Thursday, August 26, 2010

CUTI PANJANG

Esok 27 Ogos, Selangor cuti - Nuzul Quran. Selasa depan 31 Ogos, satu Malaysia cuti - Merdeka. Hari Isnin 30 Ogos, gua cuti. Jumlah cuti yang bakal gua tempuhi termasuk weekend - 5 hari! Pergh, memang terbaek di ladang-ladang dan lautan dalam.



Walau bagaimanapun, gua dah ada macam-macam plan dan perkara yang perlu diselesaikan sepanjang 5 hari cuti nih. Harap-harap semua dapat dibereskan dengan jayanya seberjaya Bas Srijaya suatu ketika dulu.

Laju betul tahun nih, sedar-sedar dah nak raya. Rasanya macam baru je kelmarin gua teropong tengok anak bulan dengan orang NASA dekat Port Dickson. Sehingga ke hari semalam, gua belum pernah berbuka dengan fast food. Dan sehingga ke hari semalam juga, gua belum pernah berbuka di luar pun lagi. Hebat bukan?



Baju raya dah settle. Kasut raya anak dah settle. Kasut raya bapak dengan mak si anak je yang belum settle. Gua ingat nak mintak En. Chuck Taylor custom satu kasut untuk gua, tapi sampai hari ni dia tak respon. Sekali gua semak rupanya dia dah "check-in and never check-out" tahun 1969 dulu. Patutlah tak berbalas SMS gua.

Mikael dah bebas HFMD, alhamdulillah. Cuma tinggal batuk dan selsema saja yang belum hilang. Harap-harap pulih sepenuhnya lah weekend nih.

Selamat berbuka puasa.
Selamat menghayati Nuzul Quran.
Selamat Hari Merdeka.

Wednesday, August 25, 2010

JENGKEL

Orang yang keje pejabat mesti pernah tengok telefon pejabat, kan? Tak pernah? Korang keje kat mana yang tak pernah tengok telefon pejabat tu?


Contoh rupa telefon untuk marhain-pejabat.

Tak mengapa, bukan salah anda jika anda marhain-pejabat yang tidak dibekalkan telefon untuk berkomunikasi. Malah, mungkin juga ada antara anda yang dikerah menggunakan telefon bimbit peribadi untuk kegunaan rasmi pejabat dan anda tidak boleh claim. Keji bukan?

Telefon pejabat juga ada kasta. Tak percaya? Sila semak telefon anda dan kemudian semak pula telefon bos anda. Ada perbezaan? Bukan kasta ke namanya tu? Iyelah, telefon marhain-pejabat adalah yang paling kodi sekali sebab hanya untuk/boleh buat internal call saja. Telefon bangsawan-pejabat adalah yang paling hebat sekali sebab selain boleh buat internal call, ia juga boleh buat external call, ada caller ID untuk mengecam panggilan palsu dan ada fungsi speakerphone.


Contoh rupa telefon untuk bangsawan-pejabat.

Sebut pasal speakerphone, aku pernah diberitahu oleh seorang rakan bahawa speakerphone gunanya adalah untuk tujuan conference. Maksudnya, untuk perbualan 2-hala yang lebih daripada 2 orang. Adalah kurang sopan sebenarnya bercakap menggunakan speakerphone jika perbualan itu hanya melibatkan 2 orang saja. Etika beb, etika.

Namun, itulah yang berlaku sama ada para bangsawan-pejabat di tempat aku ini sedar ataupun tidak. Terus-terang cakap, ia memang sangat menjengkelkan. Apa? Berat sangat sangat ke gagang telefon tu nak diangkat? Apa? Sibuk sangat ke dua-dua belah tangan kau sampai tak boleh nak angkat gagang tu?

Dan yang paling menyakitkan hati sebenarnya ialah apabila mereka cakap terpekik-pekik. Kita gagang pegang kat telinga nih, dia terpekik-pekik bercakap. Kau tak sakit hati ke?

