Kita mesti dapatkan peruntukan daripada Penjaga Cakerawala. Mereka mahu kita rekrut dan bangunkan askar-askar yang berwibawa, maka sewajarnya kita mendapat peruntukan daripada mereka. Markas latihan dah dapat. Yang belum dapat ialah perkakas latihan.
-Ghapla Dungga, Kem Askar Ghaib
Nah. Ambik. Kami luluskan peruntukan untuk Kem Askar anda. Ingat, ROI (return of investement) Cakerawala mesti bagus. Pastikan anda dapat merekrut dan membangunkan askar-askar yang bagus di kem anda. Ingat kami dah berikan markas yang sepatutnya boleh muat 5000 rekrut dalam satu masa.
-Tinta Lulus, Penjaga Cakerawala
Gatekeeper Kem Askar Ghaib tu lembab. Lambat merekrut calon-calon sojar yang ada. Kami penat bukan main cari calon. Ada ke surat tawaran rekrut keluar seminggu sekali? Berkala katanya. Mestilah calon rekrut dah cabut pegi kem lain.
-Tempurung Satelit, Kem Askar Ghaib
Nombor 1: Nak keluar surat tawaran rekrut macam mana kalau calon pun tak ada?
Nombor 2: Memanglah orang buat kerja secara berkala. Itulah namanya kerja bersistem. Teratur. Profesional.
Apa yang bengap sangat nak pertikaikan benda lazim macam nih? Kalau kau dah tewas dalam peperangan mencari calon rekrut seperti yang dikehendaki kuota, mengaku sajalah. Hey... jangan main tuduh-tuduh (baca stail Jef dalam satu scene filem Ali Setan).
-Gatekeeper, Kem Askar Ghaib
Kalau kita cuma dapat 50 atau 100 je rekrut untuk jadi sojar pun takpe, janji berkualiti. Kalau dapat 1000 atau 2000 orang rekrut tapi hancur buat apa?
-Ghapla Dungga, Kem Askar Ghaib
Bukan ke Penjaga Cakerawala luluskan peruntukan kat kem kita untuk rekrut ramai gila sojar? Dan bukan ke peruntukan itu diluluskan berdasarkan projection sojar yang kita plan nak rekrut? Ribu-riban rekrut punya cerita nih beb! Tu yang Penjaga Cakerawala bagi tu. Untuk pemantapan sistem ekonomi Bima Sakti, kita memerlukan lebih ramai sojar yang berkemahiran, kata mereka lagi.
-Gatekeeper, Kem Askar Ghaib
Memang aneh Ghapla Dungga Kem Askar Ghaib nih. Bebal pun ada jugak.
Thursday, April 28, 2011
PETIKAN BICARA
Tuesday, April 26, 2011
TAHAP
Gua sibuk ya amat sampai tak sempat nak update blog nih.
Sibuk dek banyak kerja yang memang tahap.
Sibuk sampai nak potong rambut pun tak sempat.
Dia punya sibuk sampai Tambak Johor pun ada jugak.
Jangan bersugul, gua akan update dengan entry yang senonoh jika berkesempatan.
Meanwhile, sila baca blog lain kerana membaca adalah amalan yang mulia.
Sekian, terima kasih.
Nota: Entri kontot ni macam cilake.
Friday, April 15, 2011
TIDAK FAHAM
Berkaitan solat Jumaat. Ada beberapa perkara yang berlaku depan mata saya yang saya tidak faham.
1. Lazim masjid/surau di Malaysia menggunakan karpet belang sebagai panduan saf. Ada sesetengahnya tidak duduk dalam saf dengan betul sebelum waktu solat atau khutbah Jumaat yakni belah belakang badan melebihi saf diduduki lantas mengganggu ruang solat saf belakang. Nampak? Bukankah sikap ini menyukarkan makmum lain yang datang kemudian untuk bersolat sunat? Tak faham.
2. Saya pernah came across satu surau yang mempunyai tukang kutip sumbangan (untuk tabung surau saya percaya) semasa khutbah Jumaat berlangsung. Petugas ini akan meronda saf by saf sambil memegang gajet berupa kantung yang rupanya macam tangguk bertangkai panjang (supaya tidak perlu terlalu membongkok) untuk menjalankan tugas mereka. Wajar atau tidak petugas ini menjalankan tugas sedemikian semasa khutbah Jumaat berlangsung? Tak faham.
3. Vandalisme di surau atau masjid adalah satu hakikat fiil manusia yang tidak dapat saya terima sejak dari dulu, kini dan selamanya. Tak faham.
4. Sama juga dengan kes mencuri selipar atau kasut semasa pergi atau balik dari beribadah. Tak faham.
Anda faham ke entri saya ni?
Tuesday, April 12, 2011
WEEKEND
Nota: Ya, kami ke Zoo Negara pada hari Sabtu yang lalu. Dan ya, kami berjaya tengok dua binatang kegemaran (dan yang sering menjadi sebutan) Mikael yakni sang Unta dan Tapir.
Tuesday, April 5, 2011
REQUEST
Petang itu seperti selalu-selalu, gua akan menyiram pokok-pokok di luar sambil bercakap dengan mereka. Orang kata kalau nak tanaman kita menjadi elok, kena rajin bercakap dengan mereka.
Gua pun tanpa segan-silu mencuba je lah petua yang entah betul entah tidak tu. I've got nothing to lose pun, kan? Oh tidak, gua cakap pakai telepathy je lah... kang si Padil dengar/nampak gua bersembang dengan pokok kang lain macam pulak dia pandang gua nanti.
Selepas selesai, gua pun masuk rumah. Biasanya dah nak dekat azan lah. Ataupun, dah abis azan. Dan hari itu, anak gua bersuara.
Mikael: Bapak, nak pegi zoo!
Aku: Haa? Nak pegi zoo nak tengok apa?
Mikael: Camel.
Aku: Camel? Unta?
Mikael: Ha.
Aku: Ok, nanti kita pegi zoo eh?
Mikael: Ha.
Rupanya kat Astro Oasis itu jam ada gambar unta. Mak dialah yang suruh dia cakap kat gua bila gua masuk rumah nanti. Dan itulah yang dilakukannya. Maka dengan itu, gua berazam akan cuba mencuri masa untuk membawa anak gua ke Zoo Negara. Kalau sempat, weekend ni kot? Insyaallah. Dia pun dah reti tengok binatang.
Nota: Nasib baik keluar gambar unta kat tv itu ari dan unta pun ada kat zoo. Kalau keluar beruang kutub macam mana? Masak gua!
Friday, April 1, 2011
SERIUS
Masalah yang biasa timbul jika wajah anda kelihatan lebih muda daripada umur sebenar anda ialah people don't take you seriously, not until they heard you talk intellectually or professionally.
Ini lazim berlaku kepada saya. Saya kata lazim sebab kebanyakan budak-budak baru nak naik ingat saya ini sebaya-baya atau lebih muda daripada mereka, walhalnya tidak.
Dalam kes orang yang memang lebih tua daripada saya pula, mereka biasanya menganggap diri mereka lebih arif tentang segala perkara, walhalnya tidak. Ego? Mereka cuma mulai hormat apabila mendengar butir percakapan/hujah saya (yang hebat itu hahaha).
Dan saya juga cenderung berjenaka apabila melihatkan wajah gamam mereka sejurus selepas saya berhujah. Untuk kurangkan stress terkejut mereka hahaha.
Ini sangat mudah dan jelas kelihatan dalam mesyuarat-mesyuarat yang saya hadiri. Atau mungkin juga perasaan saya aje kehkehkeh...