Jamal Yahya sedang bersiap-siap wudhu' hendak ke surau untuk solat tarawikh seperti selalu-selalu. Ini dah masuk 10 malam terakhir, kena lebih sikit beribadat nih, getus hatinya sambil mengingati pesanan Ustazah Hamidah.
Jamal Yahya biasanya ke surau hanya dengan berjalan kaki. Lebih sikit pahala katanya. Setiap langkah menghapuskan satu dosa, menambahkan satu pahala dan menaikkan satu darjat. Begitu kata narrator di televisyen yang mengulas salah sebuah hadith apabila masuk waktu solat. Jamal Yahya tersengih tanda kemenangan.
Di surau kelihatan ramai pakcik-pakcik, makcik-makcik, atuk-atuk, nenek-nenek dan tak ketinggalan rakan-rakan sedarjah Jamal Yahya yang sedang menunggu iqamah pak bilal untuk menunaikan solat Isya'.
Sedang Jamal Yahya sibuk-sibuk mencari parking selipar yang solid dan selamat, Rahman Bagak datang menegur. Rahman Bagak ialah budak sekelas Jamal Yahya yang berbadan besar namun bersuara halus. Budak 8 tahun, mestilah speaker belum pecah lagi.
Wah, selipar raya ke Jamal?
Haah. Selipar puasa dan Hari Raya sekali mak aku kata.
Bila kau beli selipar nih?
Dua hari sebelum puasa lagi.
Tiap-tiap hari ke kau pakai selipar ni pegi tarawakih?
Iyelah. Kenapa?
Kau datang surau dah siap wudhu' kan?
Haah. Kenapa kau banyak sangat tanya nih?
Aku rasa... semua sembahyang tarawikh kau tak sahlah Jamal.
*****
Mak Tom yang sedang sibuk membuat kuih samperit di dapur terkejut dan kehairanan apabila terdengar suara Jamal Yahya sedang menangis di ruang tamu. Tak pegi tarawikh ke budak nih? kata Mak Tom dalam hati. Tadi bukan main berkobar lagi, aku lainlah ada MC, kata hatinya lagi.
Ini semua mak punya pasal la nih.
Hoh? Apanya yang mak punya pasal?
Penat je Jamal solat tarawikh... tapi tak sah.
Kamu kentut masa solat siapa suruh?
Mana ada kentut... tu... cuba tengok selipar yang mak belikan tu...
Inspired by: Angry Birds di bulan Ramadhan.
Wednesday, August 24, 2011
PULPFIX: BATAL
Labels: pulpfix
Monday, July 18, 2011
PULPFIX: DON
Don ialah seorang jejaka 40an yang masih solo. Nak kata dia ni kacak sangat macam Brad Pitt tu takdelah. Tapi ada rupa dan gaya lah orang kata. Kaya? Samalah jugak dengan tahap kehensemannya tadi. Kaya sangat tu tidak, tapi berduitlah juga.
Adapun emak si Don ni selalulah meleteri beliau berkaitan hal-ehwal kawin. Don seperti biasa hanya akan memekakkan telinga apabila emaknya mula membuka saluran leter. Tiadalah dia mengambil pusing sangat akan leteren emaknya itu.
Tapi sebenarnya dalam hati Don tiada siapa pun yang tahu betapa meronta-rontanya hati beliau ingin berbini dan berkeluarga. Pernah dulu Don jatuh cinta, tapi mata airnya sudah berkawin dengan orang lain. Sejak dari itu boleh dikatakan hati Don tertutup untuk wanita. Namun tiadalah pula beliau berubah selera kepada kaum sejenis. Tidak sama sekali. Don masih straight.
Dua tiga hari ni Don kelihatan lebih ceria. Sehingga emaknya pun bertanya, "Wah, bukan main happy nampak kau ni Don. Dah ada makwe ke?" namun Don hanya tersengih-sengih sambil membetul-betulkan rambut gaya pacaknya di hadapan cermin.