Speakerphone itu tidak salah malah eligibility mereka yang diberi speakerphone itupun tidak salah. Dah bangsawan-pejabat katanya, mestilah barang yang elok-elok dan class-class saja untuk mereka kan? Takde masalah. Masalahnya ialah etika mereka menggunakan speakerphone tersebut.



Namun mesejnya di sini ialah, kesopanan dan kesusilaan tidak mengenal erti status. Kalau kau jenis suka nak terpekik-pekik dalam telefon, baik kau pakai megaphone aje, kan? Tertanya jugak aku, diorang ni suka ke kalau orang cakap terpekik-pekik kat telinga diorang dalam telefon?


Nota: Percaya atau tidak, kalau seseorang itu senyum semasa bercakap dengan kita dalam telefon, kita boleh tau yang dia sedang senyum melalui ton suara dia.

Monday, August 23, 2010

PENILAIAN



Aku baru balik dari satu sesi yang tak pernah aku hadiri selama aku berkerja di sini. Bukan aku mengelat, tapi inilah the very first time tempat kerja aku dibuat penilaian oleh orang luar selain daripada financial auditor yang memang datang tiap-tiap tahun tu. Menariknya sesi ini ialah, ia dilaksanakan secara total iaitu merangkumi kategori pengurusan, teaching staff, students dan support staff. Aku kategori yang last tu.

Kami diminta memberi penilaian secara bertulis terhadap pihak pengurusan. Alah, macam survey form yang biasa korang buat tu lah. Selepas sesi mengisi borang, kami "berbual-bual" pulak dengan panel. Oh ya, panel adalah satu kumpulan neutral yang melapor terus kepada TKP. Sesi ini hanya dihadiri oleh kumpulan marhain, yakni tanpa pihak pengurusan.

Lantang juga mereka yang bersuara tadi. Aku tersengih-sengih je lah mendengar rintihan dan komplen mereka. Namun point-point yang disuarakan itu pada hemat aku, kurang tajam. Bottom line kebanyakan komplen yang dilontarkan adalah pasal gaji tak naik-naik seperti yang dijanjikan. Itu saja sebenarnya. Walhal, banyak lagi benda mengarut yang lain. Aku tersengih lagi.

Khabarnya, mereka datang membuat penilaian kerana terdapatnya komplen yang dah sampai kepada menteri. Siapalah yang rajin benar menulis surat layang kepada menteri dan pihak tertentu nih? Lucu juga fiil mereka-mereka nih.

Komplen itu yang utamanya ialah mengomplen pihak pengurusan. Aku dah bagi markah yang selayaknya pihak pengurusan aku terima dek kebijaksanaan mereka menguruskan organisasi ini.

Takpe, kita lihat saja keputusannya nanti.


Nota: Kenapa aku tak bersuara? Heh, korang ingat takde spy ke dalam tu? Jangan buat hal beb, hahaha.

Saturday, August 21, 2010

RAMADHAN

Saya mengambil masa 3-4 hari untuk menghabiskan sekotak sigeret. Hebat bukan?

Apa jenis makanan pun kat PARAM (PAsar RAMadhan) nampak sedap sebelum waktu berbuka. Cuba korang pergi selepas waktu berbuka.

Seingat saya, saya tidak pernah makan moreh lepas terawikh. Malas nak berebut barangkali. Tapi tadi Masjid Al-Ansar hidang bubur hape ntah untuk moreh, bau durian! Pun begitu, saya terus balik jugak.

Jangan lupa bayar zakat fitrah beb!

Saya adalah jenis yang tak perlu bangun sahur. Kalau bangun pun sebab nak temankan Shidah dan saya cuma minum air sejuk saja.

Hellboy: The Golden Army ialah antara filem terakhir yang saya tonton di panggung sebelum Mikael lahir. Apa kena-mengena point ini dengan tajuk ini, saya pun tak tau.



