Friday, September 5, 2008

KOMPLEN HARI INI

Semalam lagi dah sebenarnya aku komplen iaitu sebaik sahaja aku singgah ke kedai runcit marhain untuk membeli ikan bilis dan udang geragau yang dihajatkan bini aku selepas berbuka puasa di Restoran Haji Tapah Bandar Seri Putra yang sangat best itu (exaggerate sikit).

Tidak, ikan bilis dan udang geragau tu tak mahal pun. Yang mahal adalah rokok. Ye, aku baru membayar harga rokok baru iaitu rm9 untuk sekotak besar semalam. Patutlah brader tu buat dek je aku hulur rm9 dengan harapan akan dipulangkan rm0.80 rupanya tidak, cheiss.

Aku rasa aku tau kenapa diorang naikkan harga rokok. Sebab kegagalan kempen TAK NAK barangkali. Berapa juta diorang berhabis untuk kempen yang confirm gagal tu? Pastu nak cover line, naikkan harga rokok. Tapi penanam tembakau aku tengok tetap tak kaya jugak. Macam mana tuh?

Korang rasalahkan, katalah dengan ajaibnya serentak 50% rakyat Malaysia ni berenti merokok, apa akan jadi kat ekonomi Malaysia ni agaknya? Sebahagian daripada pendapatan negara cukai tembakau tu.


Nota: Memang korang akan cakap, Berentilah isap rokok! Sapa suruh kau isap rokok? dsb. Samalah jugak korang marah bila tariff elektrik naik, harga beras naik, tiket bas balik kampung naik, minyak naik dsb. Betul tak?

2 comments:

anw4r said...

i second that!*peace

pye:rudz said...

abang long mesti yang ke-3 setuju