Tuesday, August 12, 2008

USAH

Usah bangkitkan
isu keadilan dan kesaksamaan
jika engkau pun
tiada adil, tiada saksama

Usah laungkan
rasa kekitaan dan kebersamaan
jika engkau pun
tidak mahu bersama-sama kita

Usah banggakan
segala jawatan dan kedudukan
kerana itulah
yang sering disalah-gunakan

Usah nafikan
kebenaran kata-kata kami
hanyalah kerana
kau gelar kami balachi

Usahlah engkau, engkau dan engkau
berdolak-dalik lagi di atas sana
di atas kenaifan
yang sengaja diada-adakan

2 comments:

Najwa Aiman said...

Perghh... that is the bcoz! What can I say... It runs in the family.

Proud of you la bro! You have that extra talent came from Tok - music! I wish I had that talent too...

And yes I think I know what this poem means. Been there. Done that... eheks!

p/s: Nani dah kahwin, sudah tau ka?

pye:rudz said...

terima kasih kerana buat seketika, punggung dan hidung ku terasa bagai hendak pecah.

nani dah kawin? tau, tapi tak pulak dijemput. all the best to her je lah (kalo jumpa).