On the way balik masjid tadi saya ternampak ada sekumpulan remaja lelaki dan perempuan (nak muntah aku taip ayat macam gini) sedang berbual-bual di buaian depan rumah jiran. Saya syak mereka mengambil peluang berdating di waktu malam.

Biasanya bulan puasa cuaca Malaysia panas terik, tapi tahun ini hujan-hujan pulak. Baguslah, sejuk sikit.

Mikael kena HFMD lagi (again!). Tapi kami laki-bini dah tak se-freak-out sebelum ini. Kali ni kami lebih cool sebab dah tau apa nak dilakukan. Seriously parents with little child, be careful. Biarlah orang tengok kita macam sanitizer-freak, but to hell with them. Our child's health is more important. Kalau anak kita sakit diorang kisah ke?

Ujian kesabaran di bulan Ramadhan saya rasa lebih hebat berbanding bulan lain. Bagus juga untuk kita belajar supaya lebih bersabar.

Pusat servis Perodua di Keramat tetap yang terbaik, pada pendapat saya.

Video Nude Dancer yang si Fathi upload dalam Facebook memang macam cilake.

Tindakan kawan saya Raddy untuk berpindah ke Putrajaya sebelum Ramadhan adalah tindakan yang bernas saya kira. Nasib baik saya memang seorang yang gagah perkasa malah kacak lagi bergaya dalam hal-hal pindah rumah nih (hahaha).

Saya perlu cari CD Barney yang lain untuk Mikael sebab dah naik mual saya tonton dua CD yang sama tiap-tiap hari. Gua siap boleh hafal lagu dan aksi budak-budak tu dengan Barney lagi tu! Mikael pulak setiap kali menonton CD Barney tu gayanya macam tak pernah tonton langsung sebelum ni yakni tumpuan menontonnya tidak berbelah bagi. Hebat betul penangan dinosaur ungu nih.

Oh ya, berbalik kepada point Hellboy tadi, saya sedang menonton filem itu di HBO semasa menulis entri kucar-kacir ni.

Dah, saya nak berehat dulu. Selamat meneruskan Ramadhan dengan jayanya, insyaallah.

Wednesday, August 11, 2010

PAHIT

Adalah sesuatu yang menyakitkan hati kebanyakan kita apabila di tempat kerja, kita dikatakan tidak membuat kerja. Dan kita tahu bahawa kita sudah banyak berkorban demi kerja kita. Dan kita tahu tuduhan itu amat tidak benar. Dan kita tahu tuduhan itu satu kenyataan yang sangat umum dan cetek kadar intelektualitinya.

Tidak, ini tidak berlaku kepada saya tetapi rakan saya. Dan saya tahu amat perasaannya apabila dituduh sebegitu. Keji sungguh penuduh itu.

Mengapa agaknya ada antara kita yang tidak sukakan kerja kita? Semak balik, kita tidak suka KERJA kita ataupun BOS kita? Itu adalah dua perkara yang berbeza walaupun kita tahu dua perkara itu adalah set yang saling melengkapi antara satu sama lain. Melainkan kita berkerja sendiri.

Ya, sebenarnya kebanyakan kita ada masalah dengan bos di tempat kerja kita sebenarnya. Dan kebanyakan kita tidak faham antara kedudukan bos dan kedudukan kita di tempat kerja. Bos di atas, kita di bawah. Bos ada kuasa ke atas kita. Dan itu adalah hakikat berorganisasi.

Dan ada juga antara kita yang bertanya: Bos tu bukannya betul sangat pun. Kalau bos tak betul macam mana kita nak ikut? Jawapannya ialah: Kena ikut jugak sebab dia bos. Sebab dia yang bertanggungjawab di atas segala arahannya. Sepatutnyalah.

