kebijaksanaan mereka menguruskan organisasi ini.

Takpe, kita lihat saja keputusannya nanti.


Nota: Kenapa aku tak bersuara? Heh, korang ingat takde spy ke dalam tu? Jangan buat hal beb, hahaha.

Saturday, August 21, 2010

RAMADHAN

Saya mengambil masa 3-4 hari untuk menghabiskan sekotak sigeret. Hebat bukan?

Apa jenis makanan pun kat PARAM (PAsar RAMadhan) nampak sedap sebelum waktu berbuka. Cuba korang pergi selepas waktu berbuka.

Seingat saya, saya tidak pernah makan moreh lepas terawikh. Malas nak berebut barangkali. Tapi tadi Masjid Al-Ansar hidang bubur hape ntah untuk moreh, bau durian! Pun begitu, saya terus balik jugak.

Jangan lupa bayar zakat fitrah beb!

Saya adalah jenis yang tak perlu bangun sahur. Kalau bangun pun sebab nak temankan Shidah dan saya cuma minum air sejuk saja.

Hellboy: The Golden Army ialah antara filem terakhir yang saya tonton di panggung sebelum Mikael lahir. Apa kena-mengena point ini dengan tajuk ini, saya pun tak tau.



On the way balik masjid tadi saya ternampak ada sekumpulan remaja lelaki dan perempuan (nak muntah aku taip ayat macam gini) sedang berbual-bual di buaian depan rumah jiran. Saya syak mereka mengambil peluang berdating di waktu malam.

Biasanya bulan puasa cuaca Malaysia panas terik, tapi tahun ini hujan-hujan pulak. Baguslah, sejuk sikit.

Mikael kena HFMD lagi (again!). Tapi kami laki-bini dah tak se-freak-out sebelum ini. Kali ni kami lebih cool sebab dah tau apa nak dilakukan. Seriously parents with little child, be careful. Biarlah orang tengok kita macam sanitizer-freak, but to hell with them. Our child's health is more important. Kalau anak kita sakit diorang kisah ke?

Ujian kesabaran di bulan Ramadhan saya rasa lebih hebat berbanding bulan lain. Bagus juga untuk kita belajar supaya lebih bersabar.

Pusat servis Perodua di Keramat tetap yang terbaik, pada pendapat saya.

Video Nude Dancer yang si Fathi upload dalam Facebook memang macam cilake.

Tindakan kawan saya Raddy untuk berpindah ke Putrajaya sebelum Ramadhan adalah tindakan yang bernas saya kira. Nasib baik saya memang seorang yang gagah perkasa malah kacak lagi bergaya dalam hal-hal pindah rumah nih (hahaha).

Saya perlu cari CD Barney yang lain untuk Mikael sebab dah naik mual saya tonton dua CD yang sama tiap-tiap hari. Gua siap boleh hafal lagu dan aksi budak-budak tu dengan Barney lagi tu! Mikael pulak setiap kali menonton CD Barney tu gayanya macam tak pernah tonton langsung sebelum ni yakni tumpuan menontonnya tidak berbelah bagi. Hebat betul penangan dinosaur ungu nih.

Oh ya, berbalik kepada point Hellboy tadi, saya sedang menonton filem itu di HBO semasa menulis entri kucar-kacir ni.

Dah, saya nak berehat dulu. Selamat meneruskan Ramadhan dengan jayanya, insyaallah.

Wednesday, August 11, 2010

PAHIT

Adalah sesuatu yang menyakitkan hati kebanyakan kita apabila di tempat kerja, kita dikatakan tidak membuat kerja. Dan kita tahu bahawa kita sudah banyak berkorban demi kerja kita. Dan kita tahu tuduhan itu amat tidak benar. Dan kita tahu tuduhan itu satu kenyataan yang sangat umum dan cetek kadar intelektualitinya.

Tidak, ini tidak berlaku kepada saya tetapi rakan saya. Dan saya tahu amat perasaannya apabila dituduh sebegitu. Keji sungguh penuduh itu.

Mengapa agaknya ada antara kita yang tidak sukakan kerja kita? Semak balik, kita tidak suka KERJA kita ataupun BOS kita? Itu adalah dua perkara yang berbeza walaupun kita tahu dua perkara itu adalah set yang saling melengkapi antara satu sama lain. Melainkan kita berkerja sendiri.

Ya, sebenarnya kebanyakan kita ada masalah dengan bos di tempat kerja kita sebenarnya. Dan kebanyakan kita tidak faham antara kedudukan bos dan kedudukan kita di tempat kerja. Bos di atas, kita di bawah. Bos ada kuasa ke atas kita. Dan itu adalah hakikat berorganisasi.

Dan ada juga antara kita yang bertanya: Bos tu bukannya betul sangat pun. Kalau bos tak betul macam mana kita nak ikut? Jawapannya ialah: Kena ikut jugak sebab dia bos. Sebab dia yang bertanggungjawab di atas segala arahannya. Sepatutnyalah.

Ada juga kes yang berbunyi: Iyelah, kata ikut arahan, lepas tu bila kantoi (screw-up) di tudingnya kita. Padahal kita ikut arahan ni. Jawapannya ialah: Confront bos pada waktu mood beliau bagus, privately. Berbincanglah. Stand-up for your right.

Masih tidak puas hati? Resign saja.

Inilah lebih kurang perkara yang saya belajar dalam kursus dua hari lepas di Parkroyal, Kuala Lumpur berkaitan cara menguruskan bos.

Seperti lazimnya, saya suka melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza-beza. Dan saya masih melihat-lihat di mana silap atau benarnya silibus kursus semalam.

Hakikat itu biasanya pahit, namun kita terpaksa juga menelannya. Bukan?

