Friday, October 31, 2008

GELUMANG FIKIRAN SEMASA



Hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi zuriat sulung aku dijadualkan melihat dunia, insyaallah. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat. Jangan aku kena panic attack sudah.

Kereta aku sudah mencapai tahap kotor yang optimum. Hujan adalah pemangkin dan alasan aku bersikap malas. Bukan aku tak sayang kereta aku, sayang... tapi masih belum terzahir lagi melalui tindak-tanduk.

Aku dalam proses menyaring (screening) idea untuk memaparkan gambar-gambar yang aku ambil dengan kamera padat aku di dinding rumah untuk dijadikan hiasan. Ntah senonoh ntah idak idea ini masih belum dapat aku pastikan.

Berat badan aku masih maintain dalam kategori berat. Aku salahkan seluar-seluar aku kerana mereka mengecut dalam mesin pengering. Mesin pengering juga turut aku salahkan dalam hal ini.

Minyak Petronas kurang memuaskan untuk prestasi kereta aku. Minyak Shell lebih bagus. Tapi itu hari aku isi penuh minyak Petronas sebagai tanda terima kasih aku kerana stesen minyak itu ternyata benar-benar super. Semua masalah aku seperti nak cucuk duit, top-up Touch n Go dan beli rokok diselesaikan di stesen Petronas Seksyen 15 Bangi.

Jiran sebelah rumah, Fadil, jemput open house malam esok. Masalahnya aku kena balik Keramat, ada meeting keluarga belah mertua, ada orang kawin kat Kepong dan nak cari barang-barang bayi. Aku ingat nak buat lawatan akademik ke rumahnya pagi esoklah. Ok kot eh?

Takde ke orang nak bagi aku RM1 juta? Sekarang jugak aku tender surat berenti kerja.

Friday, October 24, 2008

KOMPLEN HARI INI

Bukan hari ni sangatlah. Ntah dah beberapa hari, mungkin minggu dan mungkin bulan yang lalu. Cuma hari ni baru tergerak nak blog pasal ni sebab menyampah aku dah terlalu tahap untuk dihuraikan.

Komplen Hari Ini ialah: Jalan yang berlubang-lubang dan sikap pemandu yang macam gampang di Stesen Komuter UKM.

Aku tiap-tiap hari mesti lalu kawasan stesen yang disebutkan di atas untuk ke ofis. Mula-mula lubang-lubangnya boleh diterima akal lagi. Biasalah tu, dalam takrifan piawai Malaysia lah. Makin lama, makin dalam, makin banyak lubang, makin banyak air bertakung dan makin-makin lain yang sewaktu dengannya.

Ada satu kali, aku termasuk lubang yang paling gampang dalamnya sampai aku kena bawak bini aku pegi klinik sebab terhentak. Nasib baik alhamdulillah tak ada apa-apa yang memudaratkan, bilang doktor yang bernama Maria itu.

Sikap pemandu di persekitaran pun sama gampang macam lubang-lubang sedia ada. Dah tau jalan tu berlubang sana-sini, lagi mau parking kat kiri-kanan jalan macam orang tak skolah. Yang tak reti nak bawak kereta/motor pelan-pelan masa lalu kat jalan sempit tu pun satu hal. Bodoh ke bangang diorang nih?

Time-time macam ni lah syok kalau pakai 4WD truck. Tapi, kalau aku beli satu, bermakna aku membenarkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menang. Diorang akan rasa tidak perlu lagi mereka menurap jalan sebab pemandu akan beli 4WD truck untuk mengatasi masalah jalan-jalan berlubang yang di bawah jagaan mereka. Hampagas.

Pernah tak ada orang buat saman gantirugi ke atas Majlis Perbandaran akibat menjahanamkan kenderaan, menjadi punca kemalangan dan tekanan jiwa kerana jalan-jalan berlubang nih?


Nota: Sesapa yang berkerja atau kenal orang yang berkerja di MPKj, harap maklumkan kat diorang nih. Cukai tanah, cukai pintu bukan main lagi ngutipnya. Lambat bayar kena denda. Tapi perkhidmatan, macam setan. Ya, aku memang sangat marah.

