Tuesday, January 26, 2010

PENDEK

Eurofine nak shooting kat kolej kita.

Fuiyo! Bila? Cerita apa?

Petang esok. Esok nak shooting hari ni baru tau.

Eurofine siapa punya ah?

Bukan Rashid Sibir?

Itu Rashbir...

Ala... yang buat cerita budak-budak sekolah tu... Aliali...

...

...

Kisah Kaisara?

Haaa... Aliali lah tu

...

Itu Ace Motion...

Iyelah, Aliali lah kan?

Aliyah Lee lah... kau sebut betul-betul sikit kehkehkeh... Penat aku pikir sape pulak Aliali nih kehkehkeh...

Mana aku tau...

Monday, January 25, 2010

PERSPEKTIF

Anda sedang memandu dan terlihat suatu majlis perkahwinan.
Majlis itu adalah majlis marhain.
Takde pung-pang-pung-pang atau yang macam selalu keluar dalam Nona.
Majlis itu adalah majlis marhain.

Majlis itu diadakan di kawasan perumahan flat.
Anda maklum saja keluasan kawasan perumahan flat.
Luas mana sangat, kan?
Tapi majlis itu meriah.
Dengan kanopi marhain, buffet style marhain dan lain-lain yang marhain.
Majlis itu adalah majlis marhain.
Tapi majlis itu meriah.

Kereta tetamu dibantai parking tepi jalan.
Jalan jadi sesak dek kereta tetamu yang parking selamba.
Iyelah, kawasan flat, luas mana sangat, kan?
Dan anda sedang memandu melewati majlis perkahwinan tersebut.

Apa yang anda fikirkan?

Wednesday, January 20, 2010

RUNCIT-RUNCIT

Di Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju.

Abang, mari check rambut sekejap kat sana. Kata minah ni sambil menghulurkan flyers berkaitan teknologi mengatasi masalah pengurangan kadar pertumbuhan rambut.

Untuk apa ni? Aku tanya sambil menunjukkan flyers yang dia bagi.

Kita boleh check sekarang rambut abang adakah dia masih tumbuh dengan baik atau tidak jawab minah ni dengan muka naif.

Shidah dah tersengih bila aku tengok dia.

Takpelah, saya mau cepat cari barang anak saya. Lain kali lah ye?

Damn, nampak sangat ke rambut aku dah jarang?

***

Mikael baru pandai berjalan. Tengah nak carik kasut yang sesuai untuk budak yang baru nak pandai berjalan.
Jangan beli mahal-mahal, kaki budak cepat besar. Itu nasihat klise ibubapa berpengalaman dan kawan-kawan.

***

Mikael demam. Pediatrik kata HFMD. Sekali lagi? Ufff...
Dia tak berapa nak minum sebab ulser banyak dalam mulut dan ini sangat merisaukan kami.
Doktor kata kalau dia terus-terusan taknak minum, kena masuk ward. Drip masuk air. Ufff... Tak sanggup aku nak tengok keadaan tu.
Harap-harap di akan pulih by this week.
Aku syak kena kat Alpha Angle.

***

Aku terpaksa ulang-alik Keramat-Bangi minggu ni. Mikael kena kuarantin dari nursery. Skang kat umah mak aku.
Memandangkan cuti kitorang tak pernah habis setiap tahun, makanya kitorang ambik half-day off petang for the whole weekdays nih.
Sukati akulah, aku punya cuti, aku punya suka.

***

Ye, jiwa saya agak kacau melihatkan keadaan anak saya.

Wednesday, January 13, 2010

CONGAK

Kita ada 24jam sehari. Semua orang ada 24jam sehari. Tiada yang dapat lebih atau kurang. Itu kata sistem waktu ciptaan manusia yang diguna-pakai sejak entah berapa kurun lama saya pun tak tahu.

Saya dan Shidah tergolong dalam kumpulan ibu bapa yang berkerja makan gaji. Makanya, rutin harian weekdays kami bolehlah dikatakan sama dengan kumpulan ibu bapa yang berkerja makan gaji yang lain. Lebih kuranglah. Nak tepat makan lepatlah.

Biasanya, kami bangun pagi sekitar 6am. Bersiap-siap gedebuk-gedebak, dalam pukul 715am dah keluar rumah untuk hantar Mikael ke nursery dan ke ofis. Mikael biasanya bangun sekitar 630-645am time kitorang tengah sibuk-sibuk bersiap.

Mikael berada di nursery lebih kurang bermula jam 8am dan kami berada di pejabat sekitar 830am.

Kami keluar pejabat dan ambik Mikael balik sekitar 6-630pm.

Sampai rumah sekitar 645-7pm.

Bagi Mikael makan, main, main, main sampai penat hingga sekitar 830pm.

Mikael minum susu. Ganti lampin. Main sikit-sikit, minum air dan masuk tidur sekitar 9-930pm.

Ini rutin harian kami 3 beranak pada minggu hari berkerja.

Cuba congak berapa jam saja sehari kami mempunyai masa bersama (tolak waktu tidur) atau orang biasa sebut quality time together?

Saya rasa, adalah lebih kurang 4.5jam atau 5jam daripada 24jam sehari untuk weekdays.
Cukupkah sebenarnya masa yang kita luangkan untuk anak kita?

Ya, saya hampir menitis air mata semasa membuat congakan ini.


Nota: Inspirasi dari keratan berita ini.

Saturday, January 9, 2010

TERGENDALA

Gua takde komputer meja. Apatah lagi komputer riba.
Gua memang menggunakan sepenuhnya komputer meja yang disediakan di pejabat berserta sambungan internetnya.

Dewasa kini, sambungan internet di pejabat macam haram jadah. Bukan lembab. Bukan slow. Tapi, tak ada langsung! Inipun gua log-in guna komputer adik ipar gua kat rumah mak mertua gua. Gua rasa gua umpama pacar yang hina. Hahaha.

Oleh yang demikian, janganlah anda hairan, marah, kecewa ataupun tak lena tidur (ptuih) jika tiada entri yang terbaru dan terkini di hantamkromo dalam masa terdekat atau mungkin terjauh ini. Banyak lagi blog orang lain korang boleh baca.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.