Monday, September 22, 2008

NAK RAYA DAH?

Sedar tak sedar kita dah nak menyambut kedatangan Syawal sekali lagi. Ada yang kata sama saja sambutannya macam tahun-tahun lepas. Ada pula yang kata tahun ni lebih meriah dan ada juga yang kata kurang meriah kerana pemergian orang tersayang di bulan Ramadhan menghadap Allah.

Dalam sibuk-sibuk nak menyambut raya dan dah nak akhir Ramadhan nih, agak-agak korang dah buat buat/consider ke benda-benda nih:
1. Bayar zakat fitrah
2. Tukar duit raya
3. Berbuka dengan kengkawan
4. Beli baju/seluar/selipar/spentot raya
5. Check baju raya tahun lepas tu muat lagi ke idak?
6. Songkok tu berkulat ke idak dalam lemari?
7. Kereta dah servis untuk balik kampung?
8. Kuih raya dah settle?
9. Tiket bas/flight untuk balik kampung?
10. Duit untuk lepas hari raya ada?


Nota: Entry nih untuk mengingatkan diri aku sendiri jugak

2 comments:

me3n said...

baju raya klu raya pertama tuh muat lagi (kot). klu raya kedua tuh ar 'lu pikir la sendiriii'

pye:rudz said...

aku biasanya baju takde masalah, biasanya seluar yang ada masalah sikit... TER-ketat