Thursday, October 23, 2008

PAGI YANG BERKABUS

Manage to snap this on one fine foggy morning from my bedroom window. Thought the haze season is coming, but no smell of burnt in the air. Just pure fresh air. Nice eh? Kan best kalau tiap-tiap pagi macam gini? Makin malaslah jawabnya aku nak pegi kerja.



TERIMA KASIH AFIQ

We were invited to Afiq's open house last week 18th October (Saturday)... and I only put up the photo today. Sorrylah terlambat. Anyways, ini sahajalah gambar yang paling senonoh untuk dipaparkan. Afiq (host) is the one with jubah. Good food. Lain tahun boleh jemput lagi!





DIFFERENT VIEW?

I don't know about other people out there, but sometimes I see things not as it suppose to be. Here's one:

Flush toilet = A frog with its' mouth wide open. Look carefully again.


A flush toilet

Monday, October 20, 2008

TAG FROM NAZIAH (AGAIN)

1. When is the last time you ran? Amnesia.
2. Do your jeans have rips, tears and holes in them? Not that I can wear them anymore.
3. What are you dreading right now? Nothing.
4. Do you celebrate 4/20? Do I have to?
5. When is the last time you saw your significant other? Before I went to Friday prayer.
6. Do you get the full eight hours of sleep every night? I’d already be dead then.
7. What is your favourite current song? Luka Mana - Hujan
8. If anyone came to your house on your lazy days, what would you do? Never got that yet.
9. Who last grabbed your ass? My wife.
10. Have you ever been in your school’s band? Nope. I just participated in the Battle of the Band. I played the drums by the way.
11. Do you own a pair of Converse? Grey with velcro.
12. Did you copy and paste this survey? No. I re-typed every word (Moron).
13. Do you eat raw cookie dough? No. Have some patience will you.
14. Have you ever kicked a vending machine? No. I hate vandalism.
15. Do you hate it when a radio ruins a song by playing a slow one after it? Used to, when I depend on radio to listen to my favorite songs. But now, I just buy the CDs.
16. Do you watch Trading Places? Not interested.
17. Have you ever stayed on line a long time waiting for someone? I don’t think so.
18. Are you ‘cocky’? I’ve answered 17 questions already. You tell me.
19. Could you live without a computer? In terms of work, NO. Otherwise, maybe.
20. Do you wear your shoes in the house? Buat hape? Buat kotor rumah?
21. At what age did you find out Santa was not real? Since I know what Santa does.
22. How many phones, house phones and cell phones are there in your home? Just 2 mobiles – mine and Shidah.
23. What do you do when you are sad? Smoke.
24. Who would you call first if you won the lottery? Haram siol.
25. Last time you saw your best friend? Quite a while.
26. Who, or What sleeps with you? Shidah… at least till December. A boy is coming our way.
27. Are you still in High School? Yes I am (Moron).
28. Is anyone on your bad side now? Some clowns. At the office.
29. What jewelery are you wearing now? Perilini’s Silver ring.
30. What is the first thing that you do when you get on line? Read the news.
31. Do you watch Grey’s Anatomy? Nope.
32. Would you ever wear a boy/girlfriends clothes? And look like Ross in the little t-shirt he gave Rachel and then he took back? No.
33. Where do you work? An office at Bangi.
34. What are you doing on Friday? Same as other weekdays + Friday prayer.
35. Is Justin Timberlake becoming the next Michael Jackson? In your dream.
36. Favourite name for a girl? Sophie, Zara, Jasmin and lots more.
37. Favourite name for a boy? Noah, Benjamin, Mikhail.
38. Will you keep your own name when you get married? Am keeping it now.
39. When is the last time you left your house? Just did. To work.
40. Do you return your cart (I assume trolley)? Yes. I always do. At least to a spot where it won’t make people curse me.
41. Do you have a dishwasher? This pair of hand is my dishwasher baby!
42. What noise do you hear? Is Rock music categorized as noise?