Pelan-pelan Don ke ruang tamu dan kembali ke ruang menonton. Tempat dia meng"adjust" rambutnya tadi.
"Mak, tolong pinangkan makwe nih. Dah lama saya tunggu dia. Bertahun!" kata Don sambil menghulurkan senaskhah akhbar kepada emaknya.
Jari telunjuknya pelan-pelan menuding ke arah satu headline kecil dan bergambar pada frontpage yang berbunyi:
Jennifer Lopez dan Marc Anthony berpisah.
Inspired by: JLo.
Labels: pulpfix
Friday, July 1, 2011
PULPFIX: BERSIH
Suatu petang. Di suatu kawasan perumahan. Di hujung jajahan Lembah Kelang. Jauh dari ibu negara.
Panama sedang memandu perlahan keluar dari lorong rumahnya. Di tengah-tengah lorong kelihatan si Padlun dengan berbaju kuning bersorak-sorak sorang-sorang. Tengah-tengah lorong. Percubaan membuang tabiat ataupun gila glamer barangkali.
Padlun: Bersih! Bersih! Bersih! (sambil mengangkat kedua-dua tangan).
Panama: Kau elok-elok sikit... kang kena tangkap susah.
Padlun: Bersih! Bersih! Bersih! (sambil mengangkat kedua-dua tangan).
Panama berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum sinis. Bersemangat benar jirannya itu.
Tapi Padlun, sebelum kau sibuk-sibuk dengan hal-ehwal tuntutan membersihkan SPR tu, ada baiknya kau bersihkan dulu rumah kau dan juga najis kucing belaan kau yang dalam sangkar tu. Busuk ya amat! Serius!
Dah settle barulah sajak nak pegi berhimpun hatta untuk kenaikan gaji sekalipun.
Inspired by: Warna kuning yang dah jadi taboo dewasa kini.
Labels: pulpfix
Friday, June 17, 2011
PULPFIX: API
Pada suatu hari datanglah Karim ke gerai burger Bob untuk melepak bersama-sama rakan-rakan beliau seperti selalu-selalu. Pada petang itu hanya ada Mubarak. Awal lagi barangkali getus hati Karim.
Karim: Awal kau ini ari?
Mubarak: Balik keje awal...
Karim: Api ada? Api? (sambil memuncungkan mulut yang dah ada rokok).
Mubarak: Kau nak yang besar ke yang kecik?
Karim: Besar ke kecik mende pulak nih?
Mubarak: Iyelah... kau nak api yang besar ke yang kecik?
Karim: Setakat nak nyala rokok je... kecik sudah...
Mubarak: Nah (sambil menghulurkan lighter terbaek di dunia, Cricket).
Karim: Kalau api besar macam mana pulak? Lighter besar?
Mubarak: Kalau kau nak api besar, ada kat neraka.
Inspired by: Kawan-kawan di gerai burger Bob.
Labels: pulpfix
Tuesday, June 14, 2011
PULPFIX: KUNYIT
Mak: Alhamdulillah... dah naik dah pokok cili nih.
Anak: Macam mana rupa benih pokok cili?
Mak: Daripada bijik cili lah... kita tanam, siram, nanti naiklah pokok.
Anak: Ooo... pokok serai?
Mak: Daripada batang serailah.
Anak: Ooo... pokok betik?
Mak: Daripada bijik betiklah. Haa... sekarang mak nak tanam pokok kunyit. "Benih"nya ada dalam peti ais tu. Cuba pegi ambikkan.
Beberapa minit kemudian.
Anak: Nah.
Mak: Ini apa?
Anak: Benih kunyitlah. Tadi kan mak mintak?
Mak: Iyalah... tapi ini serbuk kunyit sayang oiii...
Inspired by: Iklan serbuk kunyit Adabi di tv malam tadi.
Labels: pulpfix