Friday, August 6, 2010

Wednesday, August 4, 2010

Tuesday, August 3, 2010

HAL MAKAN

Korang biasa pergi berkursus? Lebih-lebih lagi yang berkerja makan gaji macam aku nih, mesti biasa atau pernah pergi kursus. Biasanya kita diminta atau disuruh atau dipaksa untuk pergi berkursus. Jarang benar kita dengan sukarelanya nak pergi kursus, kan?

Biasanya bila kita berkursus ni, penganjur akan sediakan makan dan minum. Biasanya lah. Kekerapan makan dan minum pula bergantung kepada tempoh dan waktu kita berkursus tu. Standard lah, kalau sehari suntuk kursusnya, penganjur akan siapkan sarapan pagi, minum pagi (break), makan tengah hari dan minum petang (break). Kalau sampai malam, makan malam pun disediakan juga.

Kursus pulak kalau kat hotel penganjurannya, memang syoklah! Iyelah, makan dan minum dah tentu-tentu disajikan oleh hotel.

Tapi, apa jadi kalau kursus yang dihadiri itu tidak diadakan di hotel? Mungkin di pejabat kerajaan, institut, sekolah atau masjid barangkali? Ye betul, janganlah mengharapkan penyediaan makan dan minumnya bertaraf hotel pulak, kan?

Namun, ada juga yang masih bengap (atau buat-buat bengap) tidak memahami hukum linear mudah ini. Tak sudah-sudah nak komplen mi goreng tak sedaplah, kuih kecik sangatlah, teh tarik tak power lah, nak lauk kurang pedas lah dan eh, macam-macam lagilah. Rasa nak tempeleng pun ada juga kadangkala.

Saya memang tak "into" sangat hal-hal makan ni kalau berkursus hatta bermesyuarat sekalipun. Pada saya, kalau ada disediakan makan dan minum, itu rezeki. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tak sedap, jangan ambik lagi. Untuk mengkritik, jauh sekali. Itu saya lah. Orang lain saya tak tau.

Ini juga boleh disamakan dengan sikap penganjur yang lebih mengada-ada daripada peserta. Peserta takde apa-apa, rilek je. Penganjur pulak yang lebih. Kalau omputeh datang, nak bagi western food. Kalau Melayu datang, nak bagi lauk kampung. Kalau cannibal datang, nak bagi apa? Hah?



Sewajarnya, peserta/tetamu kena akurlah dengan apa jua hidangan makan dan minum yang disediakan penganjur. Ini pendapat saya saja. Contohnya kalau omputeh datang, kita hidangkan masakan Malaysia. Boleh juga dia berkenalan dengan selera Malaysia. Kau nak challenge diorang punya beef steak atau lamb chop? Diorang lagi terel masak lah. Kalau orang Melayu yang datang sibuk nak hidang masakan kampung. Macamlah orang tu tak reti nak makan western food. Talking about being judgemental. For all you know, ntah-ntah omputeh tu memang suka makan tempoyak, petai dan durian agaknya.

Untuk karakter-karakter yang mengada-ada pasal hal-ehwal makan dan minum semasa berkursus ni, saya ada satu soalan mudah untuk kalian:
Kau sebenarnya datang nak berkursus atau nak makan?

Thursday, July 22, 2010

JURNAL

Ye, saya sedar telah agak lama juga saya tak melontarkan perpsektif saya dalam blog ini. Masa dan komitmen kerja memang cenderung cemburu terhadap saya pada waktu-waktu begini. Oleh kerana eBlogger tidak pernah membayar gaji saya maka wajar sangatlah saya dahulukan komitmen kerja berbanding menulis di blog ini.



Dalam pada kesibukan itu, sempat juga saya bereksperimentasi dengan anatomi wajah saya. Tidak, saya tidak buat pembedahan plastik. Haram siot. Saya cuma "melanjutkan" apa yang biasa saya singkatkan jangka hayatnya. Itu saja. Tengoklah setakat mana saya boleh bertahan.

Oh ya, percutian ke PD baru-baru ini memang amat menyeronokkan. Penat boleh tolak tepi sebab keseronokan telah berjaya mengatasi kepenatan. Puas saya anak-beranak mandi laut. Surprisingly Mikael naik syok pulak main air. Terpaksalah saya bekira-kira nak buat swimming pool kat belakang rumah nampaknya.



Semut makin banyak pulak kat rumah. Entah apa benda yang dihurungnya, tiadalah dapat saya memastikannya. Mereka ini memang tak pernah kenal erti putus-asa. In fact, saya pula yang mulai putus-asa menyembur racun ke laluan-laluan mereka. Cilake sungguh.

Mikael pula makin hebat fiilnya. Kadang-kadang pening kepala juga dibuatnya. Kadang-kadang lucu tiada bandingan. Kadang-kadang entah hapa-hapa. Macam-macamlah dia. Takpelah, pada saya biarlah dia ligat dan aktif berbanding dia duduk diam monyok je. At least kita tau dia sihat dan cergas, kan?

Baru-baru ini juga saya ada rasa tercabar. Tercabar dek kenyataan yang saya kira menggabungkan unsur-unsur penipuan, ugutan, kebodohan dan kesombongan. Oh ya, dan tidak lupa juga unsur membodek. Saya sedang menimbangkan untuk menyahut cabaran itu secara serius. Untuk membuktikan bahawa takrif aset adalah melangkaui takrifnya sebagai material semata-mata. Ini kerana saya pasti dan yakin bahawa saya adalah salah satu aset yang mereka tidak hargai. Dan saya juga pasti ada yang lain juga mempunyai rasa yang sama. Anda tahu siapa anda, jangan berpura-pura.