Ada juga kes yang berbunyi: Iyelah, kata ikut arahan, lepas tu bila kantoi (screw-up) di tudingnya kita. Padahal kita ikut arahan ni. Jawapannya ialah: Confront bos pada waktu mood beliau bagus, privately. Berbincanglah. Stand-up for your right.

Masih tidak puas hati? Resign saja.

Inilah lebih kurang perkara yang saya belajar dalam kursus dua hari lepas di Parkroyal, Kuala Lumpur berkaitan cara menguruskan bos.

Seperti lazimnya, saya suka melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza-beza. Dan saya masih melihat-lihat di mana silap atau benarnya silibus kursus semalam.

Hakikat itu biasanya pahit, namun kita terpaksa juga menelannya. Bukan?

Friday, August 6, 2010

Wednesday, August 4, 2010

Tuesday, August 3, 2010

HAL MAKAN

Korang biasa pergi berkursus? Lebih-lebih lagi yang berkerja makan gaji macam aku nih, mesti biasa atau pernah pergi kursus. Biasanya kita diminta atau disuruh atau dipaksa untuk pergi berkursus. Jarang benar kita dengan sukarelanya nak pergi kursus, kan?

Biasanya bila kita berkursus ni, penganjur akan sediakan makan dan minum. Biasanya lah. Kekerapan makan dan minum pula bergantung kepada tempoh dan waktu kita berkursus tu. Standard lah, kalau sehari suntuk kursusnya, penganjur akan siapkan sarapan pagi, minum pagi (break), makan tengah hari dan minum petang (break). Kalau sampai malam, makan malam pun disediakan juga.

Kursus pulak kalau kat hotel penganjurannya, memang syoklah! Iyelah, makan dan minum dah tentu-tentu disajikan oleh hotel.

Tapi, apa jadi kalau kursus yang dihadiri itu tidak diadakan di hotel? Mungkin di pejabat kerajaan, institut, sekolah atau masjid barangkali? Ye betul, janganlah mengharapkan penyediaan makan dan minumnya bertaraf hotel pulak, kan?

Namun, ada juga yang masih bengap (atau buat-buat bengap) tidak memahami hukum linear mudah ini. Tak sudah-sudah nak komplen mi goreng tak sedaplah, kuih kecik sangatlah, teh tarik tak power lah, nak lauk kurang pedas lah dan eh, macam-macam lagilah. Rasa nak tempeleng pun ada juga kadangkala.

Saya memang tak "into" sangat hal-hal makan ni kalau berkursus hatta bermesyuarat sekalipun. Pada saya, kalau ada disediakan makan dan minum, itu rezeki. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tak sedap, jangan ambik lagi. Untuk mengkritik, jauh sekali. Itu saya lah. Orang lain saya tak tau.

Ini juga boleh disamakan dengan sikap penganjur yang lebih mengada-ada daripada peserta. Peserta takde apa-apa, rilek je. Penganjur pulak yang lebih. Kalau omputeh datang, nak bagi western food. Kalau Melayu datang, nak bagi lauk kampung. Kalau cannibal datang, nak bagi apa? Hah?



Sewajarnya, peserta/tetamu kena akurlah dengan apa jua hidangan makan dan minum yang disediakan penganjur. Ini pendapat saya saja. Contohnya kalau omputeh datang, kita hidangkan masakan Malaysia. Boleh juga dia berkenalan dengan selera Malaysia. Kau nak challenge diorang punya beef steak atau lamb chop? Diorang lagi terel masak lah. Kalau orang Melayu yang datang sibuk nak hidang masakan kampung. Macamlah orang tu tak reti nak makan western food. Talking about being judgemental. For all you know, ntah-ntah omputeh tu memang suka makan tempoyak, petai dan durian agaknya.

Untuk karakter-karakter yang mengada-ada pasal hal-ehwal makan dan minum semasa berkursus ni, saya ada satu soalan mudah untuk kalian:
Kau sebenarnya datang nak berkursus atau nak makan?