Friday, October 24, 2008

KOMPLEN HARI INI

Bukan hari ni sangatlah. Ntah dah beberapa hari, mungkin minggu dan mungkin bulan yang lalu. Cuma hari ni baru tergerak nak blog pasal ni sebab menyampah aku dah terlalu tahap untuk dihuraikan.

Komplen Hari Ini ialah: Jalan yang berlubang-lubang dan sikap pemandu yang macam gampang di Stesen Komuter UKM.

Aku tiap-tiap hari mesti lalu kawasan stesen yang disebutkan di atas untuk ke ofis. Mula-mula lubang-lubangnya boleh diterima akal lagi. Biasalah tu, dalam takrifan piawai Malaysia lah. Makin lama, makin dalam, makin banyak lubang, makin banyak air bertakung dan makin-makin lain yang sewaktu dengannya.

Ada satu kali, aku termasuk lubang yang paling gampang dalamnya sampai aku kena bawak bini aku pegi klinik sebab terhentak. Nasib baik alhamdulillah tak ada apa-apa yang memudaratkan, bilang doktor yang bernama Maria itu.

Sikap pemandu di persekitaran pun sama gampang macam lubang-lubang sedia ada. Dah tau jalan tu berlubang sana-sini, lagi mau parking kat kiri-kanan jalan macam orang tak skolah. Yang tak reti nak bawak kereta/motor pelan-pelan masa lalu kat jalan sempit tu pun satu hal. Bodoh ke bangang diorang nih?

Time-time macam ni lah syok kalau pakai 4WD truck. Tapi, kalau aku beli satu, bermakna aku membenarkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menang. Diorang akan rasa tidak perlu lagi mereka menurap jalan sebab pemandu akan beli 4WD truck untuk mengatasi masalah jalan-jalan berlubang yang di bawah jagaan mereka. Hampagas.

Pernah tak ada orang buat saman gantirugi ke atas Majlis Perbandaran akibat menjahanamkan kenderaan, menjadi punca kemalangan dan tekanan jiwa kerana jalan-jalan berlubang nih?


Nota: Sesapa yang berkerja atau kenal orang yang berkerja di MPKj, harap maklumkan kat diorang nih. Cukai tanah, cukai pintu bukan main lagi ngutipnya. Lambat bayar kena denda. Tapi perkhidmatan, macam setan. Ya, aku memang sangat marah.

4 comments:

Najwa Aiman said...

Setuju! Begitu juga dengan MPAJ. Iblis semuanya!

pye:rudz said...

ya betul!

ad3ck said...

eh igtkan entri baru. ape yg da berlaku terjadi kat entri proton yang ko nak beli tuh?

pye:rudz said...

tak relevan dengan idea blog nih, maka aku sisihkan entri itu.