Tapi Bunkface kata: Rasa! Resah! Jangan kau percaya... kata hatimu, kata hatimu. Entahlah, nanti saya muhasabah dulu.

Sudahlah tu, saya nak pergi solat Asar.

Tuesday, July 20, 2010

DAMN YOU



Saya benci penipu.
Cilaka lah kamu, penipu.

Tuesday, July 13, 2010

PASCA



Gua bercadang nak bela sekor sotong kurita. Tahun 2012 pada hemat gua adalah tahun yang baik untuk mula membela sebab menjelang 2014 nanti, sotong tu dah cukup matang nak jadi nujum. Dan masa tu bolehlah gua bukak satu agensi ramalan.
Itupun kalau Kerajaan Malaysia bagi lesen lah.


Nota: Judi itu haram dalam Islam.

Wednesday, July 7, 2010

LAJU


Saya syak (baca: harap) Germany akan bertemu Netherlands di perlawanan akhir Piala Dunia 2010 ini. Rasanya kalau dua team ni yang main final, mesti berdebar dan cemas sepanjang 90 minit perlawanan. Itupun kalau diorang tak makan nasik lemak dengan beer lah malam sebelum game tu. Tambah pulak ada yang gatal pegi pekena tapai dengan laksa pulak, pergh, memang confirm main macam cilaka.

Nota kepada yang berminat: Selangor tewas 0-1 kepada Perak dalam Liga Super.

Raddy dah dapat vuvuzela idaman hatinya. Yati (bini Raddy) nampaknya menyirap dengan instrumen bunyi tersebut kehkehkeh. Best jugak kalau ada sebijik tu. Buat memekak. Kalau bawak pegi meeting pun best jugak kan? Bila sakit hati je, blow vuvuzela tu kat chairman hahaha. Aku ingat nak mintak Raddy belikan satu vuvuzela untuk aku lah. Layan jugak.

Weekend itu ari aku try bawak Honda CRV, pergh, terasa mewahnya. Aku tak berapa berkenan sangat exterior CRV tu sebenarnya, tapi interior dia memang champion! Patut sangatlah pun dengan harganya. Semasa memandu, rasa gayat dan jakun bercampur-baur dari semasa ke semasa.

Hujung minggu depan family Shidah ajak lepak PD. Confirm BBQ punya malam tu. Molek sangatlah tu. Aku memang nak relax pun lepas selesai hal-ehwal kemasukan pelajar nih. I need this vacation.

Walau bagaimanapun, hari ini Mikael demam dan Shidah terpaksa EL nak jaga anak. Ada geraham yang nak tumbuh lagi barangkali.

Thursday, July 1, 2010

WTF

Saya memang jenis tiap-tiap hari baca suratkhabar online kat opis. Kalau kat rumah mak saya, saya baca suratkhabar offline hahaha.

Namun demikian, gambar dan berita yang terpampang pada muka depan suratkhabar ini hari ini sangatlah gampang tidak terperi. Membacanya pantas membuatkan saya memberi reaksi sebegini: WTF?!


Photo taken from OhBulan! through Google Images.

Whether both person in this photo reflects this entry or not, it's for you to figure out ;P


Nota: Saya personally tidak gemar sama ada Minah mahupun Mamat ni.

Wednesday, June 30, 2010

TOYS

Mazlan: Nak pegi Toys R Us lah, nak kena beli ni, mainan baru tu, Toy City 3.

Aku: Hoh? Toy Story 3 lah!

Mazlan: Haa... Toy Story 3...

Aku: Hahahaha!

***



Halimi: Huih, nak kena pegi Toys R Us nih, nak beli mainan Light Buzzyear.

Aku: Hoh? Buzz Lightyear lah!

Halimi: Ye ke?

Aku: Hahahaha!


Nota: Boys will be boys.
Nota2: Happy birthday Raddy!

Friday, June 18, 2010

PAGI TADI

Pagi tadi, Hafiz Mahmud tag aku dalam gambar Lembaga Pengawas sekolah rendah dalam Facebook. Dia juga menge'tag' rakan-rakan lain yang terbabit dalam gambar tersebut. Oh, sungguh lucu dan gampang wajah masing-masing. Rata-rata masih dengan muka belum atau baru nak masuk akil baligh.

Dalam gambar tu kelihatan Huzaimi dengan muka tersenyum sampai telinga (mungkin sebab dia Ketua Pengawas), Raddy dengan muka macam nak menangis dan aku seperti biasa, mestilah kacak sentiasa (ptuih).

Oh ya, jangan harap aku nak letak gambar tu kat sini hahaha.

Pagi tadi, aku breakfast dalam acara solo di kedai mamak Hasan, Seksyen 3 Bangi. Megi goreng dia terbaek! Shidah pegi breakfast dengan geng dia hari ni. Tak lama melayan megi goreng dan replay match Argentina-Korea, datang satu geng 3 orang pakcik-pakcik naik satu Camry.

Sorang dok belek iPhone, sorang dok belek jam yang baru dibeli, sorang sibuk makan roti canai. Kejap diorang sembang pasal function-function jam baru tu. Jam canggih aku syak. Kejap lagi sembang pasal bola. Yang bestnya, salah sorangnya Cina. Tapi Cina yang jenis kalau cakap kat talipon kau tak tau yang dia ialah seorang Cina.

Tengok geng pakcik-pakcik ni terbayang aku esok-esok bila dah baya-baya pakcik-pakcik ni (kalau umur panjanglah). Ntah-ntah aku dengan Raddy esok-esok pun macam diorang ni jugak hahaha. Masih melepak kat kedai mamak, masih sibuk belek gadget, masih sibuk cerita pasal bola dan mungkin sibuk cerita macam mana nak jadi "lagi" kaya. Sebab masa tu mesti kitorang "sudah pun" kaya hahaha.