Note: Dear readers, you are most welcome to tag yourself.

Friday, October 17, 2008

OPEN HOUSE

Kerajaan nak revise semula penganjuran Rumah Terbuka Malaysia yang biasanya diadakan untuk sambutan hari perayaan-perayaan besar Malaysia seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Punca nak revise aku tak pasti. Mungkin ada kena-mengena dengan tindakan segelintir rakyat yang didakwa tidak menghormati pemimpin semasa rumah terbuka Hari Raya few weeks back. I don't know.

Ada juga kedengaran kerana faktor keselamatan pemimpin. That also I don't know. Takkanlah orang jumud sangat nak buat hal tengah-tengah majlis. Kan banyak saksi tu. Oh, takut ada asassin sniper barangkali. Still, I'm not sure and I dont' know.

Tapi, kita memang tetap mengadakan open house sesama kita kan? In our own small ways lah. Definition of small ways: Differs subject to individuals' affordability.

Korang agaklah kan, kalau kita buat open house, jemput orang-orang besar yang memerintah negara nih datang, diorang datang tak agaknya? Hingin ke?


Nota: Aku ingat kalau aku buat open house, aku nak jemput Muhyiddin Yasin, mana tau esok2 kalau dia naik jadi PM dapat aku jadi TPM pulak, hahahaha. Jemput Dr. M pun best jugak, hahahaha.

Thursday, October 16, 2008

REZEKI

Rezeki ada di mana-mana.
Rezeki adalah satu pemberian dari yang Esa.
Rezeki juga menjadi peringatan supaya jangan lupa bersyukur.
Rezeki yang diturunkan sememangnya cukup untuk kita...
mengikut perkiraan Tuhan.
Rezeki adalah bukti Tuhan itu Pemurah.
Rezeki adalah bukti Tuhan mendengar doa kita.
Rezeki boleh datang tanpa diduga.

Jangan membazir. Nanti Tuhan marah.


Nota: Peringatan untuk diri aku juga.

Wednesday, October 15, 2008

GELARAN (TITLE NAME)

Ada banyak gelaran dalam masyarakat Melayu kita seperti Wan, Syed, Sharifah, Meor, Tuan, Tun, Tunku, Nik, Sheikh dsb. Ini adalah kategori gelaran yang dibawa oleh individu berdasarkan salasilah keturunan.

Ada juga gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan atau Pembesar negeri berdasarkan pencapaian individu seperti Tan Sri, Dato', Datuk, Tun dsb.

Selain itu, ada juga gelaran lain seperti Tn. Haji, Pn. Hajjah, Tok Guru, Dr., Tuan Tanah Kedaung (kehkehkeh) dsb.

Pentingkah gelaran ini?
Perlukah kita riak dengan gelaran ini?
Apakah falsafah sebenarnya di sebalik gelaran-gelaran ini?
Adakah kita boleh menjadi manusia yang lebih hebat dengan gelaran ini?

Penting ke entry ini?


Nota: Setakat ini gelaran aku yang paling hebat ialah Encik. Sekian terima kasih.

Friday, October 10, 2008

KENAPA ENGKAU MASIH BEGITU?

Raya sudah. Puasa pun sudah. Cukup tak cukup puasa itu masing-masing jawab sendiri esok. Tapi bila part beraya tak pernahnya cukup. Ingatkan dah puasa, dah raya ada lah kemajuan, pembaharuan, ke hadapan... tapi, haramm...

Kenapa engkau masih begitu?

Tuesday, October 7, 2008

RAYA AFTERMATH

I started work yesterday. Damn lembab. Not everybody is around. Office was as good as nobody. Today is a different story. Feels more like office than cemetery.

But I also managed to produce 54 offer letters for our new students yesterday. Cool eh? Not that much of a challenge actually because I used to produce far more than that figure. Consider the 54 as a warm-up for a slightly-increased belly and a few pinches of laziness after raya holiday.

Will continue with my raya story later (ntah bila).