Friday, December 5, 2008

PAGAR MERAH

Ada satu jiran aku yang pagar rumahnya warna merah. Dia sorang je yang pagarnya berwarna eksotik kat jalan ke lorong rumah aku tu, yang lain biasa je.

Dia ada beberapa bijik kenderaan seperti Mitsubishi Storm, Hyundai Matrix dan Hyundai Accent. Aku takde masalah dia ada kenderaan berapa bijik pun sebab itu duit dia, maka dia punya pasallah nak bayar bulan-bulan kan?

Tapi, masalah aku ialah, selama aku bermastautin kat rumah aku, tak pernah aku nampak dia park Storm yang gedabak tu kat dalam rumah. Bukan itu saja, malah kereta-kereta yang lain juga. Storm tu aje dah makan satu lane lorong. Dia seolah-olah tak boleh parking dalam pagar rumah. Ape hal?

Aku selalu jugak skodeng dalam pagar rumah dia melalui jendela bilik tidur aku, takde mende yang aneh pun kecuali ampaian pakaian. Tapi kenapa dia taknak parking kenderaan-kenderaan dia dalam pagar at least sebijik pun?

Lagi memuncak amarah aku apabila dahlah makan ruang satu lane untuk Storm dia tiap-tiap hari, tak cukup dengan tu dia bantai parking kat depan rumah orang lain (yang kosong). Pun macam gampang, tak reti nak park elok-elok supaya tak mengganggu kenderaan jiran-jiran lain lalu-lalang. Ape hal?

Tiap-tiap hari aku akan sakit hati tengok perangai buruk dia nih. Apakah pengajaran yang terbaik untuk diberikan kepada dia nih selain dari memancitkan tayar dan membuat mural kat kereta-keretanya?

7 comments:

Najwa Aiman said...

Sound je... Tak pun antar seketeri HoAFSA sound dia... Last resort antar Puan Hjh S. Rosly... hehehehe...

sevven said...

"... takde mende yang aneh pun kecuali ampaian pakaian."
ampaian dia aneh camne?

mafiaries said...

Kan pagar dia warna merah. Merah kan maksudnya STOP. Jadi, mana boleh kereta2 tu masuk.Jadi kena stop kat luar pagar jer.

Kan?

nu3k said...

pengajaran drpd perbuatan keji si jiran adalah mudah untuk keluar tanpa reversekan kereta dr dlm porch..

ziahlicious said...

kau garuk kereta dia pakai kunci kereta kau.... kasi satu line sekeliling kereta2 dia yg bertimbun tu..... (i always imagine myself doing that when i see cars yang parking x betul...)

pye:rudz said...

najwa aiman: tabley... takut... nanti dia panggil sivaji the boss masak gua hahahahahaha

sevven: itulah yang anehnya. hanya ampaian sahaja yang di parking dalam porch dia.

mafiaries: abis? kalau semua orang kat lorong tu cat pagar warna merah, tak boleh masuklah lorong umah aku? hahahahahaha

nuek: pengajaran yang menyusahkan jiran tetangga?

ziah: itulah sebenarnya yang termaktub dalam hati aku sejak sekian lama.... sabar...

ad3ck said...

ko parking je dalam pagar merah itu, tgk apa katanya?