Sigh. How time flies.

Thursday, June 17, 2010

LIHAT

Kebelakangan ini kecoh benar hal berkaitan gula di pasaran.

Pemborong boikot nak jual gulalah, peruncit nak jadi pengedar gulalah, gula hanya boleh dibeli selepas pukul 3 petanglah, pemborong sorok gulalah, peruncit sorok gulalah, ada aktiviti penyeludupan gulalah dan macam-macam lagilah. Tapi bila keluar senarai orang terkaya di Malaysia, tetaplah Robert Kuok yang di atas.

***

Itu ari aku sarapan pagi kat Medan MARA. Masa order air standard aku, teh o ais, laju je minah Indon tu kata, tak ade. Panas jugak hati aku. Apa benda gerai kat Malaysia tak jual teh o ais? Cenderung benar aku nak Ong-Bak kat situ. Nasib baik dia terus sambung, gulanya tak ade. Air susu saja ada bung. Lantas, teh ais diabetic tahap 18 yang dia bagi kat aku. Pergh.

***



Kedai mamak yang tak pasang World Cup memang kodi.
Siapa ada Astro tapi tak subscribe channel sport memang tak "in".

Argentina nampak betul-betul fit.
Aku respect North Korea dan Jepun punya performance.
Sepanyol main macam gampang.
Switzerland takyah sibuk nak main bola, buat jam je lah.
England tak boleh pergi jauh.
Portugal sibuk nak kontrol hensem atas padang.
Germany jangan nak eksyen sangat kalau setakat belasah Australia.
Team Ivory Coast elok main ragbi je lah.
France kurang menyengat.

***

Mungkinkah ada konspirasi masalah bekalan gula dengan World Cup?

Tuesday, June 8, 2010

IKLAN

Ada 3 iklan yang menarik perhatian aku baru-baru ini. Menarik tak semestinya tertarik kerana hebat, kan? Menarik boleh jadi gampangly menarik atau brilliantly menarik atau... ah, you've got my point already. Inilah iklan-iklan yang saya maksudkan.

Dequadin pastilles
Memaparkan Mas Idayu dan anak didiknya dalam program Mentor semasa sesi ujibakat. Mula-mula mamat tu nyanyi, suara dia keluar macam gamp. Lepas tu Mas Idayu bagi Dequadin pastilles. Iyelah tu. Dalam real world bukankah masa ujibakat bila suara keluar macam gamp je dah kena halau ke? Lepas makan pastille tu, mamat tu nyanyi suara sedap (kononnya) sampai Mas Idayu terpelanting melekat pada backdrop. Yang paling tak tahan ialah mamat tu nyanyi lagu dangdut Mas Idayu - Senggol-senggolan. Damn.


Ini Mas Idayu. Ye, dia memang pegang microphone macam tu.

Astro (Sports channel & B.yond)
Boleh pulak Frank Lampard dengan Lionel Messi datang rumah buat promosi untuk Astro. Celaka betul cara Astro buang duit. Mana diorang tau rumah mamat tu takde sports channel? Kenapa diorang tak datang rumah aku? Kenapa? Kenapa?


Ini Frank Lampard. Dia memang tak hensem.

Maxis (Committed to the game)
Mula-mula keluar King James, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan lain-lain yang aku tak ingat. Makin dekat dengan World Cup tiba-tiba iklan dia keluar Frank Lampard. Aku syak lepas ni Messi pun akan keluar.


Ini Lionel Messi. Dia ni bukan reti sangat main bola pun.

Bini gua: Gile ah diorang ni! Astro pun amek diorang berlakon iklan.
Gua: Heheheh you're not looking at the big picture. Astro dengan Maxis tu you ingat siapa punya?


Notakaki: Gamp bermaksud Gampang dalam versi yang lebih mesra blog.

Friday, June 4, 2010

SELERA

Member gua bercerita itu ari:

Bang, malam ni rasa nak makan Mexican lah bang.
Ah?
Teringinlah nak makan Mexican (mengulang tanpa rasa bersalah).
Kat celah mana nak makan Mexican food?
Ada satu kat Pavillion.
...

Dan mereka 4 beranak pun pergilah ke Pavillion untuk menikmati Mexican food yang diidamkan oleh si isteri.

Kalau bini gua yang nak makan Mexican food, pantas aje gua ke kedai serbaneka 24jam atau ke Pasar Mini Ilsya.
Sambar Mister Potato satu tabung. Encik Potato tu orang Mexico ape?
Kehkehkeh.


***

Gua dah lama mogok makan kat cafe ofis gua. Bukan tak sedap masakan deme, sedap. Especially kuih-muih. Memang deme buat sendiri kuih-muih. Tapi gua start mogok sejak rakan sepejabat gua ada jumpa lipas dalam kuah kari dan telur lipas dalam mihun.
Ptuih. Gampangan. Pengotor betul.

Thursday, June 3, 2010

SEJENAK

Gempar satu dunia, apatah lagi satu Malaysia apabila kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza di hijack oleh Israel jahanam di perairan antarabangsa. Ada beberapa rakyat Malaysia yang menyertai rombongan charity tersebut.

Soalan: Kenapa agaknya negara-negara Arab ni taknak bersatu menyerang saja Israel tu for good setelah sekian lama? Setelah PBB dan OIC hanya membeku? Of course kita akan kata ada antara mereka adalah sekutu Amerika dan Yahudi. Maknanya, ada di antara mereka yang ada conflict of interest. Tetapi tidaklah kesemua mereka, bukan?

Tentulah, Perang Dunia pasti akan meletus jika mereka menyerang Israel. Namun, kecam hanya tinggal kecam, kutuk hanya tinggal kutuk. Soalannya, tidak mahukah negara-negara Arab (tolak sekutu) yang gah itu bangkit saja berjihad dan berjuang demi Islam? Takut barangkali. Kepada siapa agaknya?



Metaforanya samalah seperti kita serahkan saja Al-Aqsa yang pada Yahudi itu "sacred zone" mereka tanpa banyak bicara jika itu dapat menghentikan kekejaman Yahudi jahanam di bumi Palestin. Mungkin saya juga akan dikecam kerana metafora ini, tetapi, fikir semula logiknya. Jika benar mereka marah dengan kekejaman Yahudi, mengapa mereka (negara-negara Arab tolak sekutu) tidak berjihad saja menyerang Israel itu?



Nota lain: Kalau mereka yakin, jemputlah Malaysia sama. Kita ada kapal selam yang tak boleh menyelam hahaha.
Eh kejap, dah repair ek?
Hahaha.

Tuesday, June 1, 2010

MENYIRAP

One usual day in a train.

J: Hi I'm J. You are?

K: I'm K. (both shake hands)

J: Meeting a client today?

K: Well, that's what I do for a living. I'm actually a corporate grooming consultant.

J: Ahh... and you must be a big fan of the Red Sox too.



K: (shock) As a matter of fact, I am. Err, how do you know? A wild guess, I guess?

J: It's not a wild guess. I can actually tell by looking at your pair of red socks. Frankly, your pair of nice black suit doesn't goes well with that socks you're wearing you know. That's why I ask.

K: (facepalm).

J: Ah, here's my stop. See you around K (giggle).

Wednesday, May 26, 2010

PETUA

Tikus
Orang kata kalau ada tikus buat hal dalam rumah seperti menggigit tupperware, tudung saji dan sebagainya, jangan dimarah-marah. Sebab kalau lagi dimarah, tikus itu akan bertindak lebih dahsyat. Oleh sebab itu, jangan marah tikus tu kalau dia buat hal kat rumah kita. In fact, jangan address kan nama "tikus" tu pun. Panggillah dengan nama lain seperti Cik Menti, Mickey Mouse atau lain-lain. Adik saya panggil tikus yang buat hal kat rumah mak saya Siti Nurhaliza.



Beras
Orang kata kalau nak elakkan beras dihinggapi kutu, letakkan beberapa tangkai cili kering dalam bekas beras tu. Mungkin nenek-moyang kutu tu ada yang pernah tergigit cili kering lepas tu menggelupur kepedasan. Mana nak carik air dalam bekas beras, kan? Makanya, cucu-cicit kutu pun dimaklumkan agar tidak melepak dalam bekas beras yang ada diletakkan cili kering di dalamnya.

Periuk Vision
Orang kata kalau nak bersihkan kerak yang melekat dalam periuk Vision (yang kaca tu lah) tak payah susah-susah. Rendamkan saja dengan sedikit cuka. Biarkan seketika atau ikut ketebalan kerak. Lagi tebal kerak, lagi lama dibiarkan. Lepas tu bilas dengan sabun, dengan mudahnya insyaallah bersih.

Monday, May 24, 2010

LEBIH KURANG

Miss USA yang dinobatkan baru-baru ini berketurunan Arab. Ada juga yang kata dia seorang Muslim. Gua pun tak tau iye ke tidak. Nanti bila senang gua tanya sama Donald Trump. Rasanya semalam gua ternampak dia pergi steam rambut kat satu saloon di Carrefour Wangsa Maju. Mesti dia ada kat Malaysia lagi dalam 2-3 hari ni gua syak. Zoo Negara, Dataran Merdeka, Central Market, Haji Tapah dia belum singgah lagi rasanya tu.

Namun, gua lihat isu ini melalui dua perspektif.
Satu: Memang Miss-Miss di USA yang lain tidak layak menjadi Miss USA.
Dua: Propaganda penyelewengan akidah yang terbaru orang kafir.

Dalam pada itu, gua kerap juga mendapat panggilan dari ejen-ejen insurans yang sibuk nak suruh gua beli insurans. Iyelah, takkan ejen insurans jual ikan keli pulak kan? Dah macam-macam kaedah gua cuba elak. Tak jugak berjaya. Gua selalu cakap terus-terang, kalau diorang nak jual insurans, baik berenti cakap sekarang. Membazir je cakap dengan gua. Memang gua takkan sign-up punya. Degil.

Namun, pendekatan terbaru gua sekarang rasanya lebih mesra jiwa. Nombor ganjil-ganjil macam nombor pejabat memang gua takkan angkat. Tapi itulah masalahnya, nanti Obama telefon dari White House nak tanya macam mana nak masak gulai tempoyak, susah pulak kalau gua tak angkat. Diorang satu keluarga memang suka gulai tempoyak.

Stesen minyak Petronas minggu lepas ada buat hal. Tak taulah kat Bangi ni je atau yang kat tempat lain pun sama. Ada ke tak boleh pakai kredit kad nak isi minyak? Mastercard je tak boleh bang, Visa boleh. Kata minah kat kaunter tu. Nasib baik gua tau lagu kumpulan Visa yang meletup masa tahun 90-an dulu. Gua pun tuang minyak sambil nyanyi lagu kumpulan Visa. Diorang ni tak tau ke gaji orang masuk 26hb?

Pasaraya Sogo kalau ada buat jualan murah memang macam setan. Ramainya orang macam kat Puduraya masa nak balik kampung untuk hari raya. Hairannya, hari Ahad pagi pun orang ramai. Parking penuh. Masa nak naik ke ground floor ada gua ternampak satu family ni parking kat tempat OKU. Dan gua tau yang memandu tu bukan OKU. Gua dah standby nak sound bila dia lalu kat sebelah gua. Nasib baik dia menikus lama dalam kereta dan rokok gua pun dah abis. Nanti kalau Stephen Hawking datang nak beli seluar dalam Renoma yang sale tu macam mana? Kan susah dia nak parking nanti?



Kalau nak tau umur korang dah banyak ke tidak, cuba tanya budak-budak sekarang pernah dengar tak lagu Lambada? Tiap-tiap hari gua dengar lagu Lambada dalam Radio 3 Kuala Lumpur masa sekolah rendah dulu tapi sampai sekarang tak hafal lirik dia.

Thursday, May 20, 2010

MARJINAH

Marjinah asalnya adalah gadis yang biasa-biasa saja. Marhain macam orang lain. Tapi semenjak Marjinah berkahwin dengan Saudagar Ismeth, fiilnya sudah banyak berubah. Daripada "biasa-biasa" kepada "cuba-nak-menjadi-luarbiasa".

Marjinah yang dulu merendah diri, kini dilihat lebih suka meninggi diri. Marjinah yang dulu elok budi-bicara, kini dilihat lebih suka cakap ikut suka. Semua ini berubah semenjak beliau berkahwin dengan Saudagar Ismeth. Saudagar Ismeth yang salahkah?

Saudagar Ismeth sebenarnya bukanlah orang yang asing kepada penduduk Kampung Kerbau Pening. Beliau juga dikenali sebagai orang yang elok budi pekertinya. Berbeza benar dengan sikap isterinya si Marjinah tu. Mungkinkah sebab Saudagar Ismeth itu orang yang ada-ada maka Marjinah itu yang cuba berubah daripada "gaya marhain" kepada "gaya ada-ada"?

Kejutan budaya yang membawa kepada perubahan fiil adalah amat ketara didapati berlaku kepada Marjinah. Kasihan. Anehnya, Saudagar Ismeth yang sejak lahirnya ada-ada itu lagaknya biasa-biasa saja seperti marhain lain tetapi Marjinah pula yang lebih.

Kasihan sama Saudagar Ismeth kerana nampak benar beliau tidak tahu barangkali tingkah-laku Marjinah di belakangnya. Yakni, menimbulkan kejelekan jelata dengan fiil ada-ada nya itu. Tak habis-habis mencanangkan dengan megah akan kehebatan harta Saudagar Ismeth kepada jelata. Walhal, rasanya Saudagar Ismeth bukanlah orang yang suka perkara sebegitu dicanang-canang.

Itulah lumrah manusia. Memanglah tidak semuanya begitu, tetapi yang "begitu" itulah yang tidak habis-habis membuatkan kita merasa jelek. Apa tujuan mereka bermegah-megah dan bersombong-sombong itu, tiadalah siapa pun yang mahu tahu atau ambil peduli. Kasihan Marjinah, sudahlah wannabe, menjengkelkan pula.

Namun dalam pada itu, ada juga yang begitu menyanjungi Marjinah. Pada mata mereka yang menyanjung itu, Marjinah lah yang paling bagus, paling hebat, paling berbakat dan pelbagai paling yang paling-paling lagi. Sanggup mereka ke martabat bawah demi menjunjung Marjinah yang amat dikasihi itu. Lucu mereka ini. Mudah benar tewas dengan cerita dongeng dan airmata yang direka-reka. Lembut jiwa tidak bertempat.

Ahhh, biarkanlah saja Marjinah. Biarkanlah saja orang-orang yang seperti Marjinah.

Monday, May 17, 2010

VESPA

Abah saya semasa dia memandu dan kami jadi penumpang dulu, kalau terjumpa orang menunggang motosikal dengan gaya punggung disengetkan sebelah, mesti akan beliau ketawakan. Lebih-lebih lagi yang melakukan aksi-bawak-moto-senget itu hanyalah menunggang moto kapchai.



Abah kata, dulu orang bawak vespa, enjinnya terletak di satu belah (kiri rasanya) sahaja. Yakni, di bahagian kembung belah belakang moto vespa itu salah satunya ialah tempat letaknya enjin moto tersebut. Memang wajarlah kedudukan punggung penunggang disengetkan untuk mem"balance"kan moto tu. Takpun, bawak penumpang duduk kaki (dua-dua belah) melunjur ke sebelah berlawanan kedudukan enjin dengan tujuan yang sama. Saya percaya sebabnya Abah saya memang bawak vespa dulu. Kaler oren lagi!

Pernah masa saya belajar di UTM Skudai dulu Abah offer saya, "Kau nak moto vespa?". Mentah-mentah saya tolak. Takut meragam tengah jalan yang iye nya. Iyelah, moto klasik. Dapatlah saya moto Honda EX5. Bagus moto tu, sampailah kena curik kat Stulang. Kawan saya si Zaki yang kasi hilang. Takpelah, dah nak jadi. Kalau aku belasah dia pun bukannya boleh dapat balik moto tu. Baik aku mintak dia ganti dan dia dah ganti dah pun.

Tapi sekarang vespa dah revived. Enjin pun dah dok kat tengah-tengah body sekarang. Cantik beb! Teringin jugak saya nak sambar satu. Tapi, harga untuk sebijik vespa amatlah tidak munasabah untuk saya majukan keinginan saya. Nantilah, bila saya menang rm100ribu dari Petronas esok insyaallah saya akan sambar sebijik hahaha.

Oh ya, tadi saya balik makan ternampak orang bawak moto kapchai dengan punggungnya disengetkan ke sebelah kehkehkeh.

Friday, May 14, 2010

ANEKDOT

Jom pegi butik PuPuPu.
Hah?
Jomlah pegi butik PuPuPu.
Amende tu?
Butik PuPuPu... yang logo dia P-U dengan nombor tiga tu...
P-U dengan nombor tiga?
Haah.
Pi-yu-tiga? Butik Puteri kot?
Ye ke? Bukan PuPuPu eh?

***

Masuk MLM ni kena ada semangat dan usaha.
Semangat dan usaha?
Kalau kita bersemangat dan berusaha keras...
Hasil pun keras? Kehkehkeh...

***

Aku tak minat kereta tempatan. Aku minat kereta import.
Hoh? Bukan kau pakai Proton Wira ke?
Eh, itu Proton Wira export quality.
Habis tu? Kereta tu bukan buat kat Malaysia ke?
Taklah, yang ini eksport punya. Bila aku beli, maknanya aku beli kereta yang dijual di oversea. Itu kira kereta import lah tu kan?
Import kepala taik kau!

***

Sekian, terima kasih.

Thursday, May 13, 2010

FIIL


Ini fiil anak gua bila diajak untuk membersihkan diri selepas diapers yang dipakainya dah penuh. Beliau akan serta-merta berpura-pura sibuk nak bermain atau tengok tv. Bila diangkat jugak dia cenderung meleding-ledingkan badan mengamuk sambil menjerit-jerit macam kena rotan.

Ya, gambar yang anda lihat di atas ialah sekitar 18 saat sebelum gua angkat dia ke bilik air untuk dibersihkan sebelum tidur.

Wednesday, May 12, 2010

AHHH

Gampang. Dah dekat 20 minit gua bukak New Post nih. Satu haram tak keluar nak tulis apa. Lain kali je lah gua tulis kat blog nih.

Friday, May 7, 2010

FAMILY GATHERING



Esok gua akan ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Ada acara berkumpul ahli keluarga belah Abah gua. Semua makcik, pakcik, sepupu, sepapat dan anak-anak buah akan hadir, insyaallah.

Last kitorang buat gathering macam gini ialah pada... ah, gua pun dah tak ingat. Rasanya masa tu Najwa Aiman pun masih bersekolah menengah lagi. Masa tu arwah Tok dan Opah pun masih ada lagi. Kuat lagi deme. Gua ada simpan lagi gambar tu. Bila senang nanti gua scan.

Tapi gathering kali ni hanya akan dihadiri oleh waris-waris arwah Tok Hassan dan Opah Rafeah. Semoga apa yang kitorang plan di A&W Taman Jaya beberapa bulan lepas akan berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Kepada Tan Sri Isa Samad, kalau senang gua singgah rumah lu. Kalau tak, jangan kecik ati.

Thursday, May 6, 2010

BEAUTY



Hidup ini memang penuh dengan misteri.
Kita tidak akan boleh tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Tiada satu manusia pun yang tahu.
Hanya tuhan saja yang tahu.

Hidup ini memang penuh dengan hikmah.
Kita tidak akan boleh tahu apa hikmah yang disediakan untuk kita disebalik sesuatu kejadian itu.
Tiada satu manusia pun yang tahu.
Hanya tuhan saja yang tahu.

Kita selalu mengatakan hidup ini tidak adil.
Lucunya, kita mengatakan hidup ini tidak adil hanya apabila sesuatu perkara itu tidak menyebelahi keinginan kita.
Namun, apabila sesuatu yang kita ingini menyebelahi kita, kelupaan pula yang menjadi alasan untuk bersyukur.

Ujian hidup memang selalu ada.
Tapi tuhan itu Maha Bijaksana.
Nafsu? Semua manusia ada nafsu.
Akal? Semua manusia ada akal.
Menggunakan akal? Yang ini yang tak semua manusia ada.

Hidup ini memang indah sebenarnya.
Bergantung kepada konteks dan perspektif apa anda melihatnya.
Value what you already have.

Bak kata Altimet (lebih kurang):
Syukur! Aku masih di sini...
Syukur! Aku masih bernafas lagi...

Tuesday, May 4, 2010

JOHOR TRIP

Weekend baru-baru ni gua ke Johor. Batu Pahat dan Johor Bahru to be exact. Ada orang kawen. Sepupu Shidah. Dua beradik. Dua-dua perempuan. Kami bertandang ke rumah pengantin lelakilah kiranya.



Bila last gua pergi ke Johor pun gua tak boleh nak ingat. Dah lama sangatlah maknanya tu. Of course, as expected, gua memang dah tak cam jalan kat JB. Banyak sangat jalan baru. Batu Pahat apatah lagi. Nasib baik abang ipar gua ada GPS. Gua syak memiliki GPS adalah sesuatu yang "in" dewasa kini. Berguna betul bila out station.

Cerita ringkas trip gua ke Johor adalah seperti di bawah:

1. Kami diarah berkumpul di RNR Seremban. Pergh! Macam setan! Ramai orang gila-babas. Last-last kitorang gerak je terus.

2. Next stop katanya RNR Pagoh. Rupa-rupanya EXIT Pagoh. Maka melajaklah kitorang ikut exit Yong Peng sebabnya RNR Pagoh duduknya SELEPAS exit Pagoh. Memang menimbulkan kemusykilan kedudukan RNR Pagoh tersebut. Sekali lagi dimaklumkan bahawa GPS sangat berguna tatkala kami diarah pula berkumpul di Balai Polis Parit Sulong. Korang tau tak berapa banyak parit ada kat Batu Pahat nih? Gua syak semua orang ada parit dengan nama mereka sendiri.

3. Majlis perarakan dijadual jam 2 petang. Kami sampai jam 12 tengahari. Gila awal. Nasib baik ada rumah singgah. Makcik rumah singgah tu punya roti jala macam kuih apam gua cakap lu, tebal! Memang gua tak pernah jumpa roti jala yang seumpamanya. Belasah saja!

4. Oleh kerana pengantin di Batu Pahat ialah askar, maka mereka diarak oleh askar berpedang dengan irama bagpipe. Tapi jalan masyaAllah lajunya. Mungkin sebab mereka askar barangkali.

5. Majlis di JB ialah di Tebrau. Makanya kami duduk di hotel sekitar Tebrau. Crown Plaza ke hape nama hotelnya? Bolehlah... janji gua dapat tido dalam aircond. Tapi breakfast dia foul.

6. Malamnya kami makan di Danga Bay (kot?). Parking macam setan. Orang ramai. Sekali lagi dimaklumkan bahawa GPS sangat berguna untuk mencari tempat makan tersebut. Order macam gampang lambat sampai. Tapi takpe, nasib baik sedap. Serius sedap. Mahal sikit rasanya dari harga biasa. Tapi takpe, nasib baik sedap (sila perhatikan ayat ini sengaja diulang dua kali).

7. Dewan Sri Tebrau letaknya bersebelahan sebuah surau (ke masjid ha?). Makanya kami diarah berkumpul di surau tersebut. Sangat selesa. Cuaca panas tak boleh nak buat apa lah kan? Kerja Tuhan. Tapi cukup selesa.

8. Kami beransur sekitar jam 330-4 petang dari JB. Singgah di Pagoh dan Ayer Keroh (restoran jejantas). Lepas tu jam macam setan sampai Seremban. Bukannya ada apa pun, kereta banyak je.

9. Gua dengar AIM-17 dari HotFM dan sambung tengok tv kat rumah sekitar jam 930 malam. Pada hemat saya Afdlin Shauki dengan Adibah Noor patut dikekalkan sebagai hos AIM untuk tahun hadapan because they rock!

Sekian, terima kasih.


Nota: Tahniah kepada pengantin Razni dan Mon (walaupun korang tak baca pun blog nih rasanya).

Wednesday, April 28, 2010

RIDE

Umum mengetahui bahawa saya telah pun bertukar kenderaan yang baru walaupun saya tak pernah buat rapat umum. Kereta sedan hitam saya yang lama dah pun ditukar kepada kereta compact hitam.

Tak perlu saya hurai banyak-banyak sebab itu adalah kesukaan hati saya untuk bertukar kepada kereta yang lebih kecil, kan? Kalau saya pakai kereta kebal hatta kereta bancuh simen sekalipun adakah anda yang nak membayar installment bulanannya? Tentulah tidak bukan? Maka, jangan sesekali dipertikaikan keputusan saya.

Bertukar kepada kereta compact memang ada pelbagai cabaran dan kelebihan. Antaranya ialah:
1. Tak laju sebab cc enjinnya lebih kecil.
2. Ruang muatan yang lebih kecil.
3. Tangki minyak kecik, kena kerap top-up.
4. Parking menjadi lebih mudah.
5. Kereta baru datang dengan leather seat. Senang dibersih.
6. Diperlekeh.

Saya nak hurai yang no.6 sebab yang lain tu lebih straight forward. Ini antara perkara jengkel yang saya terima semenjak bertukar kepada kereta compact tempatan.

1.
Ramai ingat kereta compact baru saya ialah second car. Kereta bini. Bila saya kata ini je kereta yang saya ada, mereka tak percaya. Alasan: Kenapa downgrade? Kenapa? Salahkah kalau downgrade? Oh, kalau Honda City 1.5cc tukar kepada Mazda RX8 1.3cc tu korang tak bising pulak ye? Downgrade jugak kan? Dari segi cc enjin lah.

The point is, ia seolah satu kesalahan/dosa pula apabila saya bertukar kepada kereta yang lebih kecil. Ini antara stigma Melayu yang saya kira sangat mundur.

2.
Semalam saya di hon di stesen minyak oleh sebuah kereta Mercedes lampu bulat. Saya syak dia marah sebab saya sedikit lembab untuk bergerak meninggalkan pam minyak tersebut. Saya memang begitu sebabnya, saya akan pastikan semua kad kredit dan kad mesra saya ada, saya akan resetkan trip meter dan anak bini ready kat belakang baru saya jalan kereta.

Tindakan mamat kaya-bongkak-bahalol yang mengehon saya dari belakang itu saya takrif seperti orang yang hilang pedoman. Sesungguhnya, kekayaan tidak boleh membeli kesabaran.

Penularan nafsu materialistik dan keangkuhan dek kekayaan semakin merisaukan dewasa kini.

Friday, April 23, 2010

CATCHING UP

1. Ini koleksi anak buah saya yang terbaru: Khaulah. Anak adik Shidah yang bongsu. Sebijik macam bapak dia. Entri ni sedikit lambat sebab saya sibuk. Anyways, tahniah kepada Ado dan Bazilah.



2. Anak saya Mikael dah sihat nampaknya. Minggu lepas dia muntah-muntah. Minum sikit, muntah. Minum sikit, muntah. Pening jugak kepala kami. Last-last bagi air zam-zam je. Alhamdulillah tak muntah. Ubat pun bagi jugaklah. Sehari-dua ni dah macam biasa nampaknya.


Melihatkan budak kecik tak sihat amatlah menyentuh perasaan. Apatah lagi anak sendiri. Terseksa rasanya. Kalau boleh nak mintak sakit tu di transfer kepada kita biar kita je yang melaluinya. Tapi itu semua kuasa tuhan. Ada hikmahnya, saya percaya itu.

Dan saya hairan kenapa kes buang bayi masih lagi berlaku